|
|
| Sunday, 29-Aug-2010 05:43 |
Email | Share | | Bookmark |
|
JAWATAN KOSONG & LATIHAN PRAKTIKAL
|
|
JAWATAN KOSONG
Bagi mengembangkan operasi perniagaan, kami membuka Peluang Pekerjaan kepada individu-individu yang berkelayakan.
Kelulusan : Ijazah/Diploma/Sijil daripada Universiti, Kolej, Institut Kemahiran
Gaji adalah bergantung kepada pengalaman dan kualiti kerja. Jika anda mempunyai kemahiran kerja yang amat bagus, sila nyatakan gaji yang dipohon mengikut kelayakan.
Sila hantar permohonan/resume ke rinssuzana@yahoo.com atau Pejabat Urusan Rins Suzana No 8B, Persiaran Permata, Taman Permata Ulu Klang 53300 Kuala Lumpur.
LATIHAN INDUSTRI/PRAKTIKAL
Kami menyediakan tempat bagi pelajar-pelajar yang ingin mengikuti latihan industri/praktikal daripada Universiti, Kolej, Institusi Kemahiran dan juga institusi pendidikan lain.
Pemohon-pemohon boleh menghubungi kami dan mengemukakan surat pengesahan daripada institusi masing-masing sama ada melalui email ataupun pos ke pejabat kami seperti alamat dibawah.
Ianya terbuka kepada pelajar-pelajar LELAKI & PEREMPUAN
Bidang Pengajian : Fesyen, Pengurusan, Kewangan, Marketing dan juga bidang-bidang lain yang berkaitan.
Apa yang kami sediakan?
1. Elaun sara hidup per bulan.
2. Latihan kepada bidang kerja.
3. Kerja-kerja sampingan berkaitan operasi perniagaan kami bagi menambahkan pendapatan.
4. Berpeluang melanjutkan kerjaya bersama kami sama ada secara tetap, kontrak atau partime jika berprestasi baik.
5. Suasana kerja yang baik dan sedikit FUNKY.
6. Boleh mula bila-bila masa.
Apa yang anda perlu ada?
1. Rumah atau bilik penginapan sendiri (banyak bilik-bilik sewa di sekitar pejabat kami)
2. Transport sendiri.
3. Minat dalam bidang berkaitan.
4. Baik dalam pertuturan dan penulisan.
5. Ada disiplin dan kesungguhan
Lokasi Praktikal / Pejabat kami di :
No 8B, Persiaran Permata
Taman Permata
53300 Kuala Lumpur
Jika berminat, sila email permohonan kepada kami di rinssuzana@yahoo.com atau tinggalkan nama, kelulusan, nombor telefon dan jawatan dipohon diruangan dibawah. Jika berkelayakan, kami akan jemput untuk proses temuduga.
Untuk pertanyaan dan tempahan, Sila hubungi:
Tel Butik : 03-4147 1980 / 013-940 0160
Waktu Urusniaga :
Isnin - Ahad (10.00 pagi - 6.00 Petang)
Setiap Selasa, Rabu dan Cuti Am : Cuti
web : http://www.rinssuzana.com
flickr : http://www.flickr.com/photos/rinssuzana/
Alamat : No 8B, Persiaran Permata, Taman Permata Ulu Klang 53300 Kuala Lumpur
(Landmark : Bersebelahan Giant Taman Permata, Oldtown, Bata dan 7 Eleven)
Untuk makluman, Mohd Safwan dan Fairuzliyana tidak lagi bekerja dengan Butik Rins Suzana bermula 31 Mei 2010. Meraka tidak dibenarkan membuat sebarang urusan bagi pihak Rins Suzana pada dan selepas tarikh tersebut. Segala urusan dan pertanyaan sila hubungi butik di no 03-41471980.
|
|
|
|
|
|
| Friday, 20-Aug-2010 07:17 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Majlis Berbuka Puasa Azwan Ali Bersama Anak Yatim
|
|
Majlis Berbuka Puasa Azwan Ali Bersama 44 Anak Yatim serta Pelancaran Gemilang Buku Tulisan Azwan Ali SJDP.
Tanggal 17 Ogos 2010 bersamaan dengan 7 Ramadhan, berlangsung Majlis Berbuka Puasa Azwan Ali Bersama 44 Anak Yatim serta Pelancaran Gemilang Buku Tulisan Azwan Ali SJDP.
Terima kasih kepada Azwan Ali kerana menjemput kami hadir ke majlis. Ini merupakan kali kedua kami bekerjasama dengan Azwan Ali selepas Majlis Penuh Rahsia di Palace Of The Golden Horses pada Januari lepas.
Seperti yang dirancang, Rins Suzana telah diamanahkan pada peringkat awal selaku Penaja Utama bersama Tamarind Springs Restoran untuk membuat persediaan bagi menyambut kehadiran 44 Anak Yatim dari Asrama Darul Aminan dan juga seramai 30 artis jemputan serta pihak media.
Crew-crew Rins Suzana mengadakan persiapan seawal jam 9.00 pagi. Menjadi satu tugas yang mencabar juga apabila barang-barang dekorasi diangkut daripada stor kami di Sri Gombak ke Tamarind Springs Restoran. Tambah-tambah waktu siang hari di bulan puasa ni. Nak buat macam mana..dah tanggungjawab.
Persiapan berjalan lancar dan tugasan berjaya diselesaikan tepat jam 1.30 petang. Alhamdulillah, semua crew berdedikasi mempersiapkan apa yang telah dirancang. Semua crew jangan lupa datang atas jemputan Azwan Ali.
Jam 6.00 petang, hujan menyambut kehadiran 44 anak yatim dari Asrama Darul Aminan. Sesungguhnya hujan itu satu rahmat dari tuhan. Semoga anak-anak yatim ini menjadi insan yang berguna dan sentiasa dirahmati. Marilah kita sama-sama doakan kesejahteraan untuk mereka..Insyaallah..
Jam 6.30 petang, ramai artis-artis jemputan dan media hadir. Sesi ‘Red Carpet’ yang diatur memeriahkan lagi majlis ini. Agak ramai crew-crew lain yang bertungkus lumus bagi memastikan kelancaran majlis.
Kami disajikan dengan masakan oleh Tamarind Springs Restoran dan juga masakan dari Azwan Ali sendiri untuk hidangan berbuka puasa.
Serentak dengan majlis berbuka puasa, disusuli dengan pelancaran buku tulisan Azwan Ali berjudul Selamat Jalan Dunia Pondan. Ia disempurnakan oleh Datuk Yusuf Haslam & Isteri. Tahniah untuk Azwan Ali.
Majlis tamat jam 10.00 malam selepas sesi fotografi dan juga sidang media.
Apabila majlis tamat, menjadi tugasan crew kami. kerja-kerja ‘mengemas’ pun bermula. Mengangkut pulang barangan terpaksa dibuat pada malam itu juga memandangkan restoran akan beroperasi seperti biasa keesokan harinya. Walaupun penat, kami tetap berpuas hati kerana apa yang dirancang sebelum ni berjalan lancar..
Dikongsi sedikit foto-foto pada waktu majlis dilangsungkan..
Lokasi : Tamarind Springs Restoran
Penaja Utama : Tamarind Springs Restoran & Rins Suzana
Penaja Bersama : Buku Prima, Adidas, Michael & Guys, Hatta Dolmat, Amir Lukman dan Eyoi Team Make Up Artistik
Foto : www.azmisentral.com
Untuk pertanyaan dan tempahan, Sila hubungi:
Tel Butik : 03-4147 1980 / 013-940 0160
Webpage : http://www.rinssuzana.com
Email : rinsbridal@hotmail.com
Flickr : http://www.flickr.com/photos/rinssuzana/
Untuk makluman, Mohd Safwan dan Fairuzliyana tidak lagi bekerja dengan Butik Rins Suzana bermula 31 Mei 2010. Meraka tidak dibenarkan membuat sebarang urusan bagi pihak Rins Suzana pada dan selepas tarikh tersebut. Segala urusan dan pertanyaan sila hubungi butik di no 03-41471980.
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 3-Aug-2010 15:53 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Artikel Berita Harian 2 Ogos 2010
|
|
Enggan Mengalah
Oleh Nurul Nadia Abdul Hamid
2010/08/02
Biarpun pernah gagal, suzana kini terus lakar kejayaan
PERKATAAN putus asa dan mengalah, tiada dalam kamus kehidupan wanita muda, Suzana Abdullah. Meskipun baru berusia 30 dan bergelar pemilik syarikat perancang perkahwinan, cabaran mendatang dihadapinya dengan tabah dan ditangani sebaik mungkin.
Walaupun sukar, setiap pengalaman diharungi dan dijadikan panduan kerana baginya tidak mustahil untuk menggapai serta merealisasikan apa yang diinginkan atau diimpikan asalkan ada kesungguhan untuk bangkit daripada kegagalan.
“Pernah beberapa jam sebelum bersanding, keluarga pengantin bergaduh kerana tidak berkenan dengan konsep yang kami bawakan dan menyuruh kami ‘membuka’ pelamin yang sudah siap di pasang.
“Walhal, pengantin sudah bersetuju dengan konsep yang kami berikan dan kami sudah menerangkan konsep mengikut perbelanjaan dan kriteria yang mereka tetapkan sebelum itu,” katanya ketika ditemubual, baru-baru ini.
Pahit dan memalukan, isteri kepada Rudie Iswadie Ismail, 30, itu akur dengan desakan keluarga pengantin. Akuinya, situasi sukar ketika itu membuatkan beliau tidak mampu berfikir mahupun menyelesaikan masalah demikian dengan sewajarnya di samping enggan mengusutkan keadaan.
Bertitik tolak daripada peristiwa itu, bekas penuntut Sains Komputer berkenaan menjadikannya pengajaran dan sentiasa berwaspada, bersabar dan berhati-hati melayani kerenah pelanggan dengan mengamalkan rundingan serta memastikan persetujuan dengan pelanggan sebelum majlis.
Menyentuh soal modal, katanya, beliau memulakan perniagaan menggunakan duit hantaran perkahwinan memandangkan tidak mampu mendapatkan pinjaman daripada bank ketika itu.
“Saya memulakan perniagaan kecil-kecilan, dan memandangkan tiada modal, saya gunakan duit hantaran RM7,000 sebagai modal permulaan memandangkan perniagaan dalam bidang rundingan perkahwinan jarang mendapat tempat dan diteroka di Kelantan ketika itu,” katanya.
Memulakan perniagaan pada usia muda, katanya tidak banyak pengalaman dan gambaran perniagaan yang mampu diceduk sebagai panduan. Apatah pula, beliau menjalankan perniagaan seawal usia 23, iaitu selepas bergelar isteri dan menggenggam ijazah.
Jatuh bangun dalam perniagaan adalah resam orang berniaga. Beliau pernah mengalami kegagalan pada peringkat awal perniagaan. Tidak mendapat sambutan, konsep ringkas dengan tema putih yang dibawakan ibu kepada Khalisya Afrina itu dianggap tidak bersesuaian di Kota Bharu.
Mengambil keputusan berpindah ke kota, beliau yang mengandung ketika itu memulakan operasi perniagaan kecil-kecilan. Sekali lagi tidak mendapat sambutan, beliau mengiklankan barangan perkahwinan di internet untuk dijual.
Sedari itu, secara tidak langsung inisiatif jualan barangan yang ingin dijual memberi reaksi sebaliknya. Saluran internet yang digunakan membawa pulangan rezeki kepadanya apabila ramai yang mula mendambakan khidmatnya.
Menganggapnya ‘tuah bergolek’, beliau kembali bersemangat dan pantas menerima tempahan. Hari demi hari ia semakin maju dan sehingga kini, beliau mengamalkan konsep sama diilhamkan dari awal pembabitan di Kelantan.
Kini, beliau berpuas hati dengan konsep ‘putih’ yang dibawakan dulu semakin mendapat tempat di kalangan bakal pengantin.
“Kalau anda perhatikan, semua koleksi baju kami berwarna putih, perak atau konsepnya sudah digunakan sejak tujuh tahun yang lalu. Moden dan kontemporari, ia memadai, tidak berlebih-lebihan dan ringkas,” katanya.
Menawarkan pakej lengkap perkahwinan daripada dekorasi pelamin, khidmat pakaian dan fotografi, pelanggan diberi kelebihan memilih pakej atau sebaliknya bergantung kepada perbelanjaan dan kehendak pengantin.
Dengan enam pekerja kini, Suzana tidak menang tangan menerima tempahan sehingga empat majlis seminggu. Tidak ketinggalan ketika cuti sekolah, beliau mampu mendapatkan sehingga sembilan majlis seminggu.
link : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Engganmengalah/Article
Saksikan juga 'LAGENDA BUDAK SETAN' The Series di saluran ASTRO PRIMA lakonan utama FARID KAMIL dan JUE AZIZ bermula 10 OGOS 2010 jam 10 malam. Penggambaran dibuat di BUTIK RINS SUZANA, Taman Permata, KL.
Untuk pertanyaan dan tempahan, Sila hubungi:
Tel Butik : 03-4147 1980 / 013-940 0160
Webpage : http://www.rinssuzana.com
Email : rinsbridal@hotmail.com
Flickr : http://www.flickr.com/photos/rinssuzana/
Untuk makluman, Mohd Safwan dan Fairuzliyana tidak lagi bekerja dengan Butik Rins Suzana bermula 31 Mei 2010. Meraka tidak dibenarkan membuat sebarang urusan bagi pihak Rins Suzana pada dan selepas tarikh tersebut. Segala urusan dan pertanyaan sila hubungi butik di no 03-41471980.
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 1-Aug-2010 09:27 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Jakarta Wedding Festival 2010
|
|
|
|
|
|
|
|
| Monday, 26-Jul-2010 16:08 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Koleksi Baju Pengantin Terbaru
|
|
Sempena Pameran Pengantin Malaysia 2010 di Midvalley, Rins Suzana melancarkan koleksi-koleksi terbaru sebagai pilihan bakal pengantin..
Model : Sarah
Makeup : Nurin Makeover Studio
Photog : Azmisentral, Rudy & Aizat
Lokasi : Butik Rins Suzana, Taman Permata
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 25-Jul-2010 08:20 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Sekitar Cipta Lagu Irama Malaysia 2010
|
|
Untuk pertanyaan dan tempahan, Sila hubungi:
Tel Butik : 03-4147 1980 / 013-940 0160
web : http://www.rinssuzana.com
flickr : http://www.flickr.com/photos/rinssuzana/
Facebook : Rins Suzana
Alamat : No 8B, Persiaran Permata, Taman Permata Ulu Klang 53300 Kuala Lumpur (Landmark : Bersebelahan Giant Taman Permata, Oldtown, Bata dan 7 Eleven)
..VISA & MASTERCARD DITERIMA...
Untuk makluman, Mohd Safwan dan Fairuzliyana tidak lagi bekerja dengan Butik Rins Suzana bermula 31 Mei 2010. Meraka tidak dibenarkan membuat sebarang urusan bagi pihak Rins Suzana pada dan selepas tarikh tersebut. Segala urusan dan pertanyaan sila hubungi butik di no 03-41471980.
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 1-Jul-2010 14:07 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Peraduan 2 Jiwa 1 Hati..
|
|
“..Ingin PERKAHWINAN anda DITAJA OLEH RINS SUZANA ??..” Sertailah..
Siapakan Yang Layak Untuk Menyertai?
1. Pelanggan-pelanggan RiNS SUZANA yang telah membuat tempahan PAKEJ PERKAHWINAN atau BAJU SANDING di Butik RiNS SUZANA.
2. Majlis peserta yang akan dilangsungkan pada 1 Disember 2010 – 31 Mei 2011.
3. Majlis persandingan yang akan dilangsungkan di kawasan lembah klang sahaja bagi hadiah tempat pertama.
4. Ahli keluarga, kenalan dan sesiapa sahaja yang berkaitan dengan RiNS SUZANA tidak dibenarkan menyertai peraduan ini.
Bagaimana Untuk Menyertai Peraduan Ini?
1. Mengisi borang penyertaan yang boleh didapati hanya di Butik RiNS SUZANA beralamat di No 8B, Persiaran Permata, Taman Permata 53300 Kuala Lumpur.
2. Borang yang telah siap diisi perlu dihantar ke Butik RiNS SUZANA sebelum 30 September 2010 jam 6 petang.
3. Pemilihan 10 peserta akan dibuat oleh RiNS SUZANA untuk ke peringkat akhir melalui ulasan topik seperti yang terdapat di borang penyertaan.
4. Setiap pasangan yang terpilih akan diberi sepersalinan baju sanding untuk sesi fotografi.
Syarat-syarat Sesi Fotografi
1. Peserta boleh membawa jurugambar dan jurumakeup sendiri semasa sesi fotografi.
2. Sesi fotografi hanya boleh dijalankan di Butik RiNS SUZANA sahaja.
3. Sesi fotografi & makeup yang dibenarkan hanya dalam masa 1 Jam 30 minit sahaja.
4. 5 pilihan gambar ‘soft copy & hard copy’ terbaik perlu dikemukakan peserta kepada pihak RiNS SUZANA sama ada diedit atau tanpa diedit 2 hari selepas tamat sesi fotografi.
5. Tarikh sesi fotografi akan ditetapkan oleh RiNS SUZANA.
Pemilihan Pemenang
1. Pemilihan pemenang akan dibuat oleh pihak RiNS SUZANA dengan dibantu oleh juri yang dilantik.
2. Gambar-gambar 10 peserta terakhir akan dimuatkan ke ruangan Facebook, Website (www.rinssuzana.com) dan Fotopages RiNS SUZANA ( http://rinssuzana.fotopages.com ) .
3. Pemilihan pemenang peraduan adalaha hak mutlak pihak RiNS SUZANA dan segala bantahan tidak akan dilayan.
4. Gambar pasangan yang paling menarik, fotogenik, mempunyai persefahaman yang baik, pose unik dan kreatif, sopan dan terbaik akan dipilih sebagai pemenang.
5. Syarat tambahan boleh dikeluarkan oleh pihak penganjur atas kepentingan bersama.
TAJAAN BERNILAI RM10,000 YANG BAKAL DIMENANGI !!
Tempat Pertama : Tajaan Pakej Perkahwinan berupa Pelamin dan Dekorasi serta Baju Persandingan Lelaki & Perempuan termasuk aksesori asas bernilai RM5,000.00
Kedua : Sewaan Baju Persandingan Lelaki & Perempuan termasuk aksesori asas pakaian bernilai RM1,800.00
Ketiga : Sewaan Baju Persandingan Lelaki & Perempuan termasuk aksesori asas pakaian bernilai RM1,300.00
Ke-4 : Sewaan Baju Persandingan Lelaki & Perempuan termasuk aksesori asas pakaian bernilai RM800.00
Ke-5 : Sewaan Baju Persandingan Lelaki & Perempuan termasuk aksesori asas pakaian bernilai RM600.00
Saguhati :
Tempat ke-6 hingga ke-10
Baucher bernilai RM100 untuk sewaan baju persandingan daripada RiNS SUZANA
* Hadiah kepada bakal pemenang akan meningkat bergantung kepada jumlah penajaan yang akan diterima oleh pihak penganjur.
Syarat-syarat Pemilihan Pemenang.
1. Hadiah tidak boleh ditukar kepada wang tunai.
2. Hadiah pemenang tempat pertama hanya untuk pasangan pengantin yang melangsungkan majlis di Lembah Klang sahaja.
3. Pemenang tidak boleh membuat pertukaran hadiah yang telah dimenangi seperti pelamin dan pakaian.
4. Pilihan pakaian hanya daripada koleksi RiNS SUZANA.
Anda Berminat Sebagai Penaja Bersama?
Jika anda sebagai pemilik perniagaan dan berminat untuk manjadi Penaja Bersama Peraduan 2 Jiwa 1 Hati, anda adalah dijemput untuk memeriahkan peraduan bersama-sama kami. Antara peniaga yang dipelawa adalah Katering & Conopy, Fotografi & Videografi, Kek & Coklat, Kad Kahwin, Makeup Artist, Wedding Gift, Gubahan Hantaran, Spa & Pusat Kecantikan dan Kursus Kahwin. Lain-lain penajaan yang sesuai juga dialu-alukan.
Kelebihan Sebagai Penaja Bersama?
1. Publisiti secara meluas melalui Website dan fotopages RiNS SUZANA. Untuk makluman, pengunjung website & fotopages RiNS SUZANA melebihi 4000 pelawat sehari.
2. Publisiti peraduan ini melalui Facebook dan juga flayers di butik RiNS SUZANA.
3. Mendapat faedah bersama melalui hebahan sama ada melalui website atau blog-blog milik penaja bersama.
4. Peraduan ini dijangka mendapat sambutan yang hangat daripada bakal pengantin dan dapat menjadi satu strategi kepada penaja untuk terus meluaskan pasaran perniagaan masing-masing.
5. Dapat bersama-sama memeriahkan dan mencari kelainan dalam industri perkahwinan.
6. Dapat meluaskan jaringan perniagaan sesama penaja.
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 1-Jul-2010 12:13 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Husna & Azrul @ Dewan Sri Delima, Kelana Jaya
|
|
Tahniah kepada pasangan pengantin.. kami juga mengucapkan agar husna & azrul panjang umur dan murah rezki
Pakaian & Pelamin : Rins Suzana
Makeup : Emma Pesona
Photog : AzmiSentral 017-9806680 http://www.azmisentral.com
Lokasi : Dewan Sri Delima PKNS, Kelana Jaya
Untuk makluman, Mohd Safwan dan Fairuzliyana tidak lagi bekerja dengan Butik Rins Suzana bermula 31 Mei 2010. Meraka tidak dibenarkan membuat sebarang urusan bagi pihak Rins Suzana pada dan selepas tarikh tersebut. Segala urusan dan pertanyaan sila hubungi butik di no 03-41471980
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 1-Jul-2010 10:05 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Koleksi Pelamin 18 & 19 Jun 2010
|
|
Lokasi : Bawah Khemah @ Setapak Jaya
Lokasi : Bawah Khemah @ Salak Tinggi, Sepang
Lokasi : Dewan MPS, Seremban
Lokasi : Dewan Perdana Felda
Lokasi : Dewan Komuniti Bandar Tun Razak
Untuk makluman, Mohd Safwan dan Fairuzliyana tidak lagi bekerja dengan Butik Rins Suzana bermula 31 Mei 2010. Meraka tidak dibenarkan membuat sebarang urusan bagi pihak Rins Suzana pada dan selepas tarikh tersebut. Segala urusan dan pertanyaan sila hubungi butik di no 03-41471980.
|
|
|
|
|
|
| Friday, 25-Jun-2010 09:18 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Ayu & Roy @ Bandar Tun Razak
|
|
Lokasi : Dewan Bandar Tun Razak
Pelamin & Deco : Rins Suzana
Dress : Rins Suzana
Foto : Aizat Blisscandid ( http://blisscandid.fotopages.com )
|
|
|
|
|