PAKEJ PERKAHWINAN 2012 | PAKEJ PERKAHWINAN 2013 | BUTIK PENGANTIN | PELAMIN | BAJU PENGANTIN | BUTIK

By: RINS SUZANA Kuilhamkan Untukmu

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  14  15  16  17  18  >  >>]    [Archive]
Thursday, 1-Jul-2010 12:13 Email | Share | | Bookmark
Husna & Azrul @ Dewan Sri Delima, Kelana Jaya

Tahniah kepada pasangan pengantin.. kami juga mengucapkan agar husna & azrul panjang umur dan murah rezki





Pakaian & Pelamin : Rins Suzana
Makeup : Emma Pesona
Photog : AzmiSentral 017-9806680 http://www.azmisentral.com
Lokasi : Dewan Sri Delima PKNS, Kelana Jaya


Untuk makluman, Mohd Safwan dan Fairuzliyana tidak lagi bekerja dengan Butik Rins Suzana bermula 31 Mei 2010. Meraka tidak dibenarkan membuat sebarang urusan bagi pihak Rins Suzana pada dan selepas tarikh tersebut. Segala urusan dan pertanyaan sila hubungi butik di no 03-41471980


Thursday, 1-Jul-2010 10:05 Email | Share | | Bookmark
Koleksi Pelamin 18 & 19 Jun 2010


Lokasi : Bawah Khemah @ Setapak Jaya




Lokasi : Bawah Khemah @ Salak Tinggi, Sepang



Lokasi : Dewan MPS, Seremban



Lokasi : Dewan Perdana Felda



Lokasi : Dewan Komuniti Bandar Tun Razak


Untuk makluman, Mohd Safwan dan Fairuzliyana tidak lagi bekerja dengan Butik Rins Suzana bermula 31 Mei 2010. Meraka tidak dibenarkan membuat sebarang urusan bagi pihak Rins Suzana pada dan selepas tarikh tersebut. Segala urusan dan pertanyaan sila hubungi butik di no 03-41471980.


Friday, 25-Jun-2010 09:18 Email | Share | | Bookmark
Ayu & Roy @ Bandar Tun Razak









Lokasi : Dewan Bandar Tun Razak
Pelamin & Deco : Rins Suzana
Dress : Rins Suzana
Foto : Aizat Blisscandid ( http://blisscandid.fotopages.com )


Wednesday, 23-Jun-2010 07:06 Email | Share | | Bookmark
SEMAK LOKASI PERKAHWINAN ANDA..

ANTARA LOKASI-LOKASI PEMASANGAN PELAMIN DEWAN/OUTDOOR YANG TELAH DIKENDALIKAN OLEH RINS SUZANA

1. PALACE OF THE GOLDEN HORSES
2. DEWAN SRI ENDON, PUTRAJAYA
3. HOTEL ORIENTAL CRYSTAL KAJANG
4. DEWAN TUN RAHAH
5. DEWAN PERDANA FELDA
6. DEWAN RISDA AMPANG
7. DEWAN MBSA SHAH ALAM
8. DANAU GOLF CLUB, BANGI
9. DEWAN SRI SEROJA PRESINT 15
10. DEWAN PRESINT 16 PUTRAJAYA
11. DEWAN JUBLI PERAK SHAH ALAM
12. DEWAN PKNS KELANA JAYA
13. DEWAN KOMUNITI BUKIT DAMANSARA
14. DEWAN KOMUNITI TAMAN TUN DR ISMAIL
15. DEWAN KOMUNITI MANJALARA
16. DEWAN KOMUNITI IBUKOTA, DANAU KOTA
17. DEWAN AU2 KERAMAT
18. DEWAN SRI DELIMA, KEPONG
19. DEWAN BERINGIN GOMBAK
20. DEWAN KOMUNITI TAMAN KOPERASI POLIS
21. DEWAN KOMUNITI GOMBAK SETIA
22. DEWAN KOMUNITI SENTUL
23. MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA
24. MAJLIS PERBANDARAN KAJANG
25. MAJLIS PERBANDARAN SEREMBAN
26. MAKTAB PDRM CHERAS
27. WISMA SEJARAH
28. DEWAN JKR
29. DEWAN SRI SIANTAN
30. PUSAT BELIA ANTARABANGSA BANDAR TUN RAZAK
31. DEWAN INTEGRITI JALAN DUTA
32. TAMAN BOTANI PUTRAJAYA
33. KELAB SHAH ALAM
34. GALERI SHAH ALAM
35. PERANGSANG GOLF CLUB
36. TAMAN TASIK TITIWANGSA
37. TAMAN TASIK PERMAISURI CHERAS
38. THE CLUB DAMANSARA
39. MUM’S PLACE
40. RESTORAN NELAYAN TITIWANGSA
41. PANDAN LAKE CLUB
42. HOTEL RENAISSANCE, KL


Untuk makluman, Mohd Safwan dan Fairuzliyana tidak lagi bekerja dengan Butik Rins Suzana bermula 31 Mei 2010. Meraka tidak dibenarkan membuat sebarang urusan bagi pihak Rins Suzana pada dan selepas tarikh tersebut. Segala urusan dan pertanyaan sila hubungi butik di no 03-41471980.


Tuesday, 22-Jun-2010 05:45 Email | Share | | Bookmark
Coretan Rins

Sejak 2 minggu yang lalu bermula semasa persiapan terakhir menjelang kemuncak kesibukan kami mengendalikan persiapan majlis-majlis pelanggan RINS, butik kami menerima beberapa panggilan telefon dari beberapa individu yang mengutarakan isu yang sama. Kebetulannya panggilan tersebut dijawab oleh staf-staf kami memandangkan sepanjang minggu tersebut saya dan suami agak sibuk menguruskan operasi luar.

Dari info yang disampaikan oleh pemanggil tersebut, ia membayangkan isu kekeliruan pelanggan masih muncul apabila terdapat lagi sesetengah pihak yang cuba mengambil peluang untuk mengelirukan pihak pelanggan kami.

Saya ingin merakamkan ribuan terima kasih di atas keperihatinan Cik X (bukan nama sebenar) yang merupakan antara individu yang saya anggap amat bertanggungjawab dan telah menyampaikan perkara ini kepada saya sendiri demi untuk mendapatkan kepastian dari pihak Rins Suzana walaupun beliau tidak pernah mengenali saya mahupun Rins Suzana pada sebelum ini.

KES 1
Antara kisah yang saya ingin kongsikan di sini adalah kisah dari panggilan telefon yang dijawab sendiri oleh saya dari Cik X. Beliau menceritakan kemusykilan beliau apabila beliau telah membuat kunjungan ke salah satu butik pengantin di Bandar K, Selangor. Namun apabila beliau meminta sample-sample gambar pelamin, pemilik butik tersebut terus membuka laptopnya dan membuka website milik Rins Suzana. Menurutnya, pelanggan boleh memilih apa jua pelamin milik Rins Suzana kerana beliau mampu menyediakan perkhidmatan dekorasi yang sama, malah ‘triple’ lebih murah berbanding apa yang ditawarkan oleh Rins. Kami dikatakan meletakkan harga yang terlalu mahal jika dibandingkan dengan kos modal barangan mentah yang dibeli. Pelanggan terpaksa membayar harga yang tinggi atas nama ‘Rins Suzana’ walhal butik lain juga mampu menyediakan kerangka yang sama dengan harga yang jauh lebih murah. Ditambahnya lagi, beliau dan kami adalah kenalan lama yang datang dari sekampung.

KES 2
Pelanggan bernama Cik Y (bukan nama sebenar) juga muncul pada minggu yang lalu melalui panggilan telefon yang bertanyakan kepada salah seorang staf kami tentang sama ada beliau boleh membuat tempahan di ‘cawangan’ kami di salah sebuah Bandar di Luar KL/Selangor. Terkejut dengan pertanyaan tersebut, staf kami terus bertanyakan dengan lebih terperinci kenapa persoalan itu timbul sedangkan sehingga kini, Rins masih beroperasi sepenuhnya hanya di TAMAN PERMATA ULU KLANG sahaja TANPA adanya mana-mana cawangan. Beliau juga terkejut dengan kenyataan itu dan terus menceritakan bahawa beliau sememangnya telah menganggap bahawa Rins mempunyai cawangan lain yang turut menawarkan servis dan produk yang sama memandangkan bahan-bahan tatapan pelanggan di butik tersebut adalah sama seperti apa yang ada di Rins Suzana. Sememangnya nama perniagaan yang digunakan adalah bukan nama ‘Rins Suzana’, namun cara persembahan koleksi dekorasi yang tiada bezanya itu membuatkan pelanggan beranggapan inilah cawangan kami yang diberi nama berbeza bagi lokasi yang berlainan.

KENYATAAN DAN PERINGATAN DARI RINS SUZANA

Berhubung dengan Kes 1 dan Kes2 serta beberapa kes lalu yang telah kami lakukan kenyataan terbuka di laman web Rins, kami ingin mengingatkan sekali lagi kepada semua pelanggan dan bakal-bakal pelanggan agar memastikan anda benar-benar telah membuat ‘survey’ dan mencapai sepenuh keyakinan terhadap servis sesebuah butik pilihan anda.
Untuk ke sekian kalinya kami terpaksa membuat 1 lagi pengakuan terbuka bahawa buat masa ini, Rins masih bergerak secara sederhana di 1 premis yang terletak di TAMAN PERMATA, ULU KLANG SAHAJA. Dengan rendah hati, kami membuat pengakuan bahawa RINS masih belum mempunyai mana-mana cawangan walau di KL mahupun luar KL.
Jika anda masih keliru dengan kewujudan pihak-pihak yang mendakwa adalah cawangan atau apa saja perkaitan, kami sememangnya tidak melantik sesiapa ejen atau staf luar sebagai perunding untuk pelanggan selain terus berurusan di BUTIK RINS SUZANA sahaja.

Anda tidak perlu keliru jika ada mana-mana butik pengantin baru yang wujud berasaskan dekorasi yang hampir sama dengan apa yang RINS tawarkan. Bagi kami, TIRU dan OLAH bukan menjadi masalah besar buat kami dan pelanggan, yang menjadi isu buat pelanggan apabila kekeliruan pelanggan terhadap servis RINS apabila berlakunya COPY n PASTE. CIPLAK 100% gambar dari butik lain untuk kegunaan bisnes peribadi dan tampal tag nama butik di atas tag nama asal pihak lain.

Apa yang mengecewakan kami apabila mendapat tahu bahawa wujud pihak yang mengambil kesempatan mahu menggunakan platform nama pihak lain bagi kepentingan bisnes mereka tapi dalam masa yang sama cuba memburukkan nama kami untuk menarik perhatian dan kepercayaan pelanggan. Sebagai salah satu pengusaha butik perkahwinan Melayu, kami kesal dengan perbuatan sedemikian yang ingin menaikkan perniagaan sendiri dengan cara mencari kelemahan pihak lain walau dalam masa yang sama telah menggunakan perkaitan nama kami dengan pihak mereka.

“..pelanggan boleh memilih apa jua pelamin milik Rins Suzana kerana beliau mampu menyediakan perkhidmatan dekorasi yang sama, malah ‘triple’ lebih murah berbanding apa yang ditawarkan oleh Rins. Kami dikatakan meletakkan harga yang terlalu mahal jika dibandingkan dengan kos modal barangan mentah yang dibeli. Pelanggan terpaksa membayar harga yang tinggi atas nama ‘Rins Suzana’ walhal butik lain juga mampu menyediakan kerangka yang sama dengan harga yang jauh lebih murah. Ditambahnya lagi, beliau dan kami adalah kenalan lama yang datang dari sekampung. ..”

Apabila kenyataan ini telah tersebar kepada pelanggan-pelanggan dan telah ada yang secara jujur menghubungi kami untuk mendapatkan kepastian, di sini kami mengambil tanggungjawab untuk menjawab persoalan pelanggan secara terbuka agar ianya menjadi peringatan penting kepada semua individu terlibat.

Rins menawarkan servis pakej perkahwinan dengan harga berpatutan atas apa yang kami tawarkan sama ada dari koleksi dekorasi pelamin, koleksi design pakaian, ruang niaga yang lebih luas berbanding sebelum ini. Dari masa ke semasa kami cuba menaiktaraf mutu koleksi dekorasi pelamin, pakaian dan juga khidmat jurumakeup bukan sahaja untuk memastikan kepuasan pelanggan, malah kepuasan kami sebagai pemilik butik RINS SUZANA. Kami membuka sebuah butik pengantin 7 tahun yang lalu di atas minat dan kecenderungan yang mendalam, bukannya kerana trend bisnes atau kerana meniru mana-mana pihak di sekitar kami yang telah membuka butk pengantin dalam usia awal 20an.

Kerana itu, dengan membawa jiwa dan citarasa muda, kami sentiasa agresif untuk cuba ‘upgrade’ servis kami dari masa ke semasa bagi kepuasan semua pelanggan kami.Sebolehnya, kami tidak mahu berada di tahap servis, dekorasi atau produk yang lama dan sama, kami sentiasa ingin ke depan bersama tawaran servis yang semakin baik. Namun, walaupun begitu kami masih ingin mengekalkan tawaran servis dan ruang lingkup servis kami adalah untuk golongan EKONOMI dan PERTENGAHAN yang berada di sekitar LEMBAH KLANG, sekitar 40km dari Kuala Lumpur. Kerana, kami yakin dengan imej dan identity yang dibawakan oleh Rins yang penuh kesederhanaan serta ‘simple’ ini adalah lebih bersesuaian dengan golongan ini.

Akhir kata, kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada Cik X dan Cik Y yang perihatin dan peka terhadap perkembangan butik kami. Semoga Allah membalas jasa kalian dan seterusnya kami doakan semoga anda beroleh kebahagiaan.


Untuk makluman, Mohd Safwan dan Fairuzliyana tidak lagi bekerja dengan Butik Rins Suzana bermula 31 Mei 2010. Meraka tidak dibenarkan membuat sebarang urusan bagi pihak Rins Suzana pada dan selepas tarikh tersebut. Segala urusan dan pertanyaan sila hubungi butik di no 03-41471980.


[<<  <  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  14  15  16  17  18  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net