PAKEJ PERKAHWINAN 2012 | PAKEJ PERKAHWINAN 2013 | BUTIK PENGANTIN | PELAMIN | BAJU PENGANTIN | BUTIK

By: RINS SUZANA Kuilhamkan Untukmu

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  9  10  11  12  13  14  15  [16]  17  18  19  20  21  22  23  >  >>]    [Archive]
Monday, 1-Mar-2010 06:39 Email | Share | | Bookmark
Rumah Puteri Harapan @ Kota Bharu Kelantan

26 Februari 2010
salam buat semua pelawat laman RINS SUZANA..

Di kesempatan ini kami ingin memohon berjuta kemaafan kepada sekalian pelanggan yang telah ataupun ingin berkunjung ke premis kami sepanjang 26-28 Feb ini kerana operasi butik ditutup selama 3 hari tanpa berkesempatan untuk menotiskan lebih awal di web atau fotopages RINS.

Alhamdulillah, hari ini adalah antara hari yang bersejarah dalam hidup kami dan bermakna yang tak mungkin dapat dilupakan dalam riwayat RINS.
12 Rabiul Awal tahun ini kami raikan di kampung halaman kami di Kota Bharu bersama insan-insan tersayang yang telah lama tidak diketemui, juga insan-insan teristimewa yang sudah sekian lama kami menanam hasrat untuk bersua muka. Akhirnya sampai jua saat itu yang tak akan kami lupakan dan terasa ingin kami ulangi saat itu.

Kami abadikan coretan ini di laman RINS khas untuk semua adinda tersayang dari Rumah Anak Yatim Puteri Harapan, Kota Bharu yang telah sudi hadir beramah mesra bersama kami sekeluarga. Semoga dengan pengabadiannya gambar-gambar kenangan ini akan dapat menggembirakan adinda sekalian dan mengingatkan mereka kepada kami sekeluarga di Kota Bharu dan juga RINS SUZANA walaupun jauh di mata namun tetap dekat di hati.

Sejak 7 tahun yang lalu kami menanam hasrat untuk menggembirakan insan-insan seperti mereka andainya dapat sampai waktunya yang sesuai. Entah kenapa hati amat tersentuh apabila timbulnya sesuatu isu yang berkaitan anak-anak yang membesar tanpa mendapat kasih sayang dan belaian dari ibu dan ayah. Segala rona hidup tetap dilalui dan ditempuhi walau teramat perit untuk dikongsikan bersama yang lain. Kami sanjungi segala KECEKALAN, KESABARAN, KEKUATAN JIWA dan MENTAL, KETABAHAN DIRI, KESYUKURAN atas segala kebahagiaan dalam bentuk yang berbeza, SEMANGAT yang utuh untuk meneruskan kehidupan.. Segala yang ada pada mereka sebenarnya telah banyak mengajar kami untuk menjadi lebih kuat dalam meneruskan segala cabaran walaupun dalam sudut cabaran yang berbeza.

Cerekarama siaran TV3 pada minggu yang lalu lakonan utama Sheila Rusly dan pelakon utama kisah ‘MOHSIN’ tidak lama dulu (saya lupa nama sebenar pelakon remaja tu, Shafiq kot..), mengingatkan saya kembali hasrat yang telah tercipta sejak 7 tahun yang lalu. Memang berkesan lakonan keseluruhan pelakon kisah dari cerekarama tersebut kerana saat kesusahan dan perpisahan 3 beradik telah meruntun hati dan jiwa penonton. Tahniah buat Sheila Rusly dan suaminya yang telah berjaya mempersembahkan kisah hidup yang penuh dugaan hidup sebagai anak tanpa ayah pada mulanya, dan akhirnya harus menerima dugaan yang lebih besar apabila terpaksa kehilangan seorang ibu.

Terasa amat puas dan gembira apabila pada hari yang mulia kami adik beradik dan juga ibunda tersayang dapat memberi pelukan seikhlas hati tanda mereka punyai jua insan-insan lain yang menyayangi mereka serta menghargai mereka. Sayu dalam hati apabila di saat perpisahan pada lewat petang, ada di antara mereka yang meluahkan 1 perkara kepada saya.. “ Saya impikan sebuah rumah besar dan ada kereta besar suatu hari nanti..” saya tersentak dengan luahan tersebut dan terus memberi jawapannya hanya 1 sahaja.. “ Belajar rajin-rajin, usaha bersungguh-sungguh, berdoa padaNya untuk segalanya..InsyaAllah akan dimakbulkan impian dan cita-cita,”…

Kepada adinda-adinda yang berpeluang melayari laman web atau fotopages RINS ini, kami amat mengharapkan dan mendoakan semoga apa yang dicitakan akan dimakbulkan ditambah dengan adanya sokongan, dorongan, semangat yang kami kirimkan untuk semua di sana. Teruskan kecekalan, kesabaran, kekuatan jiwa dan mental, ketabahan diri, kesyukuran di atas segala pemberianNya dan semangat yang kental dalam menempuhi hidup seterusnya. Semua yang ada dalam diri adinda-adinda ini menjadi inspirasi buat kami sekeluarga dan jua buat RINS SUZANA untuk menempuhi langkah yang seterusnya, InsyaAllah. Buat adinda-adinda yang baru saja selesai minggu orientasi sempena kemasukan baru, binalah kekuatan diri seperti rakan-rakan yang lain untuk sebuah kehidupan yang lebih hebat pada masa hadapan. Yakinlah bahawa setiap dari adinda ini adalah insan yang sangat dihargai oleh insan-insan lain. Semoga dengan abadinya coretan ini untuk kalian, sedikit sebanyak dapat menyuntik semangat untuk adinda lebih gembira, dan juga lebih mengingati kami walau jauh di mata.

Buat pengunjung laman RINS ini yang ingin meninggalkan apa-apa nota atau apa jua pesanan buat mereka, anda dialukan untuk meninggalkan komen di ruangan ini sebagai perangsang buat mereka untuk lebih berkeyakinan dan gembira..

Akhir kata, semoga Allah memberkati, merahmati, melindungi sepanjang hidup adinda semua dengan penuh kebahagiaan bersama rakan-rakan lama dan baru. Masa amat membataskan perkenalan, namun kami amat menghargai detik bersama adinda sekalian. Moga bertemu lagi..InsyaAllah.

Sekalung penghargaan tinggi buat kedua ayahanda & bonda kami, abang long, abg zainal & abg basir (abg ipar), kakak kami chik & angah yang menjadi tunggak utama majlis penuh makna ini.

Gambar Sekitar Majlis Dilangsungkan & Majlis Akiqah anak buah kami..DARWISH BISYARI














Untuk pertanyaan dan tempahan, Sila hubungi:
Tel Butik : 03-4147 1980 (10 pagi - 6 petang)
H/P : 014-223 5715 (Customer Service 1) / 014-223 5315 (Customer Service 2)
atau email : rinsbridal@hotmail.com
web : http://www.rinssuzana.com
flickr : http://www.flickr.com/photos/rinssuzana/

..VISA & MASTERCARD DITERIMA...

Waktu Urusniaga :

Isnin - Jumaat : 10 Pagi - 6 Petang
Sabtu & Ahad : 10 Pagi - 5 Petang
Selasa & Rabu : Cuti

‘Kami membantu bakal pengantin membuat pilihan pakaian, pelamin artificial/fresh flower, dekorasi, makeup artist, fotografi dan hantaran perkahwinan dengan khidmat rundingan secara profesional pada harga berpatutan. Kami juga menganjurkan Kelas Pemasangan Pelamin dan khidmat rundingan perniagaan..."Kuilhamkan Untukmu"


Monday, 15-Feb-2010 17:05 Email | Share | | Bookmark
BAJU PENGANTIN MUSLIMAH








































Pakaian & Aksesori : Rins Suzana
Makeup & Gaya Tudung : Nurin Makeover Studio
Photo : Aizat Rush Bliss Candid Photography
Model : Intan Zulaikha
Tarikh Photoshoot : 9 Februari 2010
Lokasi : Butik Rins Suzana, Taman Permata Kuala Lumpur

Waktu Urusniaga :
Isnin - Ahad : 10 Pagi - 6 Petang
Selasa & Rabu : Cuti


Untuk pertanyaan dan tempahan, Sila hubungi:
Tel Butik : 03-4147 1980 (10 pagi - 6 petang)
H/P : 014-223 5715 (Customer Service 1) / 014-223 5315 (Customer Service 2)
atau email : rinsbridal@hotmail.com
web : http://www.rinssuzana.com
flickr : http://www.flickr.com/photos/rinssuzana/

..VISA & MASTERCARD DITERIMA...

Waktu Urusniaga :

Isnin - Jumaat : 10 Pagi - 6 Petang
Selasa & Rabu : Cuti

‘Kami membantu bakal pengantin membuat pilihan pakaian, pelamin artificial/fresh flower, dekorasi, makeup artist, fotografi dan hantaran perkahwinan dengan khidmat rundingan secara profesional pada harga berpatutan. Kami juga menganjurkan Kelas Pemasangan Pelamin dan khidmat rundingan perniagaan..."Kuilhamkan Untukmu"


Sunday, 14-Feb-2010 15:42 Email | Share | | Bookmark
JAWATAN KOSONG



PEREKA FESYEN DAN PEMBANTU BUTIK PENGANTIN DICARI..

Sempena 2011, kami ingin mengembangkan lagi servis dari rins dan menaiktaraf kualiti koleksi kami.
Dengan itu, kami sedang MEMBUKA PELUANG KERJAYA BERSAMA RiNS SUZANA..

PEREKA FESYEN (Kosong)

Kelayakan:
- Sijil kemahiran/Diploma/Ijazah dalam bidang rekaan fesyen dan berkaitan
- Lelaki atau perempuan
- Berpengalaman dalam jahitan fesyen pengantin & manik.
- Mempunyai kemahiran dalam jahitan pakaian pengantin dan sulaman manik.
- Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik
- Melayu/Cina
- Umur 30 ke bawah
- Sepenuh Masa
- Gaji RM800 - RM1500


PEMBANTU BUTIK (KHIDMAT PELANGGAN)

- Sijil/Diploma dalam bidang berkaitan khidmat pelanggan/berkaitan (giat mara @ politeknik dialu-alukan)
- Lelaki atau perempuan
- Berpengalaman bekerja adalah diberi keutamaan
- Mempunyai asas/kemahiran/pengalaman dalam bidang perniagaan berasaskan khidmat pelanggan
- Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik
- Melayu
- Umur 20 - 25 tahun
- Sepenuh Masa
- Gaji permulaan RM800 - RM1000


PEMBANTU BUTIK (KERJA AM)

- Lelaki dan Wanita
- Berpengalaman dalam bidang berkaitan.
- Kreatif dan mampu mengendalikan urusan berkenaan pakaian pengantin/dekorasi pelamin.
- Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik
- Melayu
- Umur 20 - 25
- Sepenuh Masa
- Gaji permulaan RM800 - RM1000


PENJAHIT SULAM MANIK

- lelaki atau perempuan
- Berpengalaman sahaja
- Berpengalaman bekerja dengan Butik Pengantin
- Berkebolehan & kreatif dlm rekaan jahitan sulam manik
- Melayu & Cina
- Bawah 20 - 30 tahun
- Sepenuh @ Separuh Masa
- Gaji bergantung kepada kepakaran


LATIHAN PRAKTIKAL

- Lelaki & Wanita
- Universiti, Kolej, IKM, Giat Mara dan lain-lain
- Kreatif & Komitmen
- Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik
- Melayu
- Berpeluang kerjaya bersama-sama RiNS
- Elaun disediakan
- Hantarkan surat permohonan kepada kami.


[size=16]Jika berminat, sila email permohonan kepada kami di rinssuzana@yahoo.com atau tinggalkan nama, kelulusan, nombor telefon dan jawatan dipohon diruangan dibawah. Jika berkelayakan, kami akan jemput untuk proses temuduga.


Sunday, 14-Feb-2010 14:17 Email | Share | | Bookmark
'Buffet' Baju Pengantin Februari 2010 Sahaja




* Pilihan adalah tidak terhad untuk koleksi pakaian Rins Suzana

Pertanyaan yang selalu diajukan berkenaan 'Buffet' Baju Pengantin ni..

S) Mcm mana ye 'Buffet' Baju Pengantin ni?
J) 'Buffet' Baju Pengantin ni adalah satu promosi sewaan pakaian dari RiNS..Promosi kali ini berharga RM1699 untuk 3 pasang pakaian pengantin...iaitu 1 French Lace/Songket Mix Lace Eksklusif, 1 French Lace/Songket Mix Lace dan 1 Baju Akad/Songket/Gaun. Semuanya termasuk lelaki & perempuan dan aksesori asas pakaian. Boleh pilih mana-mana pakaian yang sesuai.

S) RM1699 untuk 3 pasang tu kira mcm mana?
J) Boleh pilih mana-mana 3 koleksi pakaian kami daripada koleksi kami sediakan utk buffet ini. 3 pasang yg saudara/i fikirkan sesuai untuk majlis saudara/i samaada utk akad, sanding atau resepsi..boleh sewa untuk majlis berasingan contohnya untuk majlis sebelah perempuan atau sebelah lelaki..

S) Boleh ke hantar gambar koleksi-koleksi ni ikut email?
J) Kami mohon maaf..Oleh kerana agak banyak pilihan..jadi saudara/i dijemput datang untuk membuat pilihan sendiri di butik kami..seeloknya tetapkan warna tema dahulu sebelum buat pilihan pakaian..Saudara/i boleh pilih ikut kesesuaian masing-masing.

S) Berapa deposit untuk membuat tempahan buffet baju pengantin ini?
J) 30% atas jumlah nilai tempahan pakaian..

S) Nanti saya datang ke butik dan tak sempat untuk mencuba sebab ramai pelanggan?
J) Boleh datang hari biasa iaitu Isnin - Jumaat. Hari Sabtu dan Ahad biasanya ramai pelanggan yg berkunjung ke butik kami.

S) Majlis saya dilangsungkan di luar KL..Boleh ke saya membuat sewaan?
J) Boleh..

S) Nak mintak pakej perkahwinan sekali dengan pelamin?
J) Sila email kepada kami untuk keterangan lanjut...Pakej Asas Rumah RM1999 - RM3999 dan Pakej Asas Dewan RM2999 - RM6999 untuk pelamin, baju dan makeup artist. Harga pakej adalah berbeza mengikut pilihan pelamin.


Kami mohon ribuan maaf kepada anda yang telah menghantar pertanyaan pakej, pelamin atau pakaian melalui email kepada kami kerana kami tidak berkesempatan untuk membalas email-email anda dengan kadar segera.. Kami menerima banyak pertanyaan daripada pelawat-pelawat website www.rinssuzana.com dan juga http://rinssuzana.fotopages.com. Kami sedang berusaha untuk membalas pertanyaan anda secara berperingkat-peringkat..

Di sini kami sarankan anda menelefon butik 03-4147 1980 atau berkunjung terus ke Butik kami untuk survey, pertanyaan mahupun untuk mencuba koleksi-koleksi pakaian kami jika anda tidak menerima balasan email dari kami..Untuk tempahan kami menerima pembayaran secara Tunai, Cek, Online Transfer dan juga VISA ataupun MASTERCARD..

Atas sokongan anda, untuk bulan Februari 2010..kami melancarkan promosi 'Buffet' Baju Pengantin dan pilihannya adalah tidak terhad.. Terima kasih atas sokongan anda..

Waktu Urusniaga :
Isnin - Jumaat : 10 Pagi - 6 Petang
Sabtu & Ahad : 10 Pagi - 5 Petang


Untuk pertanyaan dan tempahan, Sila hubungi:
Tel Butik : 03-4147 1980 (10 pagi - 6 petang)
H/P : 014-223 5715 (Customer Service 1) / 014-223 5315 (Customer Service 2)
atau email : rinsbridal@hotmail.com
web : http://www.rinssuzana.com
flickr : http://www.flickr.com/photos/rinssuzana/

..VISA & MASTERCARD DITERIMA...

Waktu Urusniaga :

Isnin - Jumaat : 11 Pagi - 7 Malam
Sabtu & Ahad : 10 Pagi - 5 Petang

‘Kami membantu bakal pengantin membuat pilihan pakaian, pelamin artificial/fresh flower, dekorasi, makeup artist, fotografi dan hantaran perkahwinan dengan khidmat rundingan secara profesional pada harga berpatutan. Kami juga menganjurkan Kelas Pemasangan Pelamin dan khidmat rundingan perniagaan..."Kuilhamkan Untukmu"


Wednesday, 3-Feb-2010 16:58 Email | Share | | Bookmark
Persandingan - Nur Nadia Dato' Ramle & Halmi @ Kuala Kubu Baru



















Pelamin, Pakaian & Dekorasi : Rins Suzana
Photog : Aizat Rush (Blisscandid.Fotopages.Com)
Makeup Artist : Ian Sham (Ian Sham.Com)
Caterer : D'Mawar Catering


Waktu Urusniaga :
Isnin - Jumaat : 10 Pagi - 6 Petang
Sabtu & Ahad : 10 Pagi - 6 Petang
Selasa & Rabu : Cuti

Untuk pertanyaan dan tempahan, Sila hubungi:
Tel Butik : 03-4147 1980
H/P : 014-223 5715 (Customer Service 1) / 014-223 5315 (Customer Service 2)
atau email : rinsbridal@hotmail.com
web : http://www.rinssuzana.com
flickr : http://www.flickr.com/photos/rinssuzana/

..VISA & MASTERCARD DITERIMA...

Waktu Urusniaga :

‘Kami membantu bakal pengantin membuat pilihan pakaian, pelamin artificial/fresh flower, dekorasi, makeup artist, fotografi dan hantaran perkahwinan dengan khidmat rundingan secara profesional pada harga berpatutan. Kami juga menganjurkan Kelas Pemasangan Pelamin dan khidmat rundingan perniagaan..."Kuilhamkan Untukmu"


[<<  <  9  10  11  12  13  14  15  [16]  17  18  19  20  21  22  23  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net