PAKEJ PERKAHWINAN 2012 | PAKEJ PERKAHWINAN 2013 | BUTIK PENGANTIN | PELAMIN | BAJU PENGANTIN | BUTIK

By: RINS SUZANA Kuilhamkan Untukmu

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  11  12  13  14  15  16  17  [18]  19  20  21  22  23  24  25  >  >>]    [Archive]
Sunday, 17-Jan-2010 23:17 Email | Share | | Bookmark
Sekitar Majlis Penuh Rahsia Azwan Ali














Friday, 15-Jan-2010 01:52 Email | Share | | Bookmark
Persiapan Majlis Penuh Rahsia AA @ Palace Of The Golden Horses

Rins Suzana Penaja Bersama Majlis Penuh Rahsia Azwan Ali

Rakan-Rakan Penaja :
Habib, Palace Of The Golden Horses, Michael Shu & Izaat Makeup Academy

Dari Blog Azwan Ali : http://silaserazwanali.blogspot.com/2010/01/majlis-penuh-rahsia-azwan-ali-cipta.html


Logo Rins Suzana @ Palace Of The Golden Horses



'Team' Bunga..


Pemantauan rapi oleh Azwan Ali pada malam sebelum Majlis dilangsungkan..dalam masa yg sama kerja-kerja pemasangan kerangkan pelamin giat dijalankan..12 Jan 2010 jam 5.00 petang..Pelamin perlu disiapkan sebelum jam 6.30 petang..






Aizat dari Blisscandid Photography pun turut serta..


Hasilnya..tunggu entry berikutnya coz tak sempat nk edit gmbr..

22 Crew Yang Terlibat bagi Pihak Rins Suzana Untuk Majlis Penuh Rahsia Azwan Ali:

Azlee, Nubhan, Din Ganu, Lah, Safwan, Nana, Ziela, Aizat, Hafiz, Acap, Kak Syarifah & 3 anak buahnya, Rudie & Suzana,
Aizat Blisscandid & Gang (Photog) http://blisscandid.fotopages.com
Nizam & Gang dari Wedding Essential (Videographer) http://www.weddingessential.com.my/


Untuk pertanyaan dan tempahan, Sila hubungi:
Tel Butik : 03-4147 1980 (11 pagi - 7 mlm)
H/P : 014-223 5715 / 014-223 5315 / 013-940 0160
atau email : rinsbridal@hotmail.com
web : http://www.rinssuzana.com
flickr : http://www.flickr.com/photos/rinssuzana/

..VISA & MASTERCARD DITERIMA...

Waktu Urusniaga :

Isnin - Jumaat : 11 Pagi - 7 Malam
Sabtu & Ahad : 10 Pagi - 5 Petang
Selasa & Rabu : CUTI

‘Kami membantu bakal pengantin membuat pilihan pakaian, pelamin artificial/fresh flower, dekorasi, makeup artist, fotografi dan hantaran perkahwinan dengan khidmat rundingan secara profesional pada harga berpatutan. Kami juga menganjurkan Kelas Pemasangan Pelamin dan khidmat rundingan perniagaan..."Kuilhamkan Untukmu"


Thursday, 14-Jan-2010 15:36 Email | Share | | Bookmark
Gara-gara Fitnah, Azwan Ali Dipilih Duta Serai Hijau

Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ



Azwan Ali dilantik sebagai duta Losyen Serai Hijau pada 1 Januari lalu. -Foto The Star oleh BRIAN MOH

MUNGKIN ada peminat menganggap selebriti glamor, Azwan Ali mencetuskan propaganda berikutan terjawabnya ‘Majlis Penuh Rahsia’ semalam.

Seperti yang digembar-gemburkan, Azwan sebelum ini memaklumkan majlisnya dihias serba indah bak taman firdausi termasuk sentuhan pelamin berwarna ungu lavender tajaan dan rekaan Rins Suzana.

Akhirnya yang ditunggu-tunggu telah terjawab, tanggal 13 Januari bukanlah tarikh perkahwinan Azwan sebaliknya hari pelancaran Losyen Serai Hijau.


Azwan ketika diarak masuk dengan bunga manggar ke dalam Unity Ballroom semalam.

Pada 1 Januari lalu, pengacara, pelakon, blogger dan produser sensasi ini telah dilantik sebagai duta produk keluaran Mumbio Cos Manufacturing Sdn Bhd.

“Tiada sebab rasmi yang membuatkan saya merahsiakan perkara ini kerana ia merupakan amanah pihak penaja yang melarang saya menghebahkan kepada semua orang.

“Saya hanya wujudkan debaran untuk peminat dan orang yang saya sayang.


Azwan dan ibunya, Mak Tom meniup kek hari jadi Azwan yang disambut awal sebulan.

“Siapa sangka dalam usia yang bakal mencecah 44 tahun, saya diterima menjadi jurucakap produk.

“Ini semua rezeki Allah SWT sepulangnya saya dari umrah dan semuanya berpunca gara-gara air mata Azwan Ali dalam siaran Melodi TV3 pada 1 November tahun lalu,” katanya ketika majlis yang berlangsung di Palace of the Golden Horses, Seri Kembangan.


Azwan, Mak Tom dan Pak Aziz ketika melancarkan produk Losyen Serai Hijau.

Azwan juga tidak hairan jika ramai yang akan marah atau tidak berpuas hati dengan idea menariknya itu.

“Mesej saya, itu masalah orang Malaysia yang majoritinya suka menggelabah dan panik..lainlah kalau saya berkata pada 13 Januari ini akan bernikah. Barulah, orang boleh kata saya penipu.

“Tetapi saya menganggap majlis ini telah berjaya. Saya bangga kerana ramai kawan baik saya yang datang. Saya juga tidak nampak mereka mencemuh saya kerana tahu saya bergurau,” ujar Azwan lagi dalam majlis yang meriah dengan hampir 100 selebriti terkenal itu.


Tujuh puteri yang mengiringi Azwan sambil memperagakan barang kemas dari Habib Jewels.

Selain itu, ibunya, Che Tom Yahya turut memeriahkan majlis yang juga dihadiri oleh antaranya Diana Danielle, Aleeza Kassim, Hans Isaac, Betty Banafe, Datuk Aziz Sattar, Datuk A. Rahman Hassan, Aznil Hj Nawawi, Liyana Jasmay, Lisa Surihani, Amy Search, Chef Wan dan Rozita Che Wan.

Jelasnya, dengan pelantikan sebagai duta produk yang menggunakan tagline ‘Pasti Teruja Dengan 1001 Khasiatnya’ itu, Azwan mengaku dia menerima tawaran itu bukan kerana keuntungan semata-mata.

“Saya hanya mahukan masyarakat mencari produk berimej Azwan Ali. Saya tahu mesti ramai peminat yang ghairah hendak membelinya. Saya hanya mendapat keuntungan berdasarkan jualan. Misalnya kalau jual sebotol mungkin saya boleh dapat dalam RM5,” beritahunya lagi yang menggayakan pakaian bertemakan warna ungu dan hijau rekaan Michael Shu.


Mawi dan Ekin turut hadir dalam majlis itu.

Selain rahsia sebagai jurucakap produk itu, ada enam rahsia lain yang dirungkai oleh Azwan. Sebagai simbolik, Azwan turut memperagakan tujuh dulang hantaran dan tujuh aksesori lelaki bernilai RM220,000 tajaan Habib Jewels.

“Rahsia kedua, saya berbangga untuk mengumumkan majlis ulang tahun ke-21 Azwan Ali bertahan sebagai artis.

“Ketiga, imej penjenamaan semula Azwan Ali dilancarkan hari ini. Dari Azwan Ali Productions kini hanya tinggal Azwan Ali dan diharap nama ini membawa limpahan rezeki.


Chef Wan dan ibunya juga turut memeriahkan majlis itu.

“Keempat, majlis ini juga adalah majlis ulang tahun ke-44 usia saya yang disambut sebulan lebih awal kerana pada 13 Februari nanti adalah malam Tahun Baru Cina. Jadi, bagaimana saya nak celebrate.

“Kelima, saya juga berbangga mengumumkan kolaborasi perniagaan dengan Michael Shu, pereka fesyen terkenal untuk produk ‘Purnama’. Tudung-tudung eksklusif Michael Shu akan dipasarkan dengan aura Azwan Ali sebagai pelaris jualan mulai bulan depan.

“Keenam, blog tulisan saya Silaserazwanali.blogspot.com kini genap setahun dengan jumlah purata pelayar mencecah 700,000.

“Satu pencapaian yang amat dibanggakan dan hari ini, saya terpilih antara senarai senarai pendek blog selebriti paling paling popular untuk rakaman program popular bloggers berjudul ‘Project Alpha’ musim kedua terbitan Nuffnang, agensi pengiklanan blog nombor satu dunia.

“Ketujuh, buku Selamat Jalan Dunia Pondan tulisan sulung saya dengan 13 topik terhangat. Kini siap ditulis dan Insya-Allah, saya sedang mencari-cari rakan niaga terbaik untuk melancarkannya pada awal Ramadhan tahun ini,” katanya ketika memberikan ucapan.

Bukan sahaja Azwan, malah tujuh selebriti wanita iaitu Diana Danielle, Aleeza Kassim, Nadia AF6, Intan Ladyana, Rabecca Nur Al-Islam, Shafinaz dan Akma AF3 turut terpilih menggayakan barang kemas tajaan Habib Jewels sambil mengiringi diva itu ke pelamin. Dianggarkan keseluruhan barang kemas yang ditaja itu berjumlah RM1.8 juta.

Selain itu, majlis yang dianggarkan bernilai RM500,000 itu turut ditaja oleh WKY, Palace of the Golden Horses, Izaat Academy, Ika Fancy Production termasuk Mumbio Cos Manufacturing Sdn Bhd.

Berita Penuh MstarOnline : http://www.mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2010/1/14/mstar_hiburan/20100113220701&sec=mstar_hiburan


Thursday, 14-Jan-2010 12:59 Email | Share | | Bookmark
Nurin & Fattah @ Dewan Majlis Perbandaran Seremban





Untuk pertanyaan dan tempahan, Sila hubungi:
Tel Butik : 03-4147 1980 (11 pagi - 7 mlm)
atau email : rinsbridal@hotmail.com
web : http://www.rinssuzana.com
flickr : http://www.flickr.com/photos/rinssuzana/

..VISA & MASTERCARD DITERIMA...

Waktu Urusniaga :

Isnin - Jumaat : 11 Pagi - 7 Malam
Sabtu & Ahad : 10 Pagi - 5 Petang
Selasa & Rabu : CUTI

‘Kami membantu bakal pengantin membuat pilihan pakaian, pelamin artificial/fresh flower, dekorasi, makeup artist, fotografi dan hantaran perkahwinan dengan khidmat rundingan secara profesional pada harga berpatutan. Kami juga menganjurkan Kelas Pemasangan Pelamin dan khidmat rundingan perniagaan..."Kuilhamkan Untukmu"


Friday, 8-Jan-2010 15:33 Email | Share | | Bookmark
Dari Kota Bharu Ke Palace Of The Golden Horses.. Insyaallah..

Update Majlis Penuh Rahsia Azwan Ali @ MSTAR ONLINE

Jumaat Januari 8, 2010
'Pelamin Angan' Azwan Ali Dihias Bak Taman Firdausi!

Oleh ZIEMAN

RAMAI yang tidak sabar melihat personaliti glamor Azwan Ali bersanding di atas pelamin yang pernah digembar-gemburkan sebagai salah satu acara highlight 'majlis penuh rahsia', yang dijadualkan berlangsung pada 13 Januari, pukul 3 petang bertempat di Palace Of the Golden Horses.

Pelamin berwarna ungu lavender itu adalah tajaan dan rekaan Rins Suzana, butik perkahwinan mewah di Taman Permata. Malah dekorasi di Ballroom Unity itu juga ditaja sepenuhnya oleh butik Rins Suzana dan Palace of The Golden Horses.

Azwan yang kelihatan begitu ceria menjelang hari bahagianya tidak mampu menyembunyikan debaran. Tambahan pula kini, dia hanya menghitung hari untuk menempa hari bahagia.

"Rins Suzana akan memberi sentuhan dekorasi yang ala-ala taman firdausi Azwan Ali, bertemakan keindahan dan keasyikan. Bila masuk saja ballroom itu nanti, kita akan rasa seolah-olah berada di dalam taman," kata Azwan yang menjangkakan kehadiran seramai 250 orang tetamu.



Walau masih berahsia, Azwan tidak mampu mengelak bila ditanya, bagaimana riak hatinya ketika ini.

"Tidak ada insan di atas muka bumi ciptaan Allah SWT ini yang tidak akan gembira menjelang hari bahagianya. Tambahan pula, kehadiran bonda tercinta, Hajah Cik Tom Yahya di meja VIP akan menyemarakkan lagi semangat saya," kata Azwan yang akan mengenakan dua pasang busana eksklusif berwarna hijau dan lavender hasil rekaan dan tajaan Michael Shu.

Di sebalik persiapan rapi Azwan menjelang hari bahagianya, ramai juga yang masih sangsi akan kebenaran persandingan Azwan di atas pelamin angannya itu.

Malah, ada yang mati akal memikirkan siapakah bakal isteri Azwan. Tapi bagi Azwan, semua itu tidak penting.

"Sama ada saya bersanding seorang ke atau berdua....di atas pelamin angan saya, semua itu akan terjawab pada hari itu.

"Yang penting, majlis itu akan berlangsung seperti yang dirancang," kata Azwan yang langsung tidak ambil hati usikan nakal kawan-kawan di sekelilingnya.



Mengenai aturcara majlis pula, khabarnya tujuh dulang 'hantaran' akan diarak masuk sebagai penyeri majlis yang indah itu.

"Cuma saya harap, semua yang telah dijemput datang tepat pada waktunya kerana majlis dengan acara yang padat itu akan bermula tepat jam 3 petang. Satu lagi, bersedialah dengan kejutan-kejutan Azwan Ali.....," kata Azwan.

Setakat ini saja, hampir 100 selebriti sudah mengesahkan kehadiran mereka untuk majlis penuh rahsia selebriti terkenal Azwan Ali.

Sambutan yang di luar dugaan ini juga membayangkan yang pengacara sensasi ini masih diterima baik oleh setiap golongan rakan artis.

"Saya bersyukur kerana sambutan di luar dugaan ini adalah tanda awal yang semua cakap-cakap negatif tentang saya bagaikan sudah bernoktah.

"Saya puas dihina tapi rupa-rupanya Allah Maha Adil kerana penghinaan itu bukannya datang dari majoriti. Syukur Alhamdulillah, masih ada yang sayang...." kata Azwan yang tidak menang tangan membuat persiapan akhir menguruskan majlisnya itu.

Namun, kata selebriti terkenal ini, jawapan positif kehadiran selebriti popular ke majlisnya itu tidak bermakna dia hendak mendabik dada, berasa gah atau menunjukkan-nunjuk.

Kata Azwan lagi, apa pun spekulasi yang timbut sekitar majlis penuh rahsia yang juga disebut-sebut sebagai majlis perkahwinan itu, sebenarnya mencipta rahsia sejarahnya sendiri kerana belum ada lagi majlis individu diadakan sebesar dan sehebat ini, baik dari segi perancangan, perbelanjaan dan penglibatan artis.

Menurut Azwan, dua selebriti yang dianggapnya sebagai diva yang paling dikaguminya telah memohon maaf kerana tidak dapat hadir ke majlisnya itu.

Dua diva tersebut iaitu Datuk Siti Nurhaliza yang khabarnya akan berlepas ke Korea Selatan, pada 12 Januari atas urusan kerja. Dan seorang lagi ialah pengacara terkenal Aznil Nawawi.



"Namun Datuk Siti mendoakan saya berjaya dan Aznil pula ada menitipkan pesanan manja. Kata Aznil, dia bukan tak mahu datang tapi ada mesyuarat tentang show di Putrajaya," jelas Azwan.

Meskipun tanpa kehadiran dua bintang hebat itu, majlis tetap berseri dengan kehadiran bintang-bintang ternama yang lain seperti Mawi, Ekin, Datuk Jalaluddin Hassan, Rosnah Mat Aris, Datuk Aziz Sattar, Betty Banafe, Datuk Paduka Shuhaimi Baba, Rozita Che Wan, Mila, Akim, Farahdiya, Hans Isaac, Fasha Sandha, Rebecca Nur Islam, Amy Search dan ramai lagi bintang popular yang lain.

"Percayalah, majlis itu akan berlangsung dalam suasana bergemerlapan dengan gandingan mantap bintang lama dan baru tanpa prejudis.

"Saya cuba berlaku adil kepada semua yang saya jemput. Dan di dalam ballroom itu nanti, akan hadir juga insan-insan bermakna dalam hidup Azwan Ali. That....you have to wait and see," kata Azwan.

Majlis keramat petang 3 Januari itu juga akan merungkai tujuh rahsia besar lain. Tapi yang pasti, isu perkahwinan hanya satu isu sampingan semata-mata tapi akan terjawab juga pada petang itu.

Azwan juga telah berjaya mendapat penaja-penaja yang hebat untuk majlisnya.

Aksesori lelaki di badan Azwan Ali, ditaja sepenuhnya oleh Habib mencecah RM 200 ribu.

"Di kesempatan ini, saya amat berterima kasih dan terharu kepada semua penaja dan individu-individu yang masih sudi menyokong karier saya.

"Saya tidak mahu mengumumkan nama-nama penaja itu sekarang. Tunggu sajalah pada hari itu. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih pada RTM, TV3 dan Astro kerana mengesahkan akan menghantar kru untuk membuat liputan pada majlis itu nanti," jelasnya.

Acara red carpet akan bergemerlapan tepat jam 2.30 petang dan kesemua 100 artis telah diminta untuk pasang badan dengan pakaian glamor atau dress to kill. Acara akan berakhir pada 4.15 petang," kata Azwan.

Malah sebuah raptai akan diadakan sehari sebelum majlis berlangsung untuk memastikan semuanya berjalan lancar.

Ketika ditanya adakah wartawan yang pernah mempunyai masalah dengan Azwan turut diundang?

"Kalau apa yang you maksudkan itu wartawan Utusan. Ya, saya turut mengundang wartawan Utusan. Saya telah turun padang 30 Disember yang lalu untuk menemui semua wartawan yang pernah saya menanggung dosa ke atas mereka.

"Alhamdulillah, saya disambut dengan baik dan dilayan seperti biasa. Saya berdoa agar pada 13 Januari nanti, ikatan ukhuwah Islamiyah antara saya dan keluarga besar Utusan akan tercantum semula, dengan izin Allah," kata Azwan dengan penuh harapan.

Sebelum mengakhiri perbualan, Azwan memohon agar semua peminatnya mendoakan kebahagiaannya pada hari itu.

"Doakan majlis saya berjalan dengan sempurna. Semua yang berlaku ini adalah berkat keasyikkan dan keajaiban pulang dari Umrah," kata Azwan.

http://www.mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2010/1/8/mstar_hiburan/20100107122437&sec=mstar_hiburan


Terjah...


Kami dari Rancangan Galaxy TV9..Nk tanya soalan sikit berkenaan Majlis Penuh Rahsia Azwan Ali pada 13 Jan 2009 ni??


Sharifah Sahora pun diajukan soalan..


Michael Shu pun ada..


Perbincangan di Butik Rins Suzana



Ditemuramah oleh Galaxy TV9..disiarkan pada Sabtu 9/1/2010..jam 9.00 malam


Tandatangan di Guest Book tanda kehadiran di Butik Rins Suzana..


Ke Habib..salah satu penaja bersama untuk majlis penuh rahsia azwan ali..betul ke azwan ali nk kawin?


Ini ke cincin bakal isteri azwan ali? sapa dia?




Mesyuarat dilangsungkan di Palace Of The Golden Horses..

Untuk pertanyaan dan tempahan, Sila hubungi:
Tel Butik : 03-4147 1980 (11 pagi - 7 mlm)
atau email : rinsbridal@hotmail.com
web : http://www.rinssuzana.com
flickr : http://www.flickr.com/photos/rinssuzana/

..VISA & MASTERCARD DITERIMA...

Waktu Urusniaga :

Isnin - Jumaat : 11 Pagi - 7 Malam
Sabtu & Ahad : 10 Pagi - 5 Petang
Selasa & Rabu : CUTI

‘Kami membantu bakal pengantin membuat pilihan pakaian, pelamin artificial/fresh flower, dekorasi, makeup artist, fotografi dan hantaran perkahwinan dengan khidmat rundingan secara profesional pada harga berpatutan. Kami juga menganjurkan Kelas Pemasangan Pelamin dan khidmat rundingan perniagaan..."Kuilhamkan Untukmu"


[<<  <  11  12  13  14  15  16  17  [18]  19  20  21  22  23  24  25  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net