PAKEJ PERKAHWINAN 2012 | PAKEJ PERKAHWINAN 2013 | BUTIK PENGANTIN | PELAMIN | BAJU PENGANTIN | BUTIK

By: RINS SUZANA Kuilhamkan Untukmu

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  12  13  14  15  16  17  18  [19]  20  21  22  23  24  25  26  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 5-Jan-2010 12:54 Email | Share | | Bookmark
2009 JADI KENANGAN & PANDUAN, 2010 BINA KEKUATAN.

Selamat tinggal 2009, Selamat datang 2010 untuk perjalanan RINS yang seterusnya. Setahun telah berlalu membawa RINS ke usia mencecah tahun ke 7. Alhamdulillah, saya dan suami amat bersyukur di atas kurniaan & keredhaanNya, RINS terus melangkah setapak lagi membawa kepada satu pembaharuan besar dalam diari riwayat RINS pada 2009. Pelbagai kisah suka dan duka, cabaran demi dugaan kecil dan besar yang kami rempuhi dalam tahun yang kami anggap paling mencabar kekuatan mental, fizikal dan rohani kami berdua. Berbekalkan semangat, sokongan padu keluarga, kekuatan pegangan dan prinsip hidup kami, segalanya kami lalui demi untuk RINS.

Tidak dinafikan cabaran-cabaran tersebut sedikit sebanyak meninggalkan kesan yang dalam pada diri kami ketika berhadapan dengan perkara tersebut. Namun apabila semua telah berlalu, baru kami sedari bahawa apa jua cabaran dan dugaan dalam setiap perjalanan hidup ini sebanarnya telah mematangkan lagi diri kami untuk persediaan dalam perjalanan yang lebih jauh di masa hadapan.
Memang perit ketika saat itu, namun saya ingin kongsikan bersama rakan-rakan seperniagaan yang lain tentang setiap apa yang dilalui dalam dunia perniagaan ini sebenarnya banyak mengajar kita untuk menciptakan satu strategi baru dan pemudahcara dalam menangani apa jua rintangan.

Kini kami amat percaya bahawa kematangan sebenar-benarnya pada RINS sedikit demi sedikit dicungkil dari pelbagai cabaran dan dugaan yang telah dilalui sepanjang 2009. Kerana, kalau sebelum ini kami hanya membawa RINS ke tepian pantai, baru menjejak hujung kaki ke ombak kecil pantai, tapi bermula APRIL 2009 kami telah mengheret RINS ke tengahan laut yang kami sedari punya ombak besar dan gelombang yang belum pernah kami rasakan bagaimana untuk melayari bahtera RINS agar tidak karam dan kami juga tidak lemas. Beberapa hari lalu, suami saya ada membeli senaskah buku bertajuk ‘BLUE OCEAN STRATEGY’.Belum sempat untuk diperincikan bacaan kerana masih dalam kesibukan. Namun, rasanya kisah dalam bahan bacaan sebegitu pastinya punya isi yang akan menguatkan lagi diri kami untuk melalui tahun yang lebih mencabar.

Syukur ke hadrat Allah kerana dengan izinNya, keazaman yang kami tanamkan pada penghujung 2008 untuk membina sebenar-benarnya yang dinamakan sebuah butik pada 2009 iaitu sebelum kami berumur 30 tahun telah dimakbulkan. Alhamdulillah..Sambungan dari coretan yang lalu tentang kisah terciptanya RINS, coretan ini hanyalah untuk saya abadikan kisah perjalanan seterusnya selepas RINS terus melalui satu lagi penghijrahan dari ruang niaga secara home base bersaiz 12’x14’ ke sebuah butik bersaiz keseluruhan 4000’. Kalau dulu ujiannya berbeza, lebih kepada kekangan modal dalam mengembangkan perniagaan. So, bisnes bergerak sangat perlahan dan mengambil masa yang lama untuk mengumpul barangniaga sebelum hijrah ke lokasi baru di Taman Permata.

Berbeza selepas penghijrahan paling besar bagi kami pada APRIL 2009 yang lalu, seolah suatu gelombang besar terus menimpa-nimpa kami. Dalam usia yang sebegini, hampir terduduk juga dibuatnya namun kami panjatkan kesyukuran yang amat sangat kerana Allah tetap melindungi kami dalam setiap dugaan yang diberikan.Belum sempat terduduk, kami gagahi untuk terus melangkah dan kalau boleh ingin berlari mengejar impian dan cita-cita dalam hidup kami. Ya Allah, tiada perkataan seindah bahasa yang dapat kami ukirkan, hanya berjuta kesyukuran kerana dalam apa jua rintangan, Dialah Yang Maha Melindungi. Kusujud padaMu Ya Allah sebagai tanda aku hanyalah hambaMu yang lemah, inginkan perlindunganMu dalam setiap perjalanan hidup kami ini..

Orang kata yang pahit tu buanglah jauh-jauh, yang manis harus dikenang..Buang yang keruh, ambik yang jernih...Tapi, dalam setiap apa yang dilalui, kalau boleh rasanya ingin juga didiarikan dalam riwayat hidup ini. Tidak kira yang suka mahupun duka. Kerana saya amat yakin bahawa proses kematangan adalah datangnya dari semua yang kita telah lalui dalam hidup. Corak hidup yang terbina dalam hidup seseorang adalah dipengaruhi jua oleh pengalaman yang pernah dilalui. Walaupun baru 29 tahun dan pastinya masih banyak yang perlu dipelajari dan dilalui, tapi untuk setakat ini kami tetap bersyukur kerana setiap yang berlaku terlalu banyak hikmahnya dalam hidup kami.

Jadi, berbalik semula kepada prinsip dan pegangan saya selama ini saya amat yakin tentang “ HAKIKAT, HIKMAH & KETENTUAN “ untuk setiap umatnya.
Mengapa saya yakin dgn pegangan ini? Kerana saya sendiri telah melalui liku-liku hidup yang akhirnya membawa saya kepada 1 jawapan iaitu apa yang saya lalui dari 6 tahun yang lalu adalah kerana saya harus terima HAKIKAT bahawa rezeki saya bukanlah makan gaji setelah bergelar siswazah, tapi rezeki saya adalah di bidang perniagaan walaupun terpaksa bersusah dalahulu sekian lama. Walau jua ramai yang menidakkan kemampuan saya dan suami, mengata perkara yang negative terhadap laluan hidup yang saya jejaki.

Di sebalik cabaran dan dugaan tahun demi tahun bersusah payah untuk membina RINS, akhirnya saya temui ada 1 HIKMAH terselindung dulu mengapa saya dan suami harus lalui pelbagai rintangan dan susah payah terlebih dahulu sebelum sampainya ke satu titik sekarang ini. Masih belum mampu bersenang lenang lagi, tapi Alhamdulillah telah banyak bezanya berbanding dulu. Dan, saya percaya inilah suatu KETENTUAN yang Allah tetapkan untuk kami. Setiap yang berlaku dulu sehingga sekarang semuanya telah ditentukan. Ada bahagiannya masing-masing. Jika dulu kami redha untuk lalui sebuah hidup yang amat terhimpit tanpa pengetahuan keluarga di kampung tentang status hidup kami di sebuah ibukota yang amat asing bagi kami. Namun, benarlah seperti yang dijanjikan, setiap umatnya telah ditetapkan ajal maut dan rezeki. Apabila duka adalah berganti pula suka, bila susah adalah waktu senangnya. Segala-galanya ini adalah 1 KETENTUAN dariNya. Maka, yakinlah pada diri ini, setiap yang berlaku itu, semuanya adalah “ HAKIKAT, HIKMAH & KETENTUAN “ untuk diri kita sendiri. Dalam apa jua yang berlaku, saat duka memanglah tetap saya rasai duka tersebut, namun apabila ingin memujuk hati dan ingin mencari kekuatan, semua tu saya ingat kembali dan paling utama Allah Maha Mengetahui, Maha Melindungi, Maha Penyayang kepada setiap umatNya. Kadang-kadang, diri yang lemah ini alpa jua. Masih banyak kekurangan dalam diri sebagai umatNya. Namun Dia tidak pernah tidak untuk melindungi umatNya…

2009 yang penuh cabaran dan dugaan.Jika sebelum ini selalu masalah kewagan untuk menambah barangniaga, kekurangan modal, namun sejak penghijrahan RINS ke Taman Permata, lain pula kisahnya. Saya tidak katakan kekangan modal terus hilang selepas penghijrahan kerana untuk proses perpindahan tersebut amatlah menelan kos yang tinggi. Dengan deposit 3 bulan, nak pasang lampu,kipas dan aircond, kelengkapan pejabat, perabot dan banyak lagi. Namun, telah kami fikirkan semasaknya tentang kos-kos tersebut sebelum penghijrahan dibuat. Mulanya kami tidak menjangka dan tidak terlintas di fikiran tentang hal-hal lain yang akan datang menduga selain masalah biasa dilalui dari segi kekurangan modal. Namun sebaik sahaja selesai proses perpindahan, terus datang ombak demi ombak serta gelombang dalam RINS. Seharusnya ia menjadi rahsia dalam lipatan sejarah riwayat RINS, namun sedikit sebanyak dirasakan perlu untuk dicoretkan di sini untuk dikongsi bersama rakan-rakan niaga yang tidak putus berhubungan dengan kami walau dari jauh untuk bersama berkongsi suka duka dalam bidang ini. Kerana kebanyakannya kenalan jauh dan dekat ini datangnya dalam linkungan umur 20an yang agak sebaya dengan kami berdua. Seperti yang lalu pun, saya tetap ingin katakan di sini bahawa apa yang dicoretkan ini bukanlah bermakna kerana saya merasakan kami ataupun RINS adalah yang terbaik untuk dijadikan panduan atau memberi nasihat dan tunjuk ajar pada yang lain. Kami tetap beranggapan bahawa selama manapun kami lalui kehidupan ini, selama itulah kami bukanlah yang terbaik untuk yang lain. Kerana bagi saya dengan pegangan tersebut, kami akan rasa sentiasa ingin memperbaiki segala kelemahan yang ada untuk jadi yang lebih baik dari yang pernah dilalui.

Segala cabaran dan dugaan yang kami lalui tidaklah sama antara satu sama lain, namun mungkin boleh dijadikan iktibar untuk kita sama-sama lebih mencapai kejayaan dengan jalan yang lebih mudah. Untuk mengembangkan sesebuah perniagaan, sumber tenaga pekerja adalah penting untuk difikirkan.

Apabila perniagaan telah semakin meluas, semestinya kita tidak lagi berupaya untuk melakukan segalanya hanya berdua. Kerana itu, kita harus membuka pelbagai peluang kerja kepada individu luar untuk menampung kerja yang makin bertambah dari segi khidmat pelanggan, pemasaran, pengurusan, pemasangan dan pembantu-pembantu untuk kategori2 tersebut. Tapi awas..hati-hati dalam memilih individu untuk diletakkan sebagai orang kepercayaan untuk menguruskan perniagaan dan asetniaga yang telah lama kita bina, kumpul selama ini. Orang lain tidak akan memahami keperitan susah payah kita membina segalanya bertahun-tahun dari tiada apa pun kepada sedikit demi sedikit kita mengumpulkan barang niaga. Segalanya dari titik peluh dan keringat bersusah payah dahulu.. Melainkan jika kita ada duit katakan RM50K hari ni, esok kalau nak buka bisnes apapun memang boleh jadi..Itu untuk kategori yang lebih beruntung la.impian boleh terus jadi kenyataan..tapi rasanya yang lebih ramai yang sama dengan kami..Terpaksa bersusah dahulu sebelum bersenang kemudian kalau kena caranya. So terpaksa melalui tangga demi tangga untuk pelajari setiap perkara dalam proses membina kematangan diri dan bisnes.

Suami saya selalu mengingatkan saya bahawa pekerja yang bagus dan boleh dianggap aset kepada sesebuah syarikat bermakna mereka adalah setia, amanah, boleh dipercayai, menjaga kepercayaan yang diberikan, bersedia di saat susah mahupun senang, ingin memberi khidmat yang sebaiknya untuk meningkatkan kemahiran diri dan mampu menaikkan pendapatan dan mutu perkhidmatan syarikat. Namun pekerja boleh jadi sebaliknya iaitu liability kepada syarikat apabila ada yang bersikap telus antara dalaman dan luaran yang sebenarnya patut menjadi rahsia dalaman, tidak setia, rekod dalaman diselongkar keluar untuk kepentingan sendiri, bermuka-muka, tiada rasa hormat terhadap majikan, tidak mampu memegang kepercayaan yang diberikan, pecah amanah pada tugas yang diberikan, mempunyai masalah disiplin dari segi tabiat dan kelakuan serta masa.

Saya percaya kepada 2 istilah tersebut yang suami saya selalu tekankan.”ASET” akan memberi pelbagai impak positif dalam perkembangan untuk 3 pihak iaitu syarikat, majikan dan pekerja. Semua pihak akan saling timbal balik di atas kesan positif dari kesepaduan, kekukuhan dan keutuhan paduan semua pihak. Pihak luaran yang cuba meruntuhkan kekuatan tersebut pun InsyaAllah akan gagal jika semua ini telah kuat dibina. Namun sebaliknya agak malang jika ada” LIABILITI” terbungkus di dalam selimut yang berada di dalam sesebuah syarikat. Senang cerita kisah musuh dalam selimut, atau api dalam sekam. Jika ada yang berlaku hal sedemikian, lambat laun menunggu masa dengan tuan empunya bisnes kena bungkus. Tapi, bab tu mintak jauh la kan..Namun, ada jugak 1 cerita yang saya pernah dengar dari sorang lecturer saya di UTM dulu..cerita pasal 3 kaum…orang melayu, cina dan India. Dari citer dia, ada 1 kesimpulan yang menyatakan tak namanya Melayu kalau tak hasat. Lebih kurang Cerita ketam melayu, ketam cina, ketam india dalam besen jugakla. Saya terkejut jugak pada ketika itu kerana pada masa tu saya masih lagi di universiti, belum mencapai tahap pemikiran di luar batasan. sampaikan ada pelbagai kisah yang berkisarkan tentang kelemahan Melayu??? Kenapa di saat kita semakin membangun, kita masih lagi mendengar cerita2 sebegini sedangkan alangkah baiknya jika kita semua kikiskan dalam jiwa dan lubuk hati segala perasaan itu pada yang lain yang lebih berjaya???

Tapi, apabila saya sendiri telah menceburi bidang ini, saya terimbas kembali semua cerita yang kononnya kisah penglipurlara waktu take five kat kuliah dulu rupanya skrg ni menjadi hakikat kehidupan di alam perniagaan. Dalam hati ada jugak rasa merintih mengapa masih ada lagi makhluk Allah yang bergelar manusia yang dikurniakan hati dan perasaan namun hanya ingin mementingkan kata hati untuk kepuasan diri sendiri tanpa memikirkan yang lain berlunaskan 1 landasan hidup bersama.

Amat sukar untuk memuaskan hati semua pihak di sekitar kita, namun apa yang menjadi hak kita, yang sudah dibina sekian lama harus tetap dijaga walau apapun yang cuba datang untuk menghancurkannya. Saya cukup terkilan apabila tidak putus individu luar cuba mengganggu gugat sedangkan RINS bukanlah yang terbaik untuk sentiasa diperhatikan oleh pihak yang punyai pandangan negative terhadap perniagaan kami..
Sehinggakan sampai ke satu tahap, kami terpaksa melaporkan kepada pihak berkuasa setelah merasakan suatu ancaman semakin berani telah diterima. Mungkin remeh bagi pihak lain tentang perkara sebegini namun jika dibiarkan ianya mungkin mampu menghancurkan apa yang telah sekian lama dibina.
Orang tidak melihat kami ketika kami bergerak secara kecilan ‘di dalam sebuah rumah’ dulu. Kami tidak punya musuh dan hidup ini menjadi lebih tenang. Namun apabila bukanya sebuah butik pengantin hasil dari penghijrahan tersebut, kami mula dipandang oleh segenap mata. Ada yang positif dan ada jua sebaliknya. Bermula dari itulah pelbagai cabaran dan dugaan besar dilalui.

Bisnes berasaskan internet banyak membantu menaikkan nama RINS ke serata tempat dalam Negara mahupun luar Negara. Itulah faedahnya mendirikan tapak perniagaan di internet. Ruang lingkup liputannya tanpa batasan. Cepat, mudah juga menjimatkan masa serta tenaga. Hakikat naiknya RINS juga kami akui melalui internet. Pelbagai faedah yang kami perolehi dalam proses memasarkan servis yang kami tawarkan. Tapi, kelemahannya juga tetap ada bila perkembangan positif sesuatu perniagaan menjai bahan bacaan dan tatapan semua individu termasuklah yang berpandangan negative. Bagi saya, dalam sesebuah perniagaan, seharusnya ada pesaing. Kerana persaingan lah akan mewujudkan kesempurnaan dalam setiap produk atau servis yang ditawarkan kepada pelanggan. Pesaing adalah baik untuk perkembangan sesebuah perniagaan apabila setiap individu menganggap pesaing adalah rakan-rakan seperniagaan. Nilai negative muncul apabila pesaing dianggap sebagai musuh perniagaan.

Istilah ‘Musuh’ agak gerun digunakan dalam hidup kami kerana bila wujudnya musuh, maka berlakulah kesinambungan perkara2 negatif yang ingin dicungkilkan dari hari ke hari untuk menjatuhkan sebelah pihak pesaing. Laman internetlah yang akan menjadi platform utama bagi pihak tersebut untuk melihat perkembangan pesaingnya. Malangnya internet tidak mampu menghadkan capaian info2 terkini kepada individu yang tidak sepatutnya selain dari pelanggan. Atas dasar ingin mengutamakan cirri ‘private & confidential’ bahan niaga dan informasi RINS, kami merasakan perlu untuk kami menyediakan bahan baru selepas ini secara lebih tertutup bermula tahun baru nanti. Segala bentuk promosi dan rekabentuk terbaru akan diketengahkan di butik dan bagi yang berminat dengan servis RINS, kami amat mengalukan kedatangan anda ke butik kami. Pelbagai jenis pelamin disediakan dan dipamerkan untuk anda. Antaranya jenis Pergola, headboard, mini cottage house dan cottage house ‘Mid Valley’, Pelamin bucu, Pelamin 3 panel dan pelamin kubah. Kesemua pelamin tersebut dipamerkan di butik kami utk membolehkan anda melihat secara dekat dan khas untuk sajian mata sebelum anda membuat tempahan.

3 HURUF yang sentiasa jadi UMPAN sindirin…” G.A.H”..

Mengapa dengan hanya 3 huruf ini telah membentuk 1 perkataan yang tajam untuk ditujukan kepada RINS setelah penghijrahan berlaku? Terlalu banyak dugaan setelah penghijrahan dari home based ke sebuah butik. Tapi, jangan salah ertikan penyataan ini untuk rakan-rakan yang lain dalam proses pengembangan bisnes anda. Kami amat menyokong perkembangan perniagaan yang sihat untuk kemajuan bersama. .
Tittle ini sentiasa diperkatakan untuk RINS.. “GAH”..yang membayangkan..
RINS semakin angkuh kerana telah gah..
RINS telah lupakan yang lain kerana telah gah.
RINS makin berani berkata itu dan ini kerana sudah gah..
Dan bermacam lagi seumpamanya yang berkaitan dengan gah..

Inilah lumrah hidup dalam segala bentuk perniagaan. Walau kecil atau besar mana pun bisnes, ada saja yang ingin mengambil point2 penting untuk memperkatakan hal orang lain.

Sama ada benar atau tidak tittle gah sesuai diberikan pada rins, itu menjadi perihal no 2. kami tidak tersondol-sondol untuk dapatkan title tersebut selama kesungguhan kami untuk membina rins dari lebih 6 tahun yang lalu. Yang menjadi perkara pokok di sini, tolong jangan gunakan perkataan tersebut untuk menjatuhkan maruah RINS dalam ayat yang manis dibaca walau di mana pun pernyataan tersebut dikeluarkan. Hanya insan-insan yang melalui jerih perit kesusahan membina kekuatan sesuatu perniagaan dari tiada ada kepada semakin berkembang yang akan mengetahui dan memahami mengapa dulu kami begitu, sekarang kami jadi begini..ramai yang dapat menerima kehadiran RINs dari sudut positif, namun masih ada yang tidak putus untuk menanam persepsi negative walau sepositif manapun kami cuba lakukan.
Yang membosankan adalah bila mana persepsi negative diletakkan kepada rins dengan mengaitkan ini kerana sudah ‘gah’.

Setiap yang kami lalui dari hari ke hari banyak mengajar kami erti kematangan hidup dalam membina karier berasaskan bisnes sendiri. Pergaulan yang semakin luas untuk bertukar pengalaman dan formula menuju kejayaan menjadi asas dan panduan buat kami dalam menangani atau menepis pelbagai sudut cabaran. Mengapa dulu kami sentiasa teragak agak dalam melakukan sesuatu sedangkan kini baru kami ditemukan satu lagi langkah keyakinan dalam melakukan apa jua yang seharusnya kami lakukan.. Dulu, tanpa adanya sepenuh keyakinan diri, kami takut untuk berhadapan dengan masalah yang datang. Namun, apabila timbul suatu kesedaran dalam diri untuk tetap mempertahankan apa yang telah dibina sekian lama, kami gagahkan lagi diri untuk mencoretkan segala suka duka yang lalu sebagai pengajaran dan sempadan untuk membuka lembaran baru 2010. Kadang-kadang kelembutan tidak dapat mengatasi sesetengah perkara. Ketegasan harus mengatasi segala personality yang sedia dimiliki apabila sampai masanya. Dari lemah, kami seharusnya berubah menjadi lebih kuat, dari kelembutan kepada lebih ketegasan, dari dulu membina kepada sekarang memperkukuhkan. Atas factor tersebut kami semakin berubah dan perubahan tersebut sentiasa disalahertikan dan dikaitkan kerana RINS sudah gah..Ibu mana yang tidak mahu melindungi anak kandungnya, suami mana tak sayang isterinya..begitulah juga ibaratnya antara saya dan suami dengan RINS. Apabila ‘diancam’ kami perlu berubah dan terus berubah ke arah kebaikan untuk terus melindungi RINS dari pelbagai sudut tomahan, kritikan dan ancaman.

RINS membina tapak demi tapak, langkah demi langkah melalui platform internet. Terbinanya nama RINS adalah di alam ‘maya’ dahulu sebelum ke alam ‘nyata’. Kerana itu, sebarang isu positif dan negative yang membawa kenaikan atau kemungkinan kejatuhan (moga dijauhkan) reputasi RINS, kami merasakan perlu untuk kami gunakan jua platform yang sama bagi melunaskan pelbagai isu yang diperkatakan di belakang kami. Secara telus kami kongsikan bersama suka duka kami demi 1 tujuan agar apa yang pahit tidak lagi berulang dan jadikan sempadan untuk rakan yang lain dalam kita sama-sama menempuhi liku hidup dalam cabaran 2010 nanti. Kami citakan suatu perjalanan yang lebih hebat yag menggembirakan buat kami untuk dikongsikan bersama seluruh warga kerja RINS SUZANA dan juga kalian yang tidak putus memberi sokongan padu setiap perjalanan RINS. Anda semualah tunjang kami dan setinggi penghargaan di atas kepercayaan anda buat kami selama ini. Ibaratkan andalah nafas RINS, selagi adanya anda semua denyut RINS akan terus bernadi dan biarkanlah ianya terus bernadi selagi adanya kami, RUDY & SUZANA dan penyambung hayat kami RINA yang baru berusia 2 tahun 8 bulan..InsyaAllah.

Dalam kepayahan, cabaran dan dugaan yang dilalui. Pasti ada jua kenangan dan pengalaman hidup yang manis utk diabadikan dalam sejarah lipatan RINS. Untuk lebih ke depan, strategi 2009 yang lalu adalah untuk mula menyertai PAMERAN-pameran Pengantin sebagai persediaan meluaskan pasaran servis RINS. Kami mulakan dengan PAMERAN PENGANTIN THE MALL MAC yang lalu.seterusnya ke pameran di AMPANG POINT pada JUN dan kemuncaknya adalah di pameran terbesar MIDVALLEY OGOS 2009. setinggi penghargaan dari kami untuk En Hafiz dan seluruh warga URBAN VIBE yang telah banyak memberi peluang dan kepercayaan pada RINS dalam menjayakan acara yang dianjurkan. Selain itu, upacara majlis pembukaan dan perasmian BUTIK RINS SUZANA telah disempurnakan oleh ayahanda dan bonda tercinta, kekanda2 tersayang sebagai restu dan sokongan buat perjalanan kami yang seterusnya. Majlis tersebut telah dihadiri oleh hampir 300 tetamu yang terdiri dari pelanggan-pelanggan kami yang telah melangsungkan perkahwinan dan juga yang bakal ke jinjang pelamin. Jutaan penghargaan dari kami buat kalian yang sentiasa memberi sokongan padu pada RINS.

Sejak Julai yang lalu, RINS juga telah mula mendapat perhatian dari pihak media dan telemovie dan drama production untuk saluran RTM, TV3 dan ASTRO. Premis kami menjadi lokasi penggambaran dalam beberapa scene yang berkenaan. Menjadi suatu pengalaman yang manis buat kami sekeluarga di RINS apabila dapat melihat secara langsung di premis kami pembikinan sesebuah drama.
Salah satu pengalaman yang telah memberi kesan dalam jiwa dalam awal Ogos yang lalu apabila pada awal pagi Sabtu tu, kami telah melihat sendiri proses menaikkan signboard..signboard tersebut terpampang nama ‘RINS SUZANA’. Hampir tertitis airmata melihatkan ukiran nama RINS SUZANA akhirnya berjaya diletakkan di sebuah premis yang berada dalam Taman Permata di sebuah ibukota bernama KUALA LUMPUR. Tak terkata, seperti hilang kata-kata setelah mengenangkan selepas tahun ke 6 bersusah payah, baru kini dapat ukirkannya sebegitu. Saat itu jua terasa ada 1 harapan ditaruh semoga RINS teruslah berkembang dan hayatnya mampu bertahan selama yang boleh.
Pelbagai lagi kisah suka yang telah dilalui bersama sepanjang 2009, namun sukar untuk disenaraikan satu persatu.

Untuk sebuah keazaman baru sempena tahun yang bakal berganti, kami mengharapkan 2010 membuka 1 lembaran baru yang dapat membina lebih kematangan, kemajuan, keyakinan, kekuatan dan yang paling utama kebebasan buat RINS untuk bergerak lebih selesa tanpa ada sebarang gangguan dari jauh dan dekat. Yakinlah pada diri masing-masing bahawa kita semua boleh maju apabila masing-masing membawa haluan dan matlamat tersendiri tanpa mengambil kisah kejatuhan insan lain. Kami inginkan suatu kebebasan untuk diri kami, staf kami dan paling utama untuk RINS. Itulah yang harus kami utamakan demi mencipta laluan yang lebih baik untuk semua yang masih dan bakal berdiri dibawah bumbung RINS SUZANA pada 2010 dan akan datang.

Sesungguhnya sebagai umatNya yang lemah, kami akui kami tidak sempurna dan tidak mampu untuk memuaskan hati semua pihak. Namun, jangan jadikan kelemahan atau ketidaksempurnaan kami sebagai bahan negative untuk menggugatkan apa yang telah kami bina sekian lama ini.

Kepada semua pelanggan sepanjang 2009, kami dengan rendah hati memohon jutaan kemaafan sekiranya terdapat sebarang kelemahan, kekurangan dari pihak kami berdua mahupun seluruh staf RINS SUZANA. Sememangnya kami sentiasa berusaha ke arah kesempurnaan, menjadi yang lebih baik, memuaskan hati semua pihak. Segala sokongan, kepercayaan, peluang yang diberikan selama ini amatlah kami hargai. Kami sentiasa menganggap bahawa andalah tunjang RINS dan kerana itu, setinggi penghargaan dari kami untuk semua yang pelanggan kami. Doa kami semoga seluruh pelanggan kami akan sentiasa dirahmati, dilindungi, dimurahkan lagi rezeki dan bahagia kekal ke akhir hayat..Tidak pernah dilupakan jua buat orang tua tercinta, kekanda2 tersayang dan seluruh ahli keluarga kami yang tidak putus memberi sokongan buat kami walaupun dari jauh pada setiap kali berlakunya dugaan dalam setiap langkah perjalanan hidup kami. Merekalah jua kekuatan kami selama ini.

Moga tahun baru membuka kisah baru yang tidak lagi berkisahkan hal-hal pahit yang sama. Kami ingin lebih bebas untuk memudahkan RINS lebih maju ke melangkah lebih hadapan dalam melengkapkan servis kami. Kami ingin mencari jalan yang lebih baik untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan, memperbaiki kelemahan dan kekurangan 2009 dan seterusnya menjadi RINS yang lebih baik berbanding tahun yang telah berlalu.. Moga direstui dan dimakbulkanNya…AMIN.


Wednesday, 30-Dec-2009 15:45 Email | Share | | Bookmark
Rins Suzana @ Majalah Perempuan

Terima kasih diucapkan kepada Majalah Perempuan Keluaran Januari 2010 kerana memuatkan 3 muka surat gambar-gambar pelamin daripada Rins Suzana...







Untuk pertanyaan dan tempahan, Sila hubungi:
Tel Butik : 03-4147 1980 (11 pagi - 7 mlm)
atau email : rinsbridal@hotmail.com
web : http://www.rinssuzana.com
flickr : http://www.flickr.com/photos/rinssuzana/

..VISA & MASTERCARD DITERIMA...

Waktu Urusniaga :

Isnin - Jumaat : 11 Pagi - 7 Malam
Sabtu & Ahad : 10 Pagi - 5 Petang
Selasa & Rabu : CUTI

‘Kami membantu bakal pengantin membuat pilihan pakaian, pelamin artificial/fresh flower, dekorasi, makeup artist, fotografi dan hantaran perkahwinan dengan khidmat rundingan secara profesional pada harga berpatutan. Kami juga menganjurkan Kelas Pemasangan Pelamin dan khidmat rundingan perniagaan..."Kuilhamkan Untukmu"


Monday, 28-Dec-2009 14:50 Email | Share | | Bookmark
The Club @ Damansara

Salam Sejahtera kepada semua pelawat-pelawat FP RiNS..

Entry kali ini adalah sedikit special memandangkan pelanggan kami yang bernama 'Izan' telah agak lama membuat tempahan dengan kami..beliau telah 'upgrade' tempahan pelamin dengan sebanyak 3 kali setelah design-design koleksi pelamin baru dikeluarkan oleh kami..

Perancangan awal 'Izan' adalah untuk mengadakan Majlis di Kg Pengantin. Kemudian telah bertukar lokasi ke The Club @ Damansara... Walau bagaimanapun kami amat berpuashati dengan lokasi ini memandangkan The Club @ Damansara adalah merupakan sebuah dewan baru dan amat cantik pada pandangan kami... Kami juga menjangka dewan ini boleh memuatkan kapasiti 600 - 700 jemputan dalam satu-satu masa majlis dilangsungkan..

Pelamin yang ditempah oleh 'Izan' adalah daripada design 'Pergola' dengan highback sofa dengan dihiasi bunga-bunga artificial dengan warna tema adalah 'Red & Pink'... 3 Pergola adalah menjadi asas kepada pelamin ini..

Pelamin 'izan' ini mula dipasang pada jam 1 pagi 27 Disember 2009..kerja-kerja menyiapkan pelamin, walkway dan arch ini disempurnakan lebih kurang jam 5.00 pagi...crew-crew yang terlibat untuk kerja-kerja pemasangan pelamin ini adalah Nubhan (ketua pemasangan), Lah, Aizat, Safwan dan juga Nana..Saya juga hadir ke lokasi pemasangan bagi tujuan pemantauan sehingga pelamin siap dipasang..

Rudy@Rinssuzana
28/12/2009

p/s : Butik Rins Suzana akan beroperasi seperti biasa pada 29 - 31/12/2009 (Selasa & Rabu) bagi memberi laluan kepada pelanggan-pelanggan untuk membuat tempahan saat-saat akhir 'Buffet' Baju Pengantin RM699 untuk 3 pasang pakaian kerana terdapat permintaan yang amat menggalakkan...
Butik akan mula bercuti pada hujung minggu ini 1/1 - 3/1/2010 sempena tahun baru 2010.. harap maklum..



Untuk pertanyaan dan tempahan, Sila hubungi:
Tel Butik : 03-4147 1980 (11 pagi - 7 mlm)
atau email : rinsbridal@hotmail.com
web : http://www.rinssuzana.com
flickr : http://www.flickr.com/photos/rinssuzana/

..VISA & MASTERCARD DITERIMA...

Waktu Urusniaga :

Isnin - Jumaat : 11 Pagi - 7 Malam
Sabtu & Ahad : 10 Pagi - 5 Petang
Selasa & Rabu : CUTI

‘Kami membantu bakal pengantin membuat pilihan pakaian, pelamin artificial/fresh flower, dekorasi, makeup artist, fotografi dan hantaran perkahwinan dengan khidmat rundingan secara profesional pada harga berpatutan. Kami juga menganjurkan Kelas Pemasangan Pelamin dan khidmat rundingan perniagaan..."Kuilhamkan Untukmu"



Thursday, 24-Dec-2009 18:52 Email | Share | | Bookmark
'BUFFET' BAJU PENGANTIN : RM699 untuk 3 Pasang Baju Pengantin

Terima kasih kepada pelanggan-pelanggan kerana sudi datang ke butik kami untuk membuat tempahan pakej dan juga membuat sewaan baju pengantin sempena promosi 'Buffet' Baju Pengantin...

Pertanyaan yang selalu diajukan berkenaan 'Buffet' Baju Pengantin ni..

S) Mcm mana ye 'Buffet' Baju Pengantin ni?
J) 'Buffet' Baju Pengantin ni adalah satu promosi sewaan pakaian dari RiNS..Berharga RM699 untuk 3 pasang pakaian pengantin...

S) RM699 untuk 3 pasang tu kira mcm mana?
J) Boleh pilih mana-mana 3 koleksi pakaian kami daripada 40 koleksi yang kami sediakan utk buffet ini..kira mcm buffet ramadhan la ni..amik je mana-mana lauk yg kita suka..cuma dlm buffet baju pengantin ni hanya boleh pilih 3 yg saudara/i fikirkan sesuai untuk majlis saudara/i samaada utk akad, sanding atau resepsi..boleh sewa untuk majlis berasingan contohnya untuk majlis belah perempuan dan belah laki-laki..

S) Boleh ke antar gambar koleksi-koleksi ni ikut email?
J) Kerana agak banyak pilihan..jadi saudara/i dijemput datang untuk membuat pilihan sendiri..seeloknya tetapkan warna tema dahulu sebelum buat pilihan pakaian..

S) Berapa deposit untuk menempah?
J) 30% atas jumlah nilai tempahan pakaian..untuk pakej 20% atas harga pakej..

S) Nanti saya datang ke butik dan tak sempat untuk mencuba sebab ramai pelanggan?
J) Jika boleh, pilih hari yang sesuai seperti hari Isnin dan Jumaat..ini adalah kerana hari Khamis adalah hari pelangga-pelanggan ambil barang tempahan, hari sabtu dan ahad mungkin ramai pelanggan-pelanggan lain yg datang untuk mencuba koleksi-koleksi kami..Hari Selasa & Rabu hari butik Holiday..

S) Betul ke 3 pasang RM699 ni?
J) Mmg betul..tiada penipuan dalam sebarang promosi kami..jaminan wang dikembalikan..

S) Majlis saya dilangsungkan di luar KL..Boleh ke saya membuat sewaan?
J) Boleh..

S) Nak mintak pakej perkahwinan sekali dengan pelamin?
J) Sila email kepada kami untuk keterangan lanjut...Pakej Asas Rumah RM1999 dan Pakej Asas Dewan RM2999 untuk pelamin, baju dan makeup artist.









Untuk pertanyaan dan tempahan, Sila hubungi:
Tel Butik : 03-4147 1980 (11 pagi - 7 mlm)
atau email : rinsbridal@hotmail.com
web : http://www.rinssuzana.com
flickr : http://www.flickr.com/photos/rinssuzana/

..VISA & MASTERCARD DITERIMA...

Waktu Urusniaga :

Isnin - Jumaat : 11 Pagi - 7 Malam
Sabtu & Ahad : 10 Pagi - 5 Petang
Selasa & Rabu : CUTI

‘Kami membantu bakal pengantin membuat pilihan pakaian, pelamin artificial/fresh flower, dekorasi, makeup artist, fotografi dan hantaran perkahwinan dengan khidmat rundingan secara profesional pada harga berpatutan. Kami juga menganjurkan Kelas Pemasangan Pelamin dan khidmat rundingan perniagaan..."Kuilhamkan Untukmu"



Monday, 14-Dec-2009 16:14 Email | Share | | Bookmark
MAJLIS PENUH RAHSIA AZWAN ALI? @ PALACE OF THE GOLDEN HORSES

" NO MATTER WHAT......SEMUA URUSAN MENJELANG TARIKH KERAMAT 13 JAN 2010 TERUS DIBUAT !!! PAGI TADI......KIRA KIRA JAM 10.30 PAGI.....KELIHATAN AZWAN ALI MENJENGUK.....BUTIK PERKAHWINAN BERTARAF NO 1....'RINS SUZANA'....DI TAMAN PERMATA.....!!! "

Terima kasih yang tak terhingga dari kami seluruh warga RiNS SUZANA atas kesudian selebriti popular Malaysia AZWAN ALI menjengah masuk ke butik kami pagi tadi seawall 10.30 pagi sebelum operasi butik bermula seperti rutin biasa pada 11 pagi. Tp abg wan jgn lah mengangkat kami sebegitu sekali..segan jugak nk menerima penghormatan sedemikian rupa daripada abg wan..silap2 ramai pulak xsenang ngan kenyataan dan tittle ni utk kami..

Walau bagaimanapun…
Kami amat gembira menerima kunjungan beliau dan menerima keramahan abang wan terhadap kami dan juga semua pelanggan yang keluar masuk ke butik kami sepanjang beliau berada di RiNS selama hampir 2 jam tadi.

" SAMPAIKAN ADA LAH BEBERAPA PELANGGAN LAIN KETIKA TU....SIAP USIK AZWAN ALI.....'HAI AZWAN NAK KAWIN KER'???? EMMM....SAPA NAK JAWAB DIK DIK NUN???? LALU JAWAPAN MAUTT AZWAN ALI???? OF COZZZZZZZZZ...........HE HE HE !!!!! "

Diari rins : KISAH AZWAN ALI DAN BUTIK RINS SUZANA..

layan di blog DIVA POPULAR : http://silaserazwanali.blogspot.com/

Errmm..malam ni balik jer dari butik, dapat sms abg wan.dia bagi link blog dia utk kami tgk. Terkejut baca-baca ada citer pasal RiNS kat laman blog dia.

Segan jugak bila abg wan titlekan RiNS SUZANA sebagai butik perkahwinan no.1 kat blog dia sedangkan kami tahu RiNS masih banyak kekurangan yang masih dalam proses penambahbaikan untuk meningkatkan mutu servis, produk dan ‘penampilan’ RiNS pada semua.

Dalam usia kami 29 tahun ni dan bisnes baru berusia hampir 7 tahun ni, kami merasa masih belum sempurna dan sedang berusaha lagi untuk dirikan sebuah butik yang gah di mata semua. Tapi, InsyaAllah dengan sokongan padu, kepercayaan, sokongan dan peluang yang abang wan berikan khasnya, juga semua pelanggan kami berikan amnya, kami akan cuba usahakan yang lebih baik dari masa ke semasa bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan dan kepakaran kami.

Tak sangka dapat tabik spring dari abang wan..Alhamdulillah nama sekerdil kami ini abang wan ternampak jugak… ni yang agak musykil ni.. mcm mana dpt berkenalan dgn Diva 1 Azwan Ali ni…? Mcm ni ceritanya.. hasil perkenalan kawan atas kawan la ni. nama dia IZMAN. last-last abang wan @ Diva no 1 sudi datang ke butik kami yg tak seberapa ni untuk membawa 1 hajat yang besar. Hepi dapat berkenalan dgn abg wan dan ‘PA’ nya Izman. Baru je kenal, namun sikap mereka sungguh menyenangkan, ramah juga berhati mulia, dan positif terhadap apa yang berada di hadapan mereka.

Satu perkenalan yang amat menarik perhatian kami bersama abg wan dan izman.. kalau sebelum ni kami hanya kenal abg wan dari TV, melihat perwatakan yang cukup laser namun apabila perkenalan di luar telah menepis segala tanggapan lama kami terhadap beliau. Abg Wan mmg layak digelar Diva no 1 la bagi kami..mmg meletop habis…

Kejayaan beliau membina tangga2 naik ke atas dalam hidup yg penuh liku membuatkan kami merasakan perkenalan singkat tidak sia-sia untuk kami ceduk beberapa prinsip yang abang wan pegang dlm hidupnya.

Semoga kita dapat lebih bekerjasama selepas ini ye abg wan dan izman… perkenalan dengan kalian sungguh menyenangkan..

Nantikan “Majlis Penuh Rahsia Azwan Ali 13 Jan 2009?” bersama RINS SUZANA.





Untuk pertanyaan dan tempahan, Sila hubungi:
Tel Butik : 03-4147 1980
atau email : rinsbridal@hotmail.com
web : http://www.rinssuzana.com
flickr : http://www.flickr.com/photos/rinssuzana/

..VISA & MASTERCARD DITERIMA...

Waktu Urusniaga :

Isnin - Jumaat : 11 Pagi - 7 Malam
Sabtu & Ahad : 10 Pagi - 5 Petang
Selasa & Rabu : CUTI

‘Kami membantu bakal pengantin membuat pilihan pakaian, pelamin artificial/fresh flower, dekorasi, makeup artist, fotografi dan hantaran perkahwinan dengan khidmat rundingan secara profesional pada harga berpatutan. Kami juga menganjurkan Kelas Pemasangan Pelamin dan khidmat rundingan perniagaan..."Kuilhamkan Untukmu"



[<<  <  12  13  14  15  16  17  18  [19]  20  21  22  23  24  25  26  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net