PAKEJ PERKAHWINAN 2012 | PAKEJ PERKAHWINAN 2013 | BUTIK PENGANTIN | PELAMIN | BAJU PENGANTIN | BUTIK

By: RINS SUZANA Kuilhamkan Untukmu

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  13  14  15  16  17  18  19  [20]  21  22  23  24  25  26  27  >  >>]    [Archive]
Monday, 14-Dec-2009 09:25 Email | Share | | Bookmark
Coretan@Rinssuzana

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pelawat-pelawat Fotopages Rins Suzana..

Terima kasih diucapkan kepada Saudara semua kerana sudi melawat laman Fotopage dan website Rins Suzana.com… kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda di atas kesudian menjadi pelawat-pelawat setia kami..

Agak lama juga kami tidak meninggalkan coretan di ruangan FP ini, juga berkongsi cerita suka dan duka perjalanan Rins Suzana di ruangan FP kami..

Rasanya jika bercerita tentang kesibukan pengusaha-pengusaha perniagaan dalam industri perkahwinan ini.. kami percaya masing-masing agak sibuk pada ketika ini samaada membuat segala persiapan majlis perkahwinan pelanggan-pelanggan mahupun menerima kunjungan bakal pelanggan ke butik.Bagi kami bulan disember adalah bulan mood kawin.. Maklumlah..Cuti Sekolah.. Tahniah ucapkan kepada pengusaha-pengusaha butik pengantin, fotografi, makeup artist, conopy, catering, videographer, kad kahwin, pereka fesyen, pereka pelamin, pengubah hantaran dan banyak lagi pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan sesebuah majlis perkahwinan.. Tidak ketinggalan juga kepada wedding planner yang banyak membantu bakal pengantin dalam melicinkan segala urusan persiapan perkahwinan.. Kami percaya, anda semua dapat menjalankan tugasan dan tanggungjawab persiapan pelanggan dengan baik sekali mengikut daya kreativiti masing masing.. insyaallah..
Ucapan tahniah dan Selamat Pengantin Baru juga kami ucapkan pada semua pengantin baru khasnya buat pelanggan kami. Kami ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menggunakan perkhidmatan kami untuk majlis perkahwinan kalian..

Kongsi cerita tentang butik RiNS..
Kami beranggapan ianya adalah perkara penting utk kami usulkan di sini khasnya bagi menjamin keselesaan pelanggan-pelanggan kami sepanjang berurusan dengan pihak kami. Ini adalah bertujuan untuk penambahbaikan perkhidmatan kami..

Kepada pelanggan-pelanggan kami dan bakal pelanggan-pelanggan kami,
Kami mohon kemaafan jika sepanjang kunjungan kalian ke Butik kami tidak menimbulkan keselesaan di pihak saudara dan saudari.. Tujuan coretan ini dibuat adalah untuk menjelaskan keadaan rutin harian kami utk memudahkan pelanggan membuat perancangan awal. Bagi pihak kami, amat penting untuk dititikberatkan keselesaan pelanggan apabila berada di butik kami.

Kami menyediakan 5 meja sebagai tempat perbincangan dengan pelanggan-pelanggan kami.. Tapi dalam masa tertentu, kehadiran pengunjung yang agak ramai dalam satu-satu masa serentak mengakibatkan layanan diberikan kepada kalian oleh kami dan staf-staf kami terpaksa dibahagi.. kami menyusun jari mohon ampun dan maaf di atas sebarang kekurangan layanan dalam tempoh kesibukan tersebut…insyaallah untuk 2010, kami sedang mengatatur perancangan untuk memperbaiki kekurangan dan berusaha untuk mengurangkan tempoh masa menunggu..

Untuk makluman pelanggan, cuti bagi butik adalah Selasa dan Rabu. Setiap khamis biasanya bakal2 pengantin yang bakal melangsungkan majlis pada minggu tersebut akan keluar masuk untuk mengambil barang sewaan. Staf juga akan lebih tertumpu kepada urusan fitting terakhir, alteration terakhir dan seterusnya penyerahan barang sewaan kepada pelanggan.Operasi pemasangan pelamin juga akan mula dibuat bermula khamis untuk pelamin rumah, dan diikuti dgn pemasangan pelamin dewan pada jumaat dan sabtu.
Jumaat adalah hari yang lebih 'tenang' untuk dijadikan hari kunjungan pertama ataupun hari fitting pakaian yang akan diambil pada minggu berikutnya.Jadi, kami sarankan kepada pelanggan agar jika tidak menjadi keberatan, anda boleh memilih hari jumaat untuk datang fitting pakaian kerana walaupun hari bekerja, kami beroperasi sehingga 7 malam. namun jika anda tidak berkesempatan untuk hadir fitting selepas waktu kerja, pelanggan masih boleh hadir fitting pada sabtu atau ahad seawal 10-11 pagi bagi mengelakkan kesesakan rutin hujung minggu kami bermula 12 tengahari.

Kebiasaan Sabtu dan ahad adalah hari pelanggan baru akan datang untuk membuat survey dan mendapatkan maklumat lanjut sebelum tempahan dibuat. Kerana itu, masa yang diperuntukkan akan menjadi lebih lama untuk setiap pelanggan. Begitu juga bagi pelanggan yang telah membuat tempahan dan hadir untuk membuat perbincangan terakhir sebelum majlis. Rutin yang kami lalui ini setiap sabtu dan Ahad membuatkan kami merasakan perlu bagi untuk memaklumkan kepada anda bertujuan untuk membuat pemecahan masa dan mengelakkan semua pelanggan tertumpu pada jam-jam tertentu sahaja sedangkan waktu awal pagi butik beroperasi sehingga tengahari, kami lebih free untuk bertemu pelanggan.

Isnin pula adalah hari pelanggan membuat pemulangan pakaian yang disewa dan seterusnya akan dihantar ke dobi. jika pelanggan yang berkesempatan untuk berkunjung ke butik pada hari isnin, kami amat mengalukan kunjungan pertama anda dibuat pada hari ini. Ada juga setengah pelanggan yg ingin memohon cuti khas untuk menguruskan hal berkenaan tempahan perkahwinan. jadi, kami sarankan kepada pelanggan untuk memilih hari cuti tersebut sama ada Isnin atau jumaat.

Di sini juga kami ingin maklumkan, selain bayaran tunai, segala urusan pembayaran juga boleh dibuat melalui VISA & MASTERCARD.. Walau bagamanapun kemudahan untuk BANKCARD masih belum disediakan buat masa ini.. Ini adalah salah satu bentuk kemudahan baru yang kami sediakan kepada pelanggan-pelanggan kami…

Berkenaan Pakej Perkahwinan pula, agak ramai yang bertanyakan kepada kami berkenaan harga pakej kami.. jadi suka kami jelaskan di sini bahawa kami tidak mempunyai spesifik pakej.Namun pakej asas tetap disediakan utk pelanggan dengan memberi lebih keterbukaan untuk pelanggan menambah atau menolak item yang telah dipakejkan. Ini kerana kami mempunyai agak banyak jenis koleksi pelamin, jenis kerusi, bunga dan pakaian dengan harga yang berbeza-beza mengikut koleksi... kami memberi lebih kebebasan kepada pelanggan untuk membuat pilihan di butik kami termasuklah jika pelanggan mempunyai idea dekorasi secara custommade. jadi, ruang lingkup khidmat dekorasi dari kami tidak dihadkan kepada sample sedia ada sahaja.

Pada masa sekarang jika anda berkunjung ke Rins Suzana,Bahagian Khidmat Pelanggan kami akan cuba terangkan tentang pakej-pakej yang kami sediakan kepada kalian.. Ianya tidak menjadi masalah bagi kami sama ada tempahan dibuat dalam bentuk pakej ataupun bukan berpakej.Antara tempah atau tidak pada waktu pertama kali kunjungan dibuat, itu tidak menjadi halangan bagi kami untuk meluangkan masa dalam memberi penerangan lanjut dan memberi peluang kepada pelanggan untuk mencuba pakaian pengantin koleksi kami tanpa sebarang caj.Pakej yang kami sediakan bermula dengan harga berpatutan memandangkan target pasaran kami adalah daripada golongan pertengahan..jadi kami harapkan kalian happy dengan apa yang kami tawarkan…
Berkenaan promosi pula, pada bulan ini kami mengadakan Promosi yang kami namakan “BUFFET” BAJU PENGANTIN.. Apa itu buffet baju pengantin? Suka kami terangkan bahawa kalian semua berhak untuk memilih mana-mana 3 pakaian daripada koleksi yang telah kami sediakan untuk disewa dan dipakai untuk sebarang majlis.. Ianya sesuai bagi yang mementingkan kualiti dan mempunyai bajet yang agak terhad pada busana pengantin.. Apa yang kami tawarkan adalah 3 Pakaian Lelaki & 3 Pakaian Perempuan dengan harga berharga RM699…Berbaloikan? Mungkin melalui promosi ini, baju tersebut tersebut boleh digunakan untuk majlis akad, persandingan di sebelah perempuan dan juga disebelah pihak lelaki walaupun untuk tarikh berlainan…Promosi ini sah laku untuk tempahan 1/12/2009 – 31/12/2009 bagi majlis yang dilangsungkan pada 2009/2010..

Akhir sekali, untuk perancangan 2010.. kami merancang untuk menganjurkan “WORKSHOP” PEMASANGAN PELAMIN, SEMINAR KEUSAHAWAN dan juga merancang untuk mengambil perantis-perantis baru yang berminat untuk bersama-sama kami dalam mengembangkan kerjaya masing-masing...Perantis-perantis ini akan diberi latihan secara formal untuk mengendalikan urusan berkaitan pengurusan butik pengantin.. Perantis ini akan kami pilih dikalangan individu yang betul-betul berminat sahaja...

Kami juga mengalu-alukan penyertaan rakan niaga untuk bersama-sama kami untuk berkongsi idea dengan kami untuk merancakkan dan mengembangkan lagi industri ini…Makeup Artist, potografer, Katering & Conopy, Kad Kahwin, Videografer, Butik Pengantin dan sebagainya..

Akhir sekali kita sama-sama berdoa semoga kita semua dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki dan segala urusan berjalan lancar..Amin..

Wassalam..

-Rudy@Rinssuzana-



Monday, 14-Dec-2009 07:14 Email | Share | | Bookmark
Majlis Aqiqah Putri Nur Hidayah



Lokasi : Hulu Langat
Tarikh : 12/12/09

Jenis : Pergola Cukur Jambul & Aqiqah
Spesifikasi : Pergola dengan dekorasi bunga, katil, 2 bunga sisi
Harga Pengenalan : RM1499

Untuk pertanyaan dan tempahan, Sila hubungi:
Tel Butik : 03-4147 1980 / 013-940 0160
atau email : rinsbridal@hotmail.com
web : http://www.rinssuzana.com
flickr : http://www.flickr.com/photos/rinssuzana/

..VISA & MASTERCARD DITERIMA...

Waktu Urusniaga :

Isnin - Jumaat : 11 Pagi - 7 Malam
Sabtu & Ahad : 10 Pagi - 5 Petang
Selasa & Rabu : CUTI

‘Kami membantu bakal pengantin membuat pilihan pakaian, pelamin artificial/fresh flower, dekorasi, makeup artist, fotografi dan hantaran perkahwinan dengan khidmat rundingan secara profesional pada harga berpatutan. Kami juga menganjurkan Kelas Pemasangan Pelamin dan khidmat rundingan perniagaan..."Kuilhamkan Untukmu"

"Buffet" Baju Pengantin RM699 untuk 3 Pasang Pakaian Pengantin


Friday, 11-Dec-2009 17:01 Email | Share | | Bookmark
SALE!



Thursday, 10-Dec-2009 14:12 Email | Share | | Bookmark
Intan Zulaikha Raja Hazenan & Raja Shahrul

Kami di Rins Suzana mengucapkan tahniah dan Selamat Pengantin Baru kepada pasangan Intan Zulaikha dan Raja Shahrul.

Terima kasih juga kami ucapkan kepada Intan Zulaikha kerana sudi menjadi Model Professional untuk Rins Suzana sepanjang tahun 2008/2009 dan insyaallah pada masa akan datang. Untuk pengetahuan semua, hampir kebanyakan gambar-gambar koleksi pakaian kami digayakan oleh Intan. Intan juga adalah salah seorang model yang menjayakan perasmian semasa perarakan di Pameran Pengantin Malaysia 2009 di Mid Valley.

Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pasangan kerana sudi menggunakan perkhidmatan kami untuk dekorasi pelamin dan pakaian untuk majlis persandingan kalian yang dilangsungkan pada 5 Disember 2009 lepas kerana kami tahu ramai pihak yang sudi untuk bekerjasama dengan kalian.

Sedikit sebanyak info mengenai pelamin untuk Intan dan Raja Shahrul. Intan ada menyatakan hasratnya kepada kami tentang minat beliau untuk bersanding di pelamin seakan-akan pelamin 'Cottage House' semasa Pameran Pengantin di Mid Valley. Oleh kerana pelamin tersebut agak besar saiznya, agak mustahil untuk kami sediakan sebagai pelamin dalam rumah. Walau bagaimanapun untuk tidak menghampakan Intan dan Shahrul, pihak kami dengan kerjasama Crew daripada PRESTIGE ART berkunjung ke rumah Intan untuk mengambil ukuran saiz ruang bagi menempatkan pelamin 'Cottage House' versi rumah dan dipadankan dengan 'Exclusive Highback Chair'. Kerja-kerja pembuatan pelamin oleh Crew PRESTIGE ART bermula dan ianya dapat disempurnakan dengan jayanya sebelum majlis dilangsungkan persandingan dilangsungkan.

Pelamin "Cottage House" berwarna putih dipadankan juga dengan Quality Artificial Flower dapat menyerlahkan lagi rekaan kami pada kali ini..

Hiasan luar pula dipadankan dengan arch jenis pergola bagi menampakkan sedikit kelainan pada dekorasi kali ini.

Berkenaan pakaian pula, kami menggunakan khidmat designer untuk mereka dan menyiapkan baju Intan sebelum kerja-kerja akhir disempurnakan dengan jahitan manik. Kami mengharapkan semoga Intan hepi dengan baju Intan.

Kami mengharapkan Intan dan Shahrul berpuashati dengan perkhidmatan daripada Rins Suzana. Segala kekurangan kami mohon kemaafan.

Kami doakan kalian berdua dimurahkan lagi rezki. Kami harapkan kita masih boleh bekerjasama nanti.




"Cottage House" versi Rumah..

"Exclusive Highback Chair"








Zahnita turut hadir bagi memeriahkan majlis perkahwinan Intan..

Kakak pengantin, Intan Syakira tidak lupa untuk bergambar kenangan..



Lokasi : Taman Tun Hussein Onn, Cheras

Gambar Penuh Sepanjang Majlis : http://www.flickr.com/photos/rinssuzana/

Untuk pertanyaan dan tempahan, Sila hubungi:
Tel Butik : 03-4147 1980 / 013-940 0160
atau email : rinsbridal@hotmail.com
web : http://www.rinssuzana.com
flickr : http://www.flickr.com/photos/rinssuzana/

..VISA & MASTERCARD DITERIMA...

Waktu Urusniaga :

Isnin - Jumaat : 11 Pagi - 7 Malam
Sabtu & Ahad : 10 Pagi - 5 Petang
Selasa & Rabu : CUTI

‘Kami membantu bakal pengantin membuat pilihan pakaian, pelamin artificial/fresh flower, dekorasi, makeup artist, fotografi dan hantaran perkahwinan dengan khidmat rundingan secara profesional pada harga berpatutan. Kami juga menganjurkan Kelas Pemasangan Pelamin dan khidmat rundingan perniagaan..."Kuilhamkan Untukmu"



Wednesday, 9-Dec-2009 06:03 Email | Share | | Bookmark
DEWAN AU2, KERAMAT: MERAH, HITAM, PUTIH





Untuk pertanyaan dan tempahan, Sila hubungi:
Tel Butik : 03-4147 1980 / 013-940 0160
atau email : rinsbridal@hotmail.com
web : http://www.rinssuzana.com

..VISA & MASTERCARD DITERIMA...

Waktu Urusniaga :

Isnin - Jumaat : 11 Pagi - 7 Malam
Sabtu & Ahad : 10 Pagi - 5 Petang
Selasa & Rabu : CUTI

‘Kami membantu bakal pengantin membuat pilihan pakaian, pelamin artificial/fresh flower, dekorasi, makeup artist, fotografi dan hantaran perkahwinan dengan khidmat rundingan secara profesional pada harga berpatutan. Kami juga menganjurkan Kelas Pemasangan Pelamin dan khidmat rundingan perniagaan..."Kuilhamkan Untukmu"


[<<  <  13  14  15  16  17  18  19  [20]  21  22  23  24  25  26  27  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net