PAKEJ PERKAHWINAN 2012 | PAKEJ PERKAHWINAN 2013 | BUTIK PENGANTIN | PELAMIN | BAJU PENGANTIN | BUTIK

By: RINS SUZANA Kuilhamkan Untukmu

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  15  16  17  18  19  20  21  [22]  23  24  25  26  27  28  29  >  >>]    [Archive]
Saturday, 14-Nov-2009 16:43 Email | Share | | Bookmark
LIN & RIZAL @ MONTEREZ GOLF & COUNTRY CLUB












Pasangan : Lin & Rizal
Lokasi : Monterez Golf & Country Club
Tarikh : 6 Nov 2009


Untuk pertanyaan dan tempahan, Sila hubungi:
Tel Butik : 03-4147 1980 / 013-940 0160
atau email : rinsbridal@hotmail.com
web : http://www.rinssuzana.com

..VISA & MASTERCARD DITERIMA...

Waktu Urusniaga :

Isnin - Jumaat : 11 Pagi - 7 Malam
Sabtu & Ahad : 10 Pagi - 5 Petang
Selasa & Rabu : CUTI

‘Kami membantu bakal pengantin membuat pilihan pakaian, pelamin artificial/fresh flower, dekorasi, makeup artist, fotografi dan hantaran perkahwinan dengan khidmat rundingan secara profesional pada harga berpatutan. Kami juga menganjurkan Kelas Pemasangan Pelamin dan khidmat rundingan perniagaan..."Kuilhamkan Untukmu"


Saturday, 14-Nov-2009 13:47 Email | Share | | Bookmark
Shooting Cerekarama : Tunjang Sa'adah




Saksikan tayangan cerekarama ini pada 14 Nov 2009 jam 10mlm.
Lakonan Norman Hakim, Rozita Chik Wan & Nadia.

Sinopsis : http://tunjangsaadah.blogspot.com/


Friday, 13-Nov-2009 15:53 Email | Share | | Bookmark
ZAIDA @ PUSAT KOMUNITI MANJALARA, KEPONG






Tel Butik : 03-4147 1980


Thursday, 12-Nov-2009 16:22 Email | Share | | Bookmark
DANAU GOLF CLUB, BANGI








Untuk pertanyaan dan tempahan, Sila hubungi:
Tel Butik : 03-4147 1980 / 013-940 0160
atau email : rinsbridal@hotmail.com
web : http://www.rinssuzana.com

Waktu Urusniaga :

Isnin - Jumaat : 11 Pagi - 7 Malam
Sabtu & Ahad : 10 Pagi - 5 Petang
Selasa & Rabu : CUTI

‘Kami membantu bakal pengantin membuat pilihan pakaian, pelamin artificial/fresh flower, dekorasi, makeup artist, fotografi dan hantaran perkahwinan dengan khidmat rundingan secara profesional pada harga berpatutan. Kami juga menganjurkan Kelas Pemasangan Pelamin dan khidmat rundingan perniagaan..."Kuilhamkan Untukmu"


Tuesday, 10-Nov-2009 03:34 Email | Share | | Bookmark
CORETAN 10 NOVEMBER 2009

Salam buat semua pelanggan kami dan seluruh pengunjung laman ini..

Agak lama saya tidak berkesempatan untuk meluangkan masa meninggalkan coretan di ruangan ini. Kesibukan bermula dari minggu ke 2 Syawal dan akan berterusan sehingga Januari tahun hadapan membuatkan kami sekeluarga di RiNS SUZANA terpaksa meluangkan lebih masa operasi di luar berbanding di butik.

Cuti persekolahan hampir tiba, pelbagai sudut persiapan kami harus persiapkan dengan lebih teratur untuk semua majlis yang bakal kami kendalikan sepanjang penghujung nov dan disember.

PERUBAHAN CUTI BAGI BUTIK UNTUK NOV & DIS.
Untuk melancarkan lagi segala perancangan yang telah kami aturkan bagi kesemua majlis dalam tempoh tersebut, kami telah menetapkan CUTI bagi OPERASI DI BUTIK pada NOV & DIS ini adalah 2 hari iaitu setiap SELASA & RABU. Ini adalah dikhaskan untuk kami melaksanakan segala persiapan pemasangan pelamin, alteration pakaian sebelum serahan dan segala urusan luar. Kami masih dalam proses menaiktaraf servis yang kami tawarkan kepada anda.
Oleh itu, dalam tempoh kesibukan maksima bagi seluruh warga kerja RiNS ini, kami merasakan bahawa cuti khas ini harus dipertimbangkan bagi mengelakkan ketidakselesaan buat pelanggan semua.

FITTING PAKAIAN

Dalam jangka waktu OKT-DIS ini sebaik sahaja selepas Aidilfitri yang lalu, koleksi pakaian RiNS kebanyakan akan bergilir keluar masuk untuk sewaan pelanggan. Untuk makluman anda, aliran sewaan pakaian adalah seperti berikut..setiap petang khamis adalah hari penyerahan pakaian untuk pelanggan yang bakal melangsungkan majlis pada sabtu atau Ahad. Manakala setiap Isnin adalah hari pengembalian semula barang sewaan. Pada lewat petang Isnin, pakaian tersebut akan dihantar ke dobi dan akan siap dicuci pada pagi petang rabu atau pagi khamis.
‘Traffic’ keluar masuk baju bermula minggu depan adalah lebih laju berbanding sebelum ini. Kerana itu, saya ingin memaklumkan kepada semua pelanggan, koleksi pakaian di butik amat berkurangan setiap minggu dalam 3 bulan ini memandangkan pakaian2 tersebut bersilih ganti disewa oleh pelanggan.
Sekadar untuk memberi info ini agar kami tidak menghampakan kedatangan anda dengan membawa sepenuh harapan untuk melihat kesemua 85 koleksi pakaian yang kami sediakan untuk pilihan anda.

Bagi pelanggan yang telah membuat pilihan untuk menyewa pakaian tertentu, anda boleh menghubungi butik untuk semakan terlebih dahulu sama ada pakaian tersebut berada di butik atau tidak semasa anda ingin membuat kunjungan ke tempat kami. Bagi keselesaan pihak pelanggan semua, kami amat mengalukan kunjungan bagi urusan fitting pakaian pada isnin/khamis/jumaat. Jika anda tidak berkesempatan untuk fitting pada hari2 tersebut, kami menggalakkan anda untuk datang ke butik pada sabtu atau ahad antara jam 10.30 pagi sehingga 12 tghari.

Untuk waktu selepas jam tersebut, rutin hujung minggu operasi di butik adalah agak sibuk dengan kunjungan pelanggan untuk membuat perbincangan. Waktu yang paling sibuk bagi setiap sabtu dan ahad adalah bermula 1 -5ptg. Oleh itu, kami ingin memaklumkan jika anda berkesempatan untuk membuat kunjungan pada hari biasa, ia akan memberi lebih keselesaan buat anda berbanding sabtu dan ahad. Kami merasa amat terkilan jika kedatangan anda adalah dalam tempoh ‘traffic’ yang sesak dan agak bimbang jika layanan yang penuh tumpuan tidak dapat diberikan untuk anda yang sudi mengunjungi premis kami.

Kapasiti maksimum kami adalah untuk melayan 4 pasangan serentak. Namun adakalanya dalam jam tertentu kunjungan adalah melebihi kapasiti maksimum kami. Setelah berkali berlakunya perkara sedemikian, kami sedang dalam proses untuk mengatasi perkara tersebut bagi mengurangkan ketidakselesaan menunggu anda di tempat kami.
Oleh itu, kami sedang dalam proses menyiapkan sebuah galeri yang mempamerkan pelamin-pelamin sedia ada dan terbaru untuk memberi peluang kepada pelanggan kami melihat secara dekat dan sebenarnya pelamin RiNS bukan sahaja melalui gambar. Kami mengharapkan agar galeri tersebut dapat memberi lebih kepuasan buat anda sewaktu berada di tempat kami.


Kami sentiasa menggunakan pendekatan telus bersama pelanggan kami semua dengan memberi gambaran dan makluman awal sebelum kunjungan pertama anda agar anda mendapat gambaran awal tentang perjalanan operasi kami untuk pelanggan yang kami hargai. Dengan itu, kami mengharapkan segala kekurangan yang masih ada dari pihak kami dapat dimaafkan dan InsyaAllah untuk masa yang akan datang kami akan sentiasa memperbaiki dan menaiktaraf mutu perkhidmatan kami buat semua pelanggan.

Di kesempatan ini saya dan seluruh warga kerja RiNS SUZANA ingin merakamkan jutaan dan setinggi penghargaan buat semua pelanggan yang telah menggunakan khidmat RiNS, yang bakal ke jinjang pelamin sepanjang tahun ini dan seterusnya kepada semua pengunjung setia laman ini dan butik kami di atas sokongan dan kepercayaan anda buat kami. InsyaAllah dengan pertambahan tenaga kerja kami, ingin kami laksanakan serta realisasikan impian perkahwinan anda sebaik mungkin.

Buat semua pelanggan yang telah selamat ke jinjang pelamin,, kami dari warga RiNS SUZANA ingin sama-sama mengucapkan ‘SELAMAT PENGANTIN BARU’, SEMOGA BERBAHAGIA KEKAL KE AKHIR HAYAT…AMIN..


[<<  <  15  16  17  18  19  20  21  [22]  23  24  25  26  27  28  29  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net