PAKEJ PERKAHWINAN 2012 | PAKEJ PERKAHWINAN 2013 | BUTIK PENGANTIN | PELAMIN | BAJU PENGANTIN | BUTIK

By: RINS SUZANA Kuilhamkan Untukmu

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Monday, 21-Mar-2011 10:24 Email | Share | | Bookmark
Rins Suzana @ Majalah Jutawan Bil 18





Untuk pertanyaan dan tempahan, Sila hubungi:

Tel Butik : 03-4147 1980
webpage : http://www.rinssuzana.com
blog : http://blog.rinssuzana.com
email : sales@rinssuzana.com
flickr : http://www.flickr.com/photos/rinssuzana/

Waktu Urusniaga : Kami buka SETIAP HARI, 10.00 pagi - 6.30 Petang kecuali Cuti Am

Pakej Perkahwinan : http://rinssuzana.com/promosi.html

Alamat : No 8B, Persiaran Permata, Taman Permata Ulu Klang 53300 Kuala Lumpur
(Landmark : Bersebelahan Giant Taman Permata, Oldtown, Bata dan 7 Eleven)




Monday, 14-Mar-2011 08:42 Email | Share | | Bookmark
Percutian Rins Suzana Ke Pangkor









Wednesday, 23-Feb-2011 10:21 Email | Share | | Bookmark
Pameran Pengantin Malaysia SACC Shah Alam 11-13 Feb 2011





























Monday, 24-Jan-2011 12:30 Email | Share | | Bookmark
2009 TEMPUH CABARAN,2010 BINA KEUPAYAAN, 2011 KUKUHKAN KEKUATAN

Begitu cepat masa berlalu, sederas air yang mengalir..tiada henti walau sedetik pun masa..apa yang telah dilalui dari dulu hingga kini semuanya memberi sejuta makna sepanjang riwayat hidup ini..Kini kami berdua telah pun menamatkan angka umur 20an.Mahu atau tidak, hakikatnya kami telah mencecah umur 30tahun.terasa sayang untuk meninggalkan umur berangka 20an,namun bak kata orang, apa ada pada nombor, pada usia..semakin lama usia seseorang, seharusnya individu itu mampu menjadi yang lebih baik,lebih matang,lebih ‘bertenaga’, lebih segalanya dan “seharusnya apa yang dilalui pada hari esok adalah lebih baik dari apa yang telah dilalui semalam..”.itulah kata-kata dan pegangan kami sejak dari dulu lagi selain dari meyakini apa erti “hakikat, hikmah dan ketentuanNya”..semoga dengan pertambahan setahun lagi usia yang berlalu, kami dan rins suzana dapat mempelajari bagaimana untuk menjadi yang lebih baik dari yang terdahulu.

Mengimbau sekilas lalu dari sudut pandangan kami dan rins suzana..2009 merupakan tahun yang sungguh kritikal buat kami dan rins suzana.Inilah tahun cabaran yang amat getir telah dilalui. Dugaan mental dan fizikal, segala bentuk cabaran hadir bertubi-tubi sehinggakan pelbagai kisah duka lebih dari kisah suka yang kami rasakan. Namun seolah kata-kata cikgu di zaman persekolahan dulu, ‘latih tubi’ perlu diberikan kepada calon-calon UPSR, PMR dan SPM di saat akhir untuk memastikan kesemua skop ujian dan peperiksaan mampu dihadapi oleh pelajar dengan rasa penuh keyakinan dan sebanyak mungkin persediaan dengan menggunakan pelbagai kaedah, strategi juga dan mungkin juga “perisai”. Ibarat itulah jua, kami dan rins suzana merempuhi segala-galanya secara bertubi-tubi dan menganggap inilah ‘latih tubi’ buat kami dalam proses melengkapkan keperluan dalam membina keupayaan pada 2010 untuk kekuatan pada 2011, insyaAllah..

Sebagai coretan kenangan 2010, kami ukirkan kenangan pahit dan manis di ruangan ini sebagai panduan dan peringatan untuk dibawa ke tahun baru, pengajaran dan sempadan untuk kami jadikan asas kepada satu kehidupan yang lebih baik dari yang terdahulu..

PENGAJARAN DAN SEMPADAN

Dalam mengemudi sebuah ‘bahtera’ yang kami namakan RINS SUZANA ini, terlalu banyak pengajaran yang kami dapati sepanjang 7tahun yang telah berlalu. Kepercayaan diberi telah dimusnahkan, peluang yang dibuka telah dibiarkan tertutup kembali, keikhlasan disalahertikan, kebahagiaan bertukar kesedihan, kesenangan menjadi keperitan. Namun, segalanya tetap dilalui, diredahi demi untuk membawa bahtera ke satu destinasi yang lebih hebat suatu hari nanti. Dari apa yang telah dilalui juga, kami mengakui segalanya itu adalah suatu hakikat yang ada hikmah di sebalik kejadian dan segala yang telah menjadi ketentuan dariNya , kami terima dengan redha.Kami tetap menerima dengan hati yang terbuka dan keperitan lalu telah membawa Rins Suzana ke arah yang lebih baik kini. Kami akui dan percaya bahawa setiap langkah perjalanan sentiasa ada saja halangan namun perlu disusuli jua dengan sejuta semangat, kekuatan, ketabahan, keyakinan selain sentiasa mencari ikhtiar, memanjatkan doa serta membina harapan dan cita-cita untuk masa depan. Halangan, dugaan dan cabaran juga sebenarnya adalah untuk memupuk serta mengajar kami bagaimana mencari ‘ikhtiar hidup’, menjadi lebih kreatif dalam memikirkan jalan penyelesaian, memupuk semangat ‘juang’ yang tinggi, menjadi lebih berani dalam menghadapi setiap hari yang akan datang. ‘Pelajaran’ baru untuk tahun ini (2010) akan kami jadikan panduan untuk dibawa ke tahun baru yang lebih mencabar 2011. Pahit dan manis akan dikenang sebagai titik pengajaran, panduan dan sempadan.

Seharusnya kami dambakan suatu kehidupan dan perjalanan yang lebih menggembirakan, menyenangkan, membahagiakan setelah pelbagai lagi formula baru kami temui sepanjang 2010. Harapan kami dengan rumusan tersebut akan menjadikan kami dan Rins Suzana lebih bersedia menghadapi 2011 yang bakal tiba. InsyaAllah dengan berbantukan ‘sepasukan’ tenaga kerja Rins Suzana yang lebih ramai kini, segala proses perkembangan mampu berjalan dengan selancarnya, InsyaAllah dengan izinNya..

DALAM KENANGAN

Kami telah menerima kehadiran 2 pelajar dari Kolej Komuniti Raub yang menjalani latihan praktikal bermula Julai sehingga 5 Disember 2010. Permulaan yang agak membosankan mereka kerana kami amat serius dalam ‘membentuk’ personaliti, karektor, keyakinan diri, penambahbaikan kemahiran sedia ada, penambahan ilmu dan kemahiran baru, membuka peluang dan kebebasan kerja dengan pemantauan..Ditegur, dimarah, diingatkan, dinasihatkan, diperbetulkan..segalanya adalah untuk pembangunan sahsiah diri dari hanya ‘bernilai’ menjadi seorang pelajar kepada insan yang telah ditambahnilai menjadi seseorang yang tersendiri. Sesama kami sentiasa mengukir kenangan pahit manis bersama sehinggalah setiap detik yang berlalu membuatkan semua saling menyayangi seperti satu keluarga besar di Rins Suzana. Kenangan yang dikongsi bersama amat menyentuh hati semua yang bernaung di bawah 1 bumbung yang sama sehinggakan terasa begitu sukar untuk melepaskan ‘pemergian’ mereka selepas tamatnya tempoh praktikal tersebut.Walaupun seluruh warga Rins Suzana amat merasakan kesedihan dan begitu jua mereka berdua, namun kami mengharapkan agar apa yang telah dilalui, diperolehi selama 5bulan ini banyak dapat membantu dalam proses kematangan hidup untuk hari muka.Di kesempatan ini, kami seluruh sekeluarga di Rins Suzana ingin merakamkan setinggi penghargaan untuk Farah dan Tasya di atas segala sumbangan yang telah diberikan sepanjang tempoh latihan pratikal. Semoga kalian dapat membawa balik pelbagai perkara baru yang lebih baik untuk perkembangan diri dan kehidupan masa depan.
Selain itu, ada juga beberapa staf Rins Suzana yang telah menamatkan tugas mereka atas sebab-sebab peribadi. Di kesempatan ini, kami ingin mengabadikan ucapan penghargaan kami kepada bekas-bekas staf yang telah banyak menyumbangkan khidmat sepanjang tempoh bertugas bersama kami. Segala khidmat yang terbaik dari semua akan sentiasa dikenang oleh kami. Semoga kalian sentiasa melalui kehidupan yang lebih baik, diberkati dan dirahmatiNya..

KENANGAN MANIS

Setelah melalui pelbagai dugaan yang bertimpa-timpa dalam proses melengkapkan misi 2009 dan 2010 untuk pengembangan perniagaan kami, saya menghadapi pelbagai dugaan, cabaran dan rintangan yang menuntut sejuta kesabaran. Pelbagai cara, ikhtiar untuk saya tangani segalanya namun masih jua bertandang ujian demi ujian untuk diri saya. Hampir diri merasakan kekalahan, tapi syukur padaNya dengan sokongan padu dari suami tercinta, orang tua dan seluruh ahli keluarga saya masih bersedia untuk menghadapi segalanya untuk ‘membesarkan’ Rins Suzana.
Atas rasa kasih dan kasihan seorang suami terhadap segala kepayahan seorang isteri ‘membesarkan’ ia, maka suami saya telah mengambil keputusan untuk menamatkan perkhidmatannya di salah sebuah jabatan kerajaan setelah 7 tahun bertugas. Segalanya demi untuk meringankan beban yang saya tanggung dan untuk melengkapkan misi seterusnya yang masih tertangguh akibat dari pelbagai rintangan yang dihadapi serta krisis dalaman. Satu keputusan yang terlalu berat untuk dipilih, namun telah difikirkan berkali-kali, dipanjatkan doa serta petunjuk dariNya agar keputusan yang diambil bukanlah jalan yang salah dan merugikan diri kami sekeluarga nanti. Keputusan dicari sejak dari tahun sebelumnya, kepastian mula ditemui berbulan sebelum itu, dan akhirnya keyakinan didapati sebulan selepas itu..sebulat hatinya, setulus jiwanya ingin bersama saya dalam ‘dunia Rins Suzana’.. Alhamdulillah kekuatan akhirnya beliau temui pada Mei 2010 untuk memutuskan bahawa beliau ingin ‘bersara’ seawal umur hampir mencecah 30 tahun..

Tiba-tiba terimbas kembali kenangan zaman persekolahan dulu sewaktu suami saya pernah menjadi rakan sekelas saya di SMK Dato’ Ahmad Maher dulu. Ketika itu kami di tingkatan 5 tahun 1997. Pernah beliau berseloroh kepada saya bahawa beliau ingin menjadi seorang jutawan apabila mencecah umur 30 tahun..Saya merasakan cukup sukar untuk beliau ke arah itu memandangkan beliau bukanlah dari latar belakang hartawan mahupun jutawan. Saya jua pernah perlekehkan kata=kata itu, tergelakkan cita-cita beliau dengan menganggap beliau hanya berangan-angan dan berimiginasi tinggi. Namun, Allah Maha Mengetahui..Tidak disangka dari perkenalan sebagai rakan sekelas, akhirnya kami disatukan, mendirikan masjid yang sama..Nak ibaratkan ke jinjang pelamin tak dapatlah sebab kami tak ada pelamin untuk bersanding ketika itu. Atas pertemuan dan jodoh tersebut, saya merasakan bahawa Allah ingin menunjukkan kepada saya KekuasaanNya..Ejekan saya dulu mungkin membuatkan beliau menjadi lebih kuat untuk berusaha dan membuktikan kepada saya tahap kemampuan seseorang tiada siapa boleh menduga.

Walaupun masa berlalu begitu pantas,usia pun mencecah 30 tahun namun kami masih belum pun lagi dapat merealisasikan impian tersebut.Tak mengapalah, sekurangnya kini saya telah terasuh oleh beliau untuk sentiasa merancang apa yang akan berlaku 10 tahun akan datang dan memikirkan strategi atau langkah bermula dari hari ini. Saya amat menyedari bahawa setiap perjalanan hidup saya, suami dan jua perniagaan kami harus berasaskan misi, matlamat tahunan serta perancangan. Biarpun kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan..Namun rancangan hidup tetap harus dirancang walaupun sentiasa berlaku pertukaran kisah akibat dari ‘kekacauan’ yang berlaku di pertengahan perjalanan.

Sejak Julai 2010, saya tidak lagi bersendiri untuk menjaga permata hati kami iaitu Rina yang kini telahpun berusia 3 tahun lebih dan juga membesarkan lagi Rins. Rina dan Rins dibesarkan bersama-sama oleh kami dan saya amat bersyukur dengan kerjaya yang saya pilih ini, saya dapat melalui kehidupan yang lebih tenang bersama insan yang bernama Rudy, Rina dan Rins Suzana setiap hari.


PENCAPAIAN dan KENANGAN 2010

JANUARI 2010: Majlis Penuh Rahsia Azwan Ali di Palace Of The Golden Horses.

Tahun 2010 kami mulakan dengan persiapan penuh agresif bagi menyempurnakan kepercayaan selebriti hangat Azwan Ali sempena majlis yang dinamakan “Majlis Penuh Rahsia Azwan Ali” yang diadakan di Palace Of The Golden Horses. Jemputan terdiri daripada ratusan artis dan wartawan dari media cetak dan media elektronik. Rins Suzana diberi kepercayaan untuk menyempurnakan dekorasi keseluruhan majlis di dalam dan luar ballroom. Alhamdulillah, segala persiapan dari awal sehingga ke akhirnya berjalan dengan lancar. Sepanjang tempoh bekerja di bawah Azwan Ali, pelbagai peluang dan pengalaman baru yang kami perolehi.

Selama ini kami tidak pernah mengimpikan kerjaya yang kami pilih ini membawa kami kepada ‘bidang glamor’. Sejauh mana populariti itu terbina, itu kami tidak pasti namun kami sedari sejak mengendalikan persiapan majlis beliau, kami telah didatangi oleh pelbagai pihak media untuk mendapatkan maklumat tentang majlis tersebut. Kemuncaknya adalah apabila kami menerima kunjungan dari kru Galaksi TV9 yang membuat shooting spontan untuk isu utama pada minggu tersebut. Walau apapun, amanah tetap kami pegang, sedaya mungkin kami cuba bersikap profesional tanpa mencampuri urusan peribadi dan kami hanya menjalankan tanggungjawab khusus yang telah diberikan kepada kami.




Terima kasih yang tak terhingga buat Abang Wan untuk segala peluang yang telah diberikan, platform yang disediakan untuk Rins Suzana. Walaupun usia perkenalan yang begitu singkat, namun kepercayaan telah dipertaruhkan dan Alhamdulillah kami telah cuba lakukan sedaya mungkin yang terbaik demi untuk Azwan Ali, tatapan tetamu undangan dan seharusnya untuk kami juga di Rins Suzana.




FEBRUARI 2010 : Liputan dari Mingguan Warta Perdana kisah Suzana Penuhi Impian Pengantin

Sejak mengendalikan Majlis Penuh Rahsia Azwan Ali Januari 2010, kami didatangi beberapa wartawan yang kami sempat beramah mesra dan berkenalan sewaktu di majlis tersebut. Antara wartawan yang begitu ramah seolah telah bertahun dikenali ialah wartawan dari Mingguan Warta Perdana yang kami panggil ‘Kak Zue’. Beberapa minggu selepas majlis tersebut beliau hadir ke butik untuk mendapatkan bahan penulisan tentang kisah saya dan Rins Suzana. Setinggi penghargaan dari kami untuk kak Zue dan Mingguan Warta Perdana di atas coretan kisah kami di akhbar ini.


MAC 2010 : Bersama Anak Yatim.



12 Rabiul Awal tahun ini kami raikan di kampung halaman kami di Kota Bharu bersama insan-insan tersayang yang telah lama tidak diketemui, juga insan-insan teristimewa yang sudah sekian lama kami menanam hasrat untuk bersua muka. Akhirnya sampai jua saat itu yang tak akan kami lupakan dan terasa ingin kami ulangi saat itu bersama adinda tersayang dari Rumah Anak Yatim Puteri Harapan, Kota Bharu yang telah sudi hadir beramah mesra bersama kami sekeluarga.

Sejak 7 tahun yang lalu kami menanam hasrat untuk menggembirakan insan-insan seperti mereka andainya dapat sampai waktunya yang sesuai. Entah kenapa hati amat tersentuh apabila timbulnya sesuatu isu yang berkaitan anak-anak yang membesar tanpa mendapat kasih sayang dan belaian dari ibu dan ayah. Segala rona hidup tetap dilalui dan ditempuhi walau teramat perit untuk dikongsikan bersama yang lain. Kami sanjungi segala KECEKALAN, KESABARAN, KEKUATAN JIWA dan MENTAL, KETABAHAN DIRI, KESYUKURAN atas segala kebahagiaan dalam bentuk yang berbeza, SEMANGAT yang utuh untuk meneruskan kehidupan.. Segala yang ada pada mereka sebenarnya telah banyak mengajar kami untuk menjadi lebih kuat dalam meneruskan segala cabaran walaupun dalam sudut cabaran yang berbeza.
Terasa amat puas dan gembira apabila pada hari yang mulia kami adik beradik dan juga ibunda tersayang dapat memberi pelukan seikhlas hati tanda mereka punyai jua insan-insan lain yang menyayangi mereka serta menghargai mereka. Sayu dalam hati apabila di saat perpisahan pada lewat petang, ada di antara mereka yang meluahkan 1 perkara kepada saya.. “ Saya impikan sebuah rumah besar dan ada kereta besar suatu hari nanti..” saya tersentak dengan luahan tersebut dan terus memberi jawapannya hanya 1 sahaja.. “ Belajar rajin-rajin, usaha bersungguh-sungguh, berdoa padaNya untuk segalanya..InsyaAllah akan dimakbulkan impian dan cita-cita,”…
Kami amat mengharapkan dan mendoakan semoga apa yang dicitakan akan dimakbulkan ditambah dengan adanya sokongan, dorongan, semangat yang kami kirimkan untuk semua di sana. Teruskan kecekalan, kesabaran, kekuatan jiwa dan mental, ketabahan diri, kesyukuran di atas segala pemberianNya dan semangat yang kental dalam menempuhi hidup seterusnya. Semua yang ada dalam diri adinda-adinda ini menjadi inspirasi buat kami sekeluarga dan jua buat RINS SUZANA untuk menempuhi langkah yang seterusnya, InsyaAllah.

APRIL 2010 : Penggambaran ‘Mencari Katarsis’di Butik Rins Ruzana ditayangkan.

JULAI 2010 : Artikel dari Berita Harian dengan kisah Enggan Mengalah

OGOS 2010 : Ditemubual oleh wartawan Kosmo tentang Pameran Pengantin Malaysia di Mid Valley Exhibition Centre.

SEPTEMBER 2010 : Penaja Dekorasi Majlis Pelancaran Buku Azwan Ali

Pada 7 Ramadhan yang lalu, kami telah diberi peluang untuk mengendalikan persiapan dan dekorasi majlis amal bersempena Majlis Pelancaran Buku ‘Selamat Tinggal Dunia Pondan’ hasil tulisan Azwan Ali. Majlis tersebut dihadiri oleh puluhan artis dan juga puluhan wartawan dari media cetak dan elektronik. Sempena Ramadhan yang penuh rahmat dan keberkatan, Azwan Ali telah menjemput 44 orang anak yatim untuk bersama memeriahkan lagi majlis tersebut. Selain majlis berbuka puasa sepena pelancaran buku, majlis tersebut juga membuka peluang kepada kami dan artis-artis untuk beramal dan beramah mesra bersama anak-anak yatim tersebut. Kehadiran anak-anak yatim tersebut telah menyentuh jiwa dan perasaan kami apatah lagi mengenangkan anak-anak yang masih terlalu kecil namun telah ditinggalkan oleh kedua ayah dan ibu atas pelbagai kisah.

Apabila mata bertemu mata, tangan dihulur berjabat tanda penghargaan, hati saya dan suami amat tersentuh dan sayu terasa seperti kasih dan kasihan bertaut di jiwa. Namun atas tugas yang lebih besar yang kami pikul bersama staf di majlis tersebut dalam memastikan kelancaran program, saya dan suami tidak berkesempatan untuk berkenalan lebih lanjut dengan adik-adik tersayang.. usah diratapi semua itu, paling utama kami ingin utuskan di sini kiriman doa dan harapan buat kalian moga Allah sentiasa melindungi, merahmati, menyayangi adik sekalian walau di mana jua berada. Mudahan dewasa nanti jadilah insan yang hebat dan dikagumi oleh diri sendiri dan sekalian saudara dan kenalan..Amin..






SEPTEMBER 2010 : Cipta Lagu Asli peringkat akhir 2010



Selain dari tajaan pakaian untuk drama, RTM juga telah berminat untuk mengetengahkan koleksi Rins Suzana bagi tujuan peragaan oleh peserta-peserta akhir pertandingan Cipta Lagu Asli Peringkat Kebangsaan 2010 sewaktu nyanyian dibawakan oleh peserta. Sebagai penghargaan di atas tajaan pakaian tersebut, pengacara program iaitu Yasmin Hani telah merakamkan ucapan penghargaan dari RTM buat Rins Suzana secara live menerusi saluran RTM. Di ke sempatan ini juga kami ingin mengutuskan ucapan penghargaan buat pihak RTM di atas penghargaan dan kredit nama dan logo yang telah disiarkan secara langsung dari KL LIVE CENTRE KL.

OKTOBER 2010 : Penaja Utama The 1st International Pameran Pengantin 2010 KLCC




Tarikh 10/10/10 adalah merupakan tarikh yang amat bermakna buat kami sekeluarga di Rins Suzana. Tidak disangkakan pihak KLCC Convention Centre telah membuka peluang untuk Rins Suzana menjadi Penaja Utama dekorasi pentas berdasarkan penilaian terhadap konsep ‘Cottage House’ yang kami pernah bawakan di pentas utama Pameran Pengantin Malaysia 2009 di Mid Valley. Pameran yang dinamakan The 1st International Pameran Pengantin 2010 KLCC berlansung selama 3 hari di KLCC Convention Centre.



Dari menyertai beberapa pameran yang telah lalu sehinggalah pameran ini, Rins Suzana sentiasa dikunjungi oleh wartawan dari surat khabar dan juga majalah dalam melengkapkan tugasan harian mereka. Pameran pengantin yang kami sertai ini bukan sahaja membuka peluang untuk kami bertemu pelanggan, berurusniaga atau menawarkan servis buat bakal-bakal pengantin, namun kami juga berkesempatan untuk bertemu mesra dengan pihak media massa sama ada media cetak mahupun elektronik. Terdapat wartawan dari Berita Harian yang menemubual tentang komen Rins Suzana tentang pameran bertaraf antarabangsa di KLCC tersebut dan telah pun dimuatkan di ruangan akhbar tersebut. Selain itu juga, wartawan dari Utusan juga telah menemubual tentang isu ‘Durian Runtuh 10.10.10’. Walaupun ‘kehadiran’ pihak media tanpa undangan kami dan mereka muncul secara tiba-tiba tanpa sebarang ‘persiapan’ dari kami terutamanya yang mengunjungi kami di booth, namun kami tetap inginmengambil kesempatan di sini untuk merakamkan setinggi penghargaan buat semua pihak media yang telah sudi mengunjungi kami sama ada di booth mahupun di pejabat urusan dan butik kami. Penting bagi kami untuk menghargai semua pihak yang juga menghargai apa yang kami miliki walaupun masih tidak seberapa.


Tajaan Pakaian dan Lokasi Penggambaran Drama & Telemovie.

Sejak dari 2007, Rins telah mula aktif dalam penglibatan pembikinan rancangan dokumentari tv, drama dan telemovie untuk disiarkan di saluran TV1, TV2, TV3 dan ASTRO. Bermula dengan hanya penglibatan sebagai penaja pakaian untuk pengacara dan pelakon, namun kini sejak berhijrah ke Taman Permata di sebuah lot kedai yang lebih besar, kami mula menjadi perhatian pihak production house untuk dijadikan lokasi penggambaran bagi adegan pemilihan pakain pengantin, persandingan di studio kami mahupun adegan sebagai kejayaan dalam membina karier dalam bidang perkahwinan dengan berlatarbelakangkan dekorasi di butik Rins Suzana. Yang terbaru disiarkan adalah menerusi drama Lagenda Budak Setan menerusi saluran ASTRO PRIMA. Kerjasama sebegini kami sambut dengan positif dan ini juga adalah salah satu cara kami membina rangkaian dan hubungan dengan pihak luaran selain dari rutin harian kami berhubungan dengan pelanggan.

Rins Suzana @ i Liv Islam


Kami juga mengganggap selain Rins Suzana dapat dibaca di media cetak, kami juga dapat dilihat secara lebih dekat melalui medium media elektronik dan ini mungkin dapat mengajak pelanggan untuk memberi lebih kepercayaan terhadap brand yang kami namakan ‘RINS SUZANA’.

Di kesempatan ini juga kami ingin merakamkan setinggi penghargaan buat warga kerja majalah ‘Raikan Cinta’ yang telah memuatkan agak banyak bahan dari Rins Suzana dan menjadikannya sebagai cover majalah untuk edisi pertama yang telah dikeluarkan pada Oktober 2010. Terima kasih di atas penghargaan tersebut dan juga kredit nama Rins Suzana bagi setiap helaian. Peluang yang kami perolehi itu juga telah membuatkan segelintir pembaca agak keliru tentang status majalah tersebut sama ada ia adalah majalah pengantin Edisi Khas yang Rins Suzana terbitkan ataupun sebaliknya. Jadi, sekali lagi kami ingin menwarwarkan bahawa majalah tersebut sebenarnya bukanlah terbitan dari kami dan anda boleh mendapatkan majalah tersebut di mana-mana toko buku yang berhampiran, bukanlah dari Rins Suzana.

NOVEMBER 2010 : Dinobatkan Booth Tercantik di Pameran Pengantin 1 Malaysia, PWTC

Salah satu pencapaian bulanan yang agak membanggakan kami adalah apabila booth Rins Suzana telah dinobatkan sbagai ‘BOOTH TERCANTIK’ di Pameran Pengantin 1 Malaysia bertempat di PWTC anjuran Extreme Event.

Di sebalik persiapan pameran..

Setelah beberapa kali pameran disertai dengan hanya membawa kerangka pelamin sedia ada, namun buat kali itu, kami merasakan sudah sampai masanya buat kami untuk mengolah dan memberi nafas baru terhadap cara penampilan booth Rins Suzana. Walau bagaimana pun, kami tetap mengilhamkan konsep dekorasi yang paling ‘simple’ dan moden untuk disesuaikan dengan keluasan booth hanya 10’x10’ sahaja.

Segala kelengkapan kayu yang diperlukan dibeli sendiri oleh kami berdua dan proses pemotongan kayu-kayu menjadi cantuman blok-blok tersebut adalah hasil kerja tangan suami saya dibantu oleh 2 staf. Saya menganggap identiti Rins Suzana perlu diterapkan dalam setiap sentuhan dekorasi tidak kira pada dekorasi pelamin dewan, rumah, mahupun hanya untuk sebuah booth kecil sebagai tapak niaga sementara kami. Kerana itu penggunaan warna putih masih dikekalkan, dekorasi yang moden, susun atur kelengkapan ‘simple’ kami sesuaikan dengan keluasan yang ada. Elemen seperti dinding kayu serta pintu rumah dijadikan kerangka asas untuk memastikan identiti pengenalan Rins Suzana masih dibawa bersama ke pameran untuk tatapan pengunjung.

Alhamdulillah, konsep yang kami bawakan itu walaupun agak ringkas namun masih boleh diterima ramai dan kerana itu juga terima kasih buat semua yang menilai booth kami antara yang layak untuk dinobatkan sebagai BOOTH TERCANTIK.


DISEMBER 2010 : PERKEMBANGAN RINS SUZANA

Butik Rins Suzana seluas 4000 kaki telah digunakan sepenuhnya ruang niaga. 3 set pelamin dewan dan 3 set pelamin rumah termasuk pelamin cottage house yang merupakan pelamin imej Rins Ruzana dipamerkan di premis niaga kami. Lebih 100 koleksi pakaian yang disediakan untuk pilihan pelanggan. 6 meja perbincangan dan 5 bilik persalinan disediakan untuk kemudahan pelanggan. Sebagai pengukuhan organisasi Rins Suzana, kini pemecahan unit telah dilakukan untuk memastikan setiap staf mempunyai pengkhususan kerja. Setiap unit terdiri dari staf yang berbeza namun saling berkait dalam sistem saluran maklumat dan operasi dalaman serta luaran. Unit tersebut dibahagikan menjadi unit Jualan dan Khidmat Pelanggan, Rekod dan Maklumat, Kreatif dan Rekabentuk, Jahitan dan juga Operasi & Pembuatan.

Pemecahan tersebut mempunyai matlamat bagi menaiktaraf mutu perkhidmatan pelanggan, penjagaan rekod dan maklumat pelanggan yang lebih bersistematik dan selamat, mewujudkan sekumpulan ‘pemikir’ dalam meningkatkan kualiti produk, dan mempelbagaikan produk yang ditawarkan, melancarkan saluran maklumat kepada bahagian operasi luaran yang melibatkan servis di majlis pelanggan. Mulai Januari juga kami menggunakan Sistem Maklumat Rins Suzana bagi memudahkan semakan rekod pelanggan,capaian data yang lebih cepat dan mudah, sistem rekod yang lebih kemas dan teratur.

2 booth baru dilancarkan di Rins Suzana iaitu booth ‘fashion for men’ yang memfokuskan fesyen terkini dan moden untuk pengantin lelaki dan booth ‘fashion for ladies’ khas untuk pakaian kasual dan formal ke pejabat berserta tas tangan dan kasut serta aksesori pakaian. Ini merupakan percubaan seterusnya Rins Suzana dalam misi memngembangkan produk yang ditawarkan oleh kami. Namun, percubaan pengembagan ini masih tidak lari dari minat asal saya iaitu kecenderungan terhadap ‘fashion & decoration’.

PENGHARGAAN

Setahun telah berlalu lagi..Pelbagai kenangan yang menjadi ingatan dan tidak patut dilupakan. Penghargaan demi penghargaan harus dicoretkan dari kami dan Rins Suzana untuk kami abadikan kenangan terhadap insan-insan dan pelbagai pihak yang telah banyak menyumbang jasa, tenaga,buah fikiran, idea, memberi sokongan, semangat, panduan, membuka peluang, platform untuk kami meneruskan perjalanan yang lebih baik berbanding tahun terdahulu.Saya dahulukan dengan penghargaan yang tiada taranya buat suami tercinta Rudie Iswadie yang sentiasa menguatkan semangat diri dan memberi dorongan selama saya ‘membesarkan’ Rins. Tidak pernah dilupakan buat permata hati tersayang Khalisya Afrina yang sentiasa menjadi teman setia saya pada ketika saya suka mahupun duka. Segalanya berjalan di depan matanya,walaupun masih terlalu kecil untuk dia menghadapi kesukaran, kepayahan yang saya lalui, namun saya bersyukur kerana dia umpama kegagahan saya sewaktu suami tiada di sisi di kala dugaan mendatang..

Jutaan penghargaan juga untuk yang tercinta dan dihormati Ayahanda Hj Abdullah Abas, Bonda Hjh Zubaidah Yaakub,yang disayangi dan disanjungi Kekanda sulung Mohd Azlee & isteri Shamshinurwalis, Kekanda kedua Norme Azura dan suami Zainal Fitri, kekanda ketiga Anis Salwa dan suami Basir Abd Shammad,yang dikasihi anak-anak buah yang sulung Ameera Azra, Ikhwan Haneef, Ikmal Haneef, Iman Haneef, Irfan Haneef, Putri Nur Hidayah, Damia Aina, Danisya Alya, Dhiya Alani, Darwish Bisyari. Tidak dilupakan adalah satu-satunya nenda tersayang Hjh Sapiah.Mereka adalah sumber kekuatan diri dan menjadi tulang belakang saya dalam memastikan kami harus sentiasa kuat dan bertenaga dalam menghadapi rintangan kini dan masa depan.

Keluarga Mertua

Setinggi penghargaan turut saya ingin abadikan untuk yang disayangi dan dihormati Ayahanda Hj Ismail Mohamad, Bonda Wan Sapurah W. Abdullah, Nenda Tok Wan dan Tok Wan Yah, kekanda Remy dan isteri Zea,kekanda kedua Ramzu dan isteri Norazima, adinda tersayang Nurul Syarafina dan Nurul Syafiqah, serta anak-anak buah yang dikasihi Rahman, Amin, Amar, Aisyah, Aina dan Fitri.
Sanak saudara yang diingati :

Bapa & Ibu saudara yang dihormati- Ma & Abah, Cik Yam & Pak Su, PakSu & Mak Su, Cik Mah & Pak Cik Lah yang tidak pernah melupakan kami dan sentiasa bertanya kabar tentang kami walaupun jauh di mata namun masih dekat di hati.
Sepupu En Abdullah & Pn Rafeah yang sentiasa menjadi inspirasi kami dalam mengejar impian dan kejayaan, Abg Mi & Kak Zura yang telah banyak memberi sokongan mental dan moral terutamanya menjadi penyumbang utama kekuatan rinssuzana.com. Kak Tina & Abg Joe, Kak Za & Abg Jani yang tidak pernah melupakan kami, pernah ‘menjaga’ kami suatu ketika dulu..Jutaan penghargaan juga buat kesemua sanak saudara saya dan suami yang telah mengikuti perkembangan kami dan Rins Suzana melalui laman web dan facebook kami. Sokongan dari semua amatlah kami harapkan dalam menempuhi hari yang telah dan bakal ditempuhi. Semoga kalian mendapat rahmat dan rezeki yang melimpah dariNya di atas kebaikan semua..Amin.

Staf Afiza, Ramelan, Nurul, Ain, Sharina, Hana, Affni, Linda dan Suhaila.. Setinggi penghargaan dari kami buat seluruh staf yang masih setia bersama kami dan Rins Suzana sehingga ke tahun baru 2011. Semoga seluruh warga kerja Rins mampu berganding bahu dengan penuh rasa komitmen, tanggungjawab, keikhlasan hati dan ketulusan jiwa untuk membangunkan potensi diri dan sekaligus meningkatkan kualiti produk dan servis yang bakal ditawarkan oleh Rins Suzana 2011 nanti. Terima kasih jua di atas kesetiaan semua untuk melangkah bersama kami dan Rins Suzana ke gerbang tahun baru yang lebih mencabar. InsyaAllah dengan keyakinan dan keazaman yang tinggi serta ikatan kasih sayang dan ukwah yang tinggi sesama kita akan membuatkan segalanya akan berjalan dengan lebih lancar seperti aliran arus dan sederas air yang mengalir..


Pelajar Praktikal & Separuh Masa

Tasha, Farah, Ifa, As, Mea, Ema, Syafiq, Alif, Fadhil, Zaril dan beberapa lagi yang terlibat dalam operasi pemasangan pelamin..Ucapan terima kasih juga buat semua pelajar praktikal dan staf separuh masa di atas komitmen serta prestasi kerja yang yang ditunjukkan dengan baik sepanjang menjalankan tugas di Rins Suzana.

Tidak dilupakan juga buat seluruh kenalan yang sentiasa memberi sokongan dan semangat buat kami dalam menghadapi segala cabaran, paling DIHARGAI adalah seluruh PELANGGAN Rins Suzana bermula dari 2004 sehinggalah 2010 dan juga pelanggan kami yang bakal melangsungkan majlis sepanjang 2011, seluruh pengikut setia Rins Suzana di laman web rinssuzana.com dan rinssuzana.fotopages sebagai penyumbang utama statistik yang amat memberangsangkan, menjadi rakan kenalan kami di facebook Rins Suzana & Rins Suzana Kuala Lupur dan juga blog Rins Suzana Kuilhamkan Untukmu.. Tanpa anda semua kami tidak mungkin seberani ini untuk terus melangkah ke tahun baru dengan penuh semangat, iltizam untuk menjadi yang lebih baik untuk pelanggan semua. Andalah tunjang Rins Suzana selama ini dan kami amat menghargai segala peluang dan kepercayaan yang telah diberikan kepada kami dan seluruh warga kerja Rins Suzana. Semoga Allah melimpahkan rezki ke atas semua pelanggan kami yang amat kami hargai..Amin..

Wartawan

Tahun 2010 merupakan tahun ‘Mesra Media’ buat Rins Suzana. Kami merasakan amat gembira di atas kesempatan tahun ini dapat berkenalan dengan pelbagai pihak media yang sebenarnya telah banyak membantu Rins Suzana dalam melonjak menaikkan nama dan servis Rins Suzana. Kerana peluang tersebut, saya dan suami ingin mengambil kesempatan ini untuk merakankan jutaan terima kasih buat semua kenalan dari pelbagai media terutamanya Pn. Zuraidah dari Mingguan Warta Perdana, Cik Azza dari Karangkraf I Luv Islam, Pn. Norma dari Majalah Harmoni, Cik Siti dari Harian Metro,Cik Nadia dari Berita Harian, Cik Hidayah dari Berita Harian, Za dari Majalah Perempuan, Wartawan majalah Raikan Cinta, En Junhairi dari Kosmo dan mana-mana pihak media yang telah menemui kami sama ada di pameran-pameran pengantin mahupun yang telah hadir berkunjung ke Rins Suzana.

Penganjur pameran
Setinggi penghargaan juga kami ucapkan buat semua penganjur pameran pengantin yang telah kami sertai sepanjang 2010. Ucapan setinggi terima kasih kepada Pn Nadia selaku Pengarah Urusan Urban Vibe Event dan seluruh warga kerja Urban Vibe termasuklah Pn Liana, En Hafiz, Cik Zue dan En Eddie. Beberapa pameran telah kami sertai sepanjang 2010 anjuran Urban Vibe. Buat kali kedua Rins Suzana telah diberi kepercayaan untuk menjadi Penaja Utama dekorasi pelamin di pentas utama KLCC Convention Centre. Kami amat menghargai segala peluang dan kepercayaan yang telah diberikan itu dan kami harapkan semoga kerjasama sebegini dapat diteruskan agar segala matlamat untuk memartabatkan industri perkahwinan ke peringkat yang lebih berprestij dan profesional. Juga terima kasih kepada En Jef, En Nad dan seluruh warga kerja Extreme Event yang telah menganjurkan pameran di PWTC November yang lalu dan telah menobatkan Rins Suzana sebagai pemenang booth tercantik. Terima kasih di atas peluang dan platform yang disediakan kepada semua pengusaha dan peniaga dalam bidang perkahwinan ini..

~Suzana Abdullah~
16/12/10


Untuk pertanyaan dan tempahan, Sila hubungi:

Tel Butik : 03-4147 1980
Webpage : http://www.rinssuzana.com
Blog : http://blog.rinssuzana.com
Email : sales@rinssuzana.com
Flickr : http://www.flickr.com/photos/rinssuzana/

Waktu Urusniaga : Kami buka SETIAP HARI, 10.00 pagi - 6.30 Petang kecuali Cuti Am

Pakej Perkahwinan : http://rinssuzana.com/promosi.html

Alamat : No 8B, Persiaran Permata, Taman Permata Ulu Klang 53300 Kuala Lumpur
(Landmark : Bersebelahan Giant Taman Permata, Oldtown, Bata dan 7 Eleven)


Thursday, 20-Jan-2011 16:01 Email | Share | | Bookmark
SAMBUTAN LUAR BIASA.. MID NIGHT SALE! di RINS SUZANA
















[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net