PAKEJ PERKAHWINAN 2012 | PAKEJ PERKAHWINAN 2013 | BUTIK PENGANTIN | PELAMIN | BAJU PENGANTIN | BUTIK

By: RINS SUZANA Kuilhamkan Untukmu

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 9-Feb-2008 06:43 Email | Share | Bookmark
Sekadar Info Untuk Dikongsi Bersama..

 
PELAMIN

Bercakap tentang pelamin, kami sebenarnya mempunyai konsep dan identiti tersendiri..
Bagi mereka yang selalu mengikuti perkembangan koleksi pelamin RINS dari masa ke semasa, tentunya mereka akan faham tentang konsep yang kami cuba tonjolkan untuk setiap majlis yang kami kendalikan.

Konsep pelamin RINS adalah ‘simple n nice’..Kami padankan dengan warna-warna neutral segar sepanjang zaman iaitu putih. Kami gemar tekankan penggunaan warna putih/offwhite ini bagi membayangkan kepada para tetamu tentang kesegaran majlis tersebut, sucinya jalinan kasih kedua mempelai dan yang penting warna ini tidak akan luput ditelan zaman. Kami anggapkan putih akan tetap segar di pandangan mata walaupun masa beralih 10 tahun lagi..Warna ini juga kami anggapkan bukan warna bermusim..


CONTOH PELAMIN BERKONSEPKAN PUTIH

Kami utamakan pemilihan serta padanan warna untuk menghasilkan sesebuah pelamin kerana inginkan singgahsana yang didirikan untuk setiap pelanggan kami akan tetap segar di mata walaupun musim berubah..
Bagi pelanggan yang memahami konsep yang kami cuba tonjolkan ini, pastinya koleksi pelamin RINS akan menjadi pilihan anda.

Jika pelanggan yang masih inginkan warna tema pilihan mereka ditonjolkan di pelamin , kami tidak akan menghampakan hasrat mereka..Cara kami adalah dengan mengkombinasikan warna putih dengan warna tema pada bunga-bunga, sedikit kain berwarna tema jika perlu, mengikut kesesuaian. Akan tetapi, kami masih mengekalkan ciri-ciri ‘fresh’ dan ‘evergreen’ pada setiap pelamin yang dihasilkan sesuai dengan konsep RINS ‘simple n nice’.

Tujuannya juga, kami ingin menonjolkan keserian pakaian pengantin yang digayakan semasa bersanding. Jadi, tidak timbul masalah baju pengantin sama dengan kain pelamin, apabila foto siap, gambar pengantin kurang menyerlah atau pandangan mata seolah pelamin terlalu sarat apabila kain, bunga, aksesori pelamin, bunga telur diolah dengan warna yang sama dengan warna pakaian pengantin.



**gambar dari kamera digital biasa
CONTOH PADANAN PELAMIN PUTIH DENGAN PAKAIAN PENGANTIN

Kebanyakan juga ahli keluarga pengantin akan mengenakan warna pakaian yang sama warna tema dengan warna pilihan pengantin. Jika dari sudut pandangan kami, sebolehnya alihkan sedikit warna untuk ahli keluarga mempelai kepada warna lebih lembut atau warna yang seakan-akan warna tema pakaian pengantin. Kami berpendapat sedemikian untuk memastikan terhasilnya sebuah memori penuh makna yang akan diabadikan dalam foto perkahwinan dengan pandangan yang jelas antara mempelai dengan ahli keluarga, segar sepanjang zaman, tidak berserabut dengan peranan banyak warna tema..


Sebelum ini, ada yang bertanyakan kepada kami mengapa semua pelamin berwarna putih seolah tiada warna lain..kenapa tak ada penggunaan kain-kain satin/berkilat untuk disesuaikan dengan hari pengantin mereka..Mana kain-kain berwarna seperti warna tema majlis..

Jadi, di sini kami ingin menjelaskan bahawa, kami telah memilih konsep 'simple n nice',
fresh n evergreen'..
Untuk menyesuaikan konsep tersebut dengan pelamin yang dihasilkan, kami kurang menggemari penggunaan fabrik untuk pelamin yang terdiri daripada kain satin atau sebarang kain jenis berkilat.
Tujuannya juga adalah untuk mengelakkan biasan warna apabila flash semasa sessi fotografi terutamanya jika sanak saudara/kenalan mempelai yang menggunakan kamera digital biasa..
Tidak semestinya penggunaan kain-kain berkilat itu akan menonjolkan majlis persandingan anda. Jika persiapan dibuat dengan teliti, penggunaan material pelamin juga berkualiti tinggi, maka hasilnya akan tetap menyerlahkan keserian raja dan ratu sehari serta majlis akan masih tidak kurang hebatnya..

Jadi, bagi mereka yang percayakan mutu kerja kami, InsyaAllah kami akan jadikan pelamin anda sebagai salah satu 'Pelamin Idola' untuk pelanggan-pelanggan seterusnya..Jika anda perhatikan betul-betul, kebanyakan pelamin RINS saling berkait rapat antara setiap gambar yang dipaparkan di fotopage ini.


**gambar dari kamera digital biasa..

Ini kerana setiap pelanggan yang berminat dengan rekabentuk pelamin kami, mereka akan meminta kami untuk jadikan pelamin mereka seperti yang telah dilihat sebelum ini dari koleksi kami. Cuma ada sedikit ubahsuai saja mengikut kesesuaian tempat/ruang, tujuan serta tema majlis.

Jika anda adalah salah satu pasangan yang sukakan konsep 'simple n nice', mahukan majlis kelihatan 'fresh n evergreen', jemput layari halaman-halaman yang seterusnya untuk info-info dan melihat gambar koleksi pelamin serta pakaian RINS..Semoga servis kami akan memenuhi keperluan hari bahagia anda..

-suzana abdullah, KL-
rinsbridal@hotmail.com
013-9400160
http://rinssuzana.blogspot.com/
Untuk senarai Pakej, jemput ke link ini: http://rinssuzana.fotopages.com/?entry=1397227
Antara Pakaian Pengantin Untuk Disewa : http://rinssuzana.fotopages.com/?entry=1400649
Antara Pakaian Pengantin Untuk Dijual : http://rinssuzana.fotopages.com/?entry=1396017
Contoh Pelamin Rins : http://rinssuzana.fotopages.com/?entry=1428504





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net