Want your
own Fotopage?






 
PAKEJ PERKAHWINAN 2012 | PAKEJ PERKAHWINAN 2013 | BUTIK PENGANTIN | PELAMIN | BAJU PENGANTIN | BUTIK

By: RINS SUZANA Kuilhamkan Untukmu

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 12-Feb-2008 18:40 Email | Share | Bookmark
Sekilas Critera RINS



..ramai palanggan yang bertanyakan tentang biodata RINS sebelum ini..kami ingatkan apalah sangat nak cerita tentang biodata sendiri di fotopage pengantin ni..Tapi rupanya ada yang nak berkenalan jugak ngn RINS ni, ada jugak yang baru nak mula bisnes tu nak minta kongsi takat pengalaman yang ada..kami pun baru lagi, cuma setakat yang boleh dikongsi, kami tak kisahla jika ia dapat membantu..Jadi, di kesempatan ini kami ceritakan biodata kami untuk tidak menghampakan pelanggan kami yang bertanya..

RINS adalah tercipta hasil paduan kasih antara kami suami isteri.. R-rudie I-iswadie N-norli S-suzana…

Kami sama-sama anak kelahiran dari Kota Bharu ,berumur 27 tahun..Kami adalah rakan sekelas sewaktu tingkatan 4 & 5 di SMK Dato’ Ahmad Maher, Kota Bharu dan seterusnya sama-sama berjaya melanjutkan pengajian ke UTM Skudai, Johor selama 4 tahun bermula pada 1998. Saya ditawarkan kursus dalam bidang Sains komputer, manakala suami saya dalam jurusan Pengurusan Perakaunan. Alhamdulillah, kami berjaya tamatkan pengajian dalam bidang masing2 dan grad bersama pada Julai 2002.Tak sampai setahun kemudian, atas restu keluarga kami mengambil keputusan utk menamatkan zaman bujang kami dalam usia baru nak mencecah 23 tahun.

Bermulanya perjalanan perniagaan RINS ini adalah hasil cetusan idea bersama kami suami isteri setelah saya beberapa kali gagal menerima beberapa tawaran kerja atas alasan saya adalah fresh graduate,belum cukup pengalaman, baru berkahwin..

Setelah rasa jemu dengan penantian tawaran bekerja tetap selama 1 tahun, kami mula mencari jalan alternatif untuk mencuba nasib dalam bidang perniagaan sementara mengisi masa yang terluang pada April 2004.Kami sama-sama memikirkan apakah perniagaan yang paling sesuai untuk kami ceburi bersama. Atas nasihat suami, dia telah mendorong agar saya lakukan apa yang saya minat, suka dan cenderung, bukan mengikut trend masa itu atau terikut dengan apa orang buat.

Waktu itu, saya teringat semasa saya masih belajar di UTM dulu, boleh dikatakan setiap hujung minggu saya akan meluangkan masa untuk ke pasaraya atau butik pakaian wanita..saya amat cenderung untuk melihat apa koleksi terbaru,membuat penilaian pada fesyen-fesyen pakaian dan kadang-kadang saya rasa ingin mengolah fesyen tersebut untuk disesuaikan kepada sesuatu majlis..saya sukakan pakaian yang cantik,hiasan serta kemasan pada wanita juga dekorasi ruang.

Memandangkan kami saling mengenali selama lebih 7 tahun sebelum berkahwin, maka suami saya faham terhadap apa yang ada di fikiran dan naluri kehendak saya..saya sebenarnya kurang berminat dengan kerja-kerja pejabat yang menuntut saya bekerja di bawah peraturan tertentu..Saya sukakan kebebasan saya berfikir tentang apa yang saya minat dan apa yang saya suka..Saya tidak pernah rasa penat atau jemu untuk memikirkan sesuatu yang baru terhadap apa yang saya minat..

Selepas grad, saya telah menjawat beberapa jawatan namun setiap kali mula bekerja, hati saya tidak sebegitu girang..setiap pagi isnin, saya akan teringatkan petang jumaat, tiap kul 8 pagi, saya nakkan jam 5 petang..Alangkah seronoknya hujung minggu saya dapat ke tempat2 yang saya suka untuk melihat apa yang saya minat…itulah yang ada dalam fikiran bersilih ganti.

Saya mula rasa bersalah kerana saya seolah tidak berminat untuk bekerja pejabat.Walaupun saya tidak pernah menimbulkan sebarang masalah terhadap tugasan yang saya hasilkan, tapi dalam hati seperti memberontak kerana saya tidak mendapat peluang untuk lakukan apa yang saya inginkan…bagi saya apalah nilainya kerja saya jika saya lakukan tanpa keikhlasan yang sepenuhnya terhadap tanggungjawab kerja. Saya mula rasa saya lebih memerlukan kepuasan diri berbanding wang gaji bulanan untuk menyara keperluan hidup.

Sejak saya berhenti bekerja sementara menanti tawaran kerja yang lain,saya sering dibayangi rasa malu, sedih, terkilan juga dengan nasib saya..Sesekali terfikir kenapa terlalu payah bagi saya untuk mendapatkan pekerjaan sedangkan rakan-rakan yang lain begitu mudah..adakah kerana ini bukan lagi laluan yang betul utk saya lalui.mungkin juga ada jalan lain yang tidak sama dengan mereka..Sehinggakan sampai 1 tahap saya berasa tidak mahu menemui rakan2 kerana saya tidak ada topik perbualan kerja untuk disembangkan bersama..Mereka sentiasa bercakap tentang kerja, gaji..Tapi saya hanya mampu tersenyum mendengarkan cerita-cerita mereka. Dari tahun setahun, gaji mereka semakin naik, hujung tahun dapat bonus.Tapi saya hanya menanti..Sampai bila?? Kerana itu, saya harus memikirkan haluan hidup sendiri, dan jika perlu saya perlu corakkan sendiri..

Mujurlah berbekalkan ilmu yang ada, saya menjadi seorang yang lebih matang untuk berfikir secara positif.Apa yang bukan untuk saya, saya redha seadanya, apa yang belum saya temui, saya cari sehingga penghujungnya...Akhirnya saya dapat apa yang saya cari sekian lama.

Keputusan saya untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan pada 2004 dengan umur yang agak muda 24 tahun membuatkan saya menerima tentangan daripada keluarga.Walaupun saya tahu hasrat orang tua untuk melihat putri bongsunya berjaya seperti yang dicitakan, tapi saya terpaksa melangkah juga untuk mencari tapak hidup.. saya ingin mencari apa yang belum saya ketemui lagi sebelum ini.

Sebelum memilih perniagaan yang sesuai, kami ada menyediakan beberapa list peniagaan yang kami rasa boleh dimajukan..antaranya chalet, pusat tuisyen dan butik pengantin. Namun setelah mengambilkira kecenderungan saya lebih kepada fesyen dan dekorasi, kami sepakat untuk memilih perniagaan pengantin sebagai haluan hidup saya…

Keyakinan diri dibina untuk mendapat kekuatan bekalan sepanjang perjalanan..Suami menjadi tunjang utama..Walaupun begitu payah setiap masa yang datang, saya sentiasa ingatkan diri sendiri agar selalu tabah dalam tempoh percubaan 2 tahun yang pertama..saya berpendapat, jika saya berjaya lalui tempoh tersebut, saya akan berjaya untuk masa yang seterusnya..

Kerana umur yang masih muda, saya masih kekurangan modal untuk memulakan perniagaan. Jauh sekali untuk melayakkan saya membuat sebarang pinjaman bank..
Atas cadangan suami, dia mencadangkan agar saya menggunakan sedikit wang hantaran semasa perkahwinan kami untuk dijadikan modal perniagaan..Pada mulanya saya tidak sanggup memandangkan itu adalah hadiah suami kepada saya.Perniagaan kami pun belum tentu apa jadinya nanti..Tapi, setelah diteliti semula, keyakinan dibina bersama, saya teruskan idea itu..Kakanda kesayangan juga ada memberi sedikit sokongan modal kepada saya ketika itu.

Modal permulaan kami keluarkan sebanyak RM7000..dengan adanya bekalan duit tersebut, kami menyediakan barang-barang yang dirasakan patut.Namun, betullah apa orang kata..Jangan takut jika tersalah, kerana kita akan belajar dari kesalahan tersebut..Tanpa pengalaman, kami tidak memahami apa sebenarnya keperluan dan kehendak semasa..Benar saya selalu mengikuti trend semasa, tapi pengamatan, penglihatan saja belum cukup jika tanpa adanya pengalaman yang kita lalui sendiri.

Maka dari situ saya mula belajar..Saya langsung tidak terkilan atas kerugian hampir RM7000 modal permulaaan itu..Bagi saya, selangkah saya menjejakkan kaki dalam bidang perniagaan ini, seribu langkah saya harus persiapkan diri untuk menanggung sebarang risiko kerugian..Apatah lagi dalam umur perniagaan yang baru setahun jagung..Malah saya rasa beruntung kerana saya sedari kesilapan seawal lagi sebelum saya terus melangkah jauh dengan kesilapan tafsiran saya terhadap dunia perniagaan pengantin ini..

Sejak itu, baru saya tahu, jika modal yang sedikit pun tak akan menjadi masalah untuk kita mencari ruang rezeki perniagaan sendiri..Cuma yang paling penting kena ada Minat, Semangat, Fokus….Bila minat, kita akan selalu ada idea baru untuk pertingkatkan servis,bila ada semangat, kita takkan rasa penat, dan juga bila kita fokus, insyaAllah matlamat utama akan tercapai juga walau banyak rintangan yang terpaksa dilalui dahulu…

Dari situlah saya belajar lagi…Tiada siapa yang ingin membantu kita melainkan kita lah yang harus selalu mencari jalan untuk terus menjejaki jalan kejayaan..Dari apartment biasa, kami terpaksa berhijrah ke apartmen jenis lot kedai…Dengan hasrat dan tujuan untuk memudahkan pelanggan mengenali servis kami.. Kerana tidak mampu untuk menawarkan servis lengkap ketika itu, kami fokuskan kepada servis sewa pakaian pengantin sahaja..
Kami letakkan diri kami sabagai pengantin, jadi apa yang kami fikirkan perkara utama yang mereka perlukan adalah khidmat sewa pakaian yang cantik tetapi berpatutan..

Dari situ, kami berusaha untuk menyediakan pakaian yang memenuhi keperluan pelanggan..Berkat usaha, secara beransur-ansur kami mula pertingkatkan mutu pakaian yang ditawarkan kepada pelanggan. Sejak itu, kami mendapat tempat di hati kenalan yang pada ketika itu ramai yang baru ingin mendirikan rumahtangga.Kami menawarkan harga promosi semata-mata ingin menghargai peluang yang diberikan..Dari 1 kepercayaan, beralih kepada 1 kepercayaan, dari mulut ke mulut nama RINS mula meniti di bibir pelanggan..

Bulan berganti bulan, tahun bersilih tahun..Kami berhijrah lagi ke Taman Segambut pula pada 2006..Penghijrahan kami ini rupanya ada 1 hikmah tersembunyi yang baru kami sedari..
Setiap kepayahan dulu mula terbayar sejak kami ke tempat baru..Selama hampir 4 tahun usia perkahwinan kami, akhirnya kami dikurniakan seorang puteri yang diberi nama Khalisya Afrina..Kini, dia sudah berusia 9 bulan.Saat kehadirannya adalah detik yang amat bermakna bagi kami..Sejak diberitakan bahawa saya akan menimang cahaya mata, terasa begitu AgungNya Yang Maha Esa kerana sejak itu, perniagaan kami semakin mendapat tempat di hati pelanggan. Setiap terciptanya umatNya ke dunia, akan dikirimkan rezeki kepadanya untuk marasai hidup di duniaNya..

Kami melalui hari-hari sepanjang tempoh menantikan kelahiran orang baru dengan penuh kegembiraan. Sehinggakan selepas saja selesai pantang 40 hari, saya mula meneruskan karier saya seperti sebelum ini…Sejak itu, saya merasakan kehadiran bayi kami sungguh bermakna kepada kami dan perniagaan kami ini..Saya membuat keputusan untuk menjaga bayi kami sendiri sambil menguruskan perniagaan ini..Banyak perkara baru, idea-idea yang kami ‘kongsikan’ bersama Baby Rin untuk mempertingkatkan mutu servis yang ditawarkan kepada pelanggan..Mungkin anda rasa seolah tidak percaya kan?? Tapi, percayalah..ini kenyataan yang telah kami rasakan..

Sejak dikurniakan Baby Rin, servis kami semakin mendapat tempat di hati pelanggan..Dan sekarang, seolah satu keajaiban terasa bila keluarga terutamanya orang tua saya mula memberi suntikan semangat yang tidak pernah luntur kepada kami untuk terus majukan perniagaan ini…Inilah berkat kesungguhan diri hampir 4 tahun yang lalu…Bila merenung jauh ke belakang, saya mula tersenyum mengenangkan kisah yang dulu bermulanya saya sebagai yang amat kerdil dalam perniagaan pengantin ini..Sesekali tertitis airmata kegembiraan, tanda kesyukuran yang tidak terhingga atas perjalanan hidup ini yang penuh dugaan namun ada bahagiannya juga masing-masing yang telah tertulis..Tiba2 teringat dulu saya pernah berkata pada diri sendiri selepas saja keluar dari bilik temuduga LHDN pada Jun 2006 yang lalu…

“ini adalah temudugaku yang terakhir…jika aku berjaya, bermakna di LHDN la rezekiku bernoktah..aku terpaksa berhenti berniaga.Tapi, jika aku gagal, bermakna aku tidak dapat tunaikan permintaan orang tua ku untuk melihat aku bekerja makan gaji,jadi pegawai, sebaliknya terimalah aku seadanya sebagai seorang yang akan mencuba nasib berniaga..”

…dan saat ini saya telah yakin dengan keputusan itu adalah tepat untuk saya jadikan laluan hidup saya bersama suami dan baby rin…
Kepada orang tua, ahli keluarga, sanak saudara dan rakan-rakan yang telah memberi peluang dan kepercayaan kepada kami selama ini, sejuta penghargaan kami utuskan..Juga kepada pelanggan yang telah menggunakan khidmat kami sepanjang bermula pada 2004 sehingga sekarang yang bakal melangsungkan perkahwinan, kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan berbanyak terima kasih di atas kepercayaan yang diberikan..
InsyaAllah dengan berbekalkan minat yang ada ini, kami menjanjikan hidangan yang terbaik untuk semua yang sudi bersama RINS.Andalah tulang belakang kami untuk terus tingkatkan mutu perkhidmatan serta sentuhan setiap dari koleksi kami..Semoga anda berpuas hati..Jemput layari laman-laman yang seterusnya…


-suzana abdullah, KL-

Layari http://blog.rinssuzana.com untuk info terkini tentang Rins Suzana
atau
http://www.rinssuzana.com untuk Pakej Perkahwinan kami..

huhuhu.sedey perjalanan hidup kak....tp org kata..biler kiter bersusah untuk senang itu lg bermakna n akan sentiaser mengingatkan kiter dr maner kiter berpijak n insyallah tidak lupa diri.......hope...RINS akan terus maju bukan untuk beberaper tahun lg but untuk selama-lamanya..... Wed 13-Feb-2008 05:34
Posted by:ckin
laaa..sedih ke??akak cter ni sbb ada yang bertanya ttg biodata RINS n camne bermulanya bisnes ni bg yg baru nak mula bisnes pengantin..so nak share2 la ngn peminat setia RINS ni.. Wed 13-Feb-2008 11:34
Posted by:suzana  - [Link]
ly,ur xperience can motivate othrs 2 do de same thing..both of u r realy lucky 2 hv each othr..all d best in ur life n biz
Thu 14-Feb-2008 07:44
Posted by:mimi
thanks.. Thu 14-Feb-2008 17:59
Posted by:suzana  - [Link]
hai kak sue ,

TQ sebab sudi kongsi cerita... Suprise sangat sebab umur kak sue baru 27... n lebih suprise lagi sebab kak sue dari UTM, Skudai... Anna pun graduate dari sana... kalau tak keberatan, kak sue ambik bidang aper kat UTM?? Anna budak FSKSM, budak IT dalam software enggineering.... hehehe!! nie yang membuatkan anna tak sabar nak bersua muka ngan kak sue... bukan aper, terjumpa senior sendiri.. entah2 kenal muka, tapi tak pernah bertegur sapa... oklah kak sue, nnt2 ader rezeki, kita jumpa...

"Jika kita memiliki sesuatu yang berharga sekarang, hargailah ia.. Andai ia pergi tanpa kembali.. Barulah kita menyesali dan kita ketahui ia bukan milik kita lagi..."

-salam sayang dari anna -
Fri 15-Feb-2008 03:02
Posted by:shanna
ooo yer ke??akak pun dari FSKSM..amik course computer science majoring software engineering gak..dl buat tesis under sape yer?abang dolah ada lagi tak kt ctu??anna grad tahun bila?akak masuk x silap mei 1998, grad julai 2002. Fri 15-Feb-2008 04:09
Posted by:suzana  - [Link]
wah.. wat a small world.. i pun fsksm 1999.. your junior lah jugak... heheheh.... Fri 15-Feb-2008 05:37
Posted by:shaza
laa..kt fakulti kita xsempat kenal, maklumla bdk2 cmptr science ni kan telalu ramai..skrg baru kenal sbb dh nk kawin..shaza ni 1 batch ngn twins pmpuan yg suka pakai semua benda yg sama tu err?dari fesyen rambut getah rambut, baju, , beg,kasut semua sama..rasa cam tgk cermin je.. Fri 15-Feb-2008 07:38
Posted by:suzana  - [Link]
hehehe!!! tak sangka fakulti sama, course pun sama.. anna batch junior lagi rasanyer.. masuk intake nov 2003 n graduate jun 2006, tuh pun kalau tak silap.. dah lupa... lama sangat dah... hahah!!! anna masuk masa tuh intake degree dari budak dip... masa anna, abg dollah ader lagi... anna buat tesis under Prof. Manan... . kenal Syukri (budak bisu) kat fakulti kita??? anna geng gak ngan dia... Fri 15-Feb-2008 10:38
Posted by:shanna
haah... memang pun satu kolej n satu batch ngan si kembar tuh.. hehehehe....
can't wait to see you.. insya allah nanti i berkinjung ke umah you lagik with my fiance to see your collection..
Sat 16-Feb-2008 12:56
Posted by:shaza
kalo msk 2003 xsmpat la..akak dh grad julai 2002.so rasanya xkenal kot syukri..akak buat tesis under Dr Safaai..Sure kenal gak ngn lecturer Abdullah Bade kan..Akak kamceng gak ngn dia.slalu gak dia dtg rumah akak bila sampai kl....perasan x butik pengantin emma pesona??dia pun bdk fsksm gak.
Tue 19-Feb-2008 14:58
Posted by:suzana  - [Link]
pjgnye ceritera akak..
oo rins tu gabungan nama akak ngan husband..
kt igtkan nama nickname akak..ehehe..
xpe ke kt call kak rins lg ??
Thu 21-Feb-2008 14:39
Posted by:akiratakshi
oh... yer ker ?? tak sangka kak emma tuh pun budak IT gak.. kreatifnya budak2 IT yer... dari godeh komputer, terjebak ke dunia perniagaan.. syabas akak2 senior ku.....tak sabar nak jumpa akak... nnt kita set date k... Dr Safaai tuh kawan anna nyer father in law... anak dia kawen ngan geng kamceng anna... dah nak bersalin dah kawan anna tuh... so, harap2 kita keep in touch....
Fri 22-Feb-2008 09:12
Posted by:shanna
bakal suami saya pernah mengajar di sekolah ahmad maher tu...kami bercadang nak kahwen tahun 2011 nnt...kami masih menuntut di IPTA, saya di USM dan bakal suami di UPSI....harap...pertemuan kita hingga selamanya... Sun 9-Nov-2008 15:34
Posted by:nor azlin
Azlin,
oo..mcm tu..kami student Ahmad Maher tahun 1993 - 1997..kami ucapkan jodoh azlin berpanjangan nanti..
Mon 10-Nov-2008 01:20
Posted by:Rudy@RiNS  - [Link]
assalamualaikum..
kak sue..saya dya ingin sekali meminta tunjuk ajar kak sue tentang bagaimana cara cara untuk memulakan perniagaan butik pengantin,tentang kertas kerjanya...harap kak sue sudi memberi tunjuk ajar dan berkongsi pengalaman dengan saya.apapun tahniah atas kejayaan kak sue dan suami dalam bidang ini.
Thu 30-Apr-2009 01:24
Posted by:rodziah binti embong
saya begitu teruja dgn cerita akak tue...saya sebernanya mahu cr pegalaman org yang baru berniaga dlm bidang adaman ini.sebab saya skrg tgh megumpul maklumat ttnya. Wed 7-Oct-2009 07:07
Posted by:nurul
hai kak sedih juga baca kisah akak tp apa2 pun tahniah atas kerjayaan dan usaha akak....... Tue 8-Dec-2009 02:07
Posted by:azzu
SALAM...
menitis air mata saya tika menatap satu persatu biodata dan pengalaman kakak dalm memulakan perniagaan. saya graduan dari ukm...husband saya seorang peniaga runcit kecil2n..pendapatan tk seberapa..cukup2 untuk hidup kami berdua...walupun begitu dia seorang yg sgt bersungguh2 untuk memajukn perniagaannya.

melihat kesungguhan dan kesabarannya membuatkan saya begitu berminat untuk menceburi bidang perniagaan...seperti akak, say juga mempunyai minat terhadp bidang fesyen dan pakain pengantin..mungkin saya suka melihat sesuatu yang cantik dan indah..

namun saya telah banyak berfikir..dengan hanya berbekalkan minat, sedangkan tiada pengalamn, tidak ada modal dan tidak tahu cara..bagaimana saya hendak melangkah dan terjun dalam bidang ini?

yg pastinya, kisah saya seperti akak,mak saya sangat menentang keras apa saja pekerjaan selain dari bekerja kerajaan dan makan gaji. maklumlah saya anak bongsu dari tiga berdik,,dan hanya saya yang berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti serta cemerlang dalam akademik. abg dan kakak tidak berpeluang berbuat demikian kerna mak tak mmpu menyara pengajian kami semua ketika itu.

mak sgt mementingkan ilmu dunia n akhirat buat kami adik beradik walaupun terpaksa bertungkus lumus demi anak2 selepas kematian ayah. mak pernah kata, dia takkan mendoakan kejayaan saya selain doakan saya dapat kerja kerajaan dan makan gaji.

seperti akak, saya pernah ada pengalaman kerja dan kadang2 keikhlasan tu tkder krn sy cuba mencari kepuasan dalm diri saya...saya tidak suka bekerja makan gaji, memikirkan hari isnin dan berakhirnya jumaat...dipejabat saya sering membilang jam start dari 8 pg shg 5 ptg..ini benar2 suatu penyeksaan. dalam kepala saya hanya memikirkan bagaimana cara saya memulakan perniagaan yang mana sayalah bos, sayalah kuli dan sayalah pemilik...

saya tak tahulah..adakah impian ni hanya sekadar angan2 atau bakal menjadi rezeki dari Allah. saya akan mencuba tapi saya tidak tahu caranya. atau mungkinkah saya perlu menunggu bagai menanti buah yang tidak gugur..entahlah kak. harap2 akak boleh tolong bagi suntikan semangat pada saya. mendengarkan kisah akak seperti mencerikan satu persatu kisah hidup saya.

tapi yang bezanya, akak telah berada dipuncak kejayaan sedangkan saya merangkak pun belum mampu..sekadar merenung sahaja..bantulah saya sekadar akak mampu..walau hanya sepatah kata. kadang2 sedih sangat melihat suami bertungkus lumus seorang diri bekerja menguruskan kedai runcitnya itu...duit pun cukup2 buat byar gaji seorang pekerja, sewa bulanan kedai, bil apai dan air...kami nak beli motor buruk pun tak mampu kak..

dah puas saya menangis mengenangkan nasib kami, melihat pada adik beradik suami semuanya berkerjaya hebat2 dan kaya raya..rumah banglo, pakai kereta mewah2..sedangkan kami? jangankan menghulur bantuan..jenguk pun jarang2. mungkin kerana kami miskin. yang buat hati saya tersentuh, suami tidak pernah menyalahkan sesiapa terhadap apa yang dia alami sekarang. katanya, semua ni Allah nak didik dirinya menjadi manusia yang tahu bersyukur dan memikirkan keadaan org yg lbh susah. kami redha shj kak dengan hidup begini. cuma saya selelu berdoa mudah2an akhirnya kami diberi kekuatan dan jalan keluar demi mendapatkan sinar yang lebih baik dari hari ni..baik dari segi material, iman dan juga amal..

terima kasih atas perhatian akak...
Tue 5-Jan-2010 06:35
Posted by:Raihanadaniah
pengalaman dengan perbagai dugaan n cabaran..tapi berkat usaha akak n suami akahirnya terhasil..tahniah..ia membuatkan saya inspirasi dan semangat pada diri: Thu 23-Dec-2010 14:45
Posted by:fatin zawanah binti othman
Assalam.sis..sis mula perniagaan ni sis ambl baju pengantin dr mn? Thu 16-Feb-2012 14:11
Posted by:Mini
说道:ppte5ˆ†e4baabefbcše5a6‚e4bd•e6ž„e6žb6e5’Œe7aea1e790†e4b8aae4babae7š„e7Ÿa5e8af†e4bd“e7b3bb e59d8fe4babaefbcŒ I was suggested this webtsie by my cousin. I am not sure whether this post is written by him as nobody else know such detailed about my problem. You are wonderful! Thanks! your article about ppte5ˆ†e4baabefbcše5a6‚e4bd•e6ž„e6žb6e5’Œe7aea1e790†e4b8aae4babae7š„e7Ÿa5e8af†e4bd“e7b3bb e59d8fe4babaefbcŒ Best Regards Agata Rolf Wed 2-May-2012 00:10
Posted by:Mahendra
JpWThA <a href="http://dlztgkyvjidh.com/">dlztgkyvjidh</a> Wed 2-May-2012 08:37
Posted by:vrxilhmufhy
4B8gR3 , [url=http://hgpolowyxzev.com/]hgpolowyxzev[/url], [link=http://yibfkkzjjvdj.com/]yibfkkzjjvdj[/link], http://mcaewfqhdwts.com/ Thu 3-May-2012 07:11
Posted by:orsvsjccg
dwcXFC <a href="http://bmebjwwjwizt.com/">bmebjwwjwizt</a> Fri 4-May-2012 07:15
Posted by:skwtuqviza
jhj5Nd , [url=http://genfmswgumbr.com/]genfmswgumbr[/url], [link=http://ljmuvrtdxukt.com/]ljmuvrtdxukt[/link], http://wmtdvvqzdwbt.com/ Fri 4-May-2012 11:33
Posted by:ewyckdwnux


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

web02.fp.pidgintech.com