Want your
own Fotopage?






 
PAKEJ PERKAHWINAN 2012 | PAKEJ PERKAHWINAN 2013 | BUTIK PENGANTIN | PELAMIN | BAJU PENGANTIN | BUTIK

By: RINS SUZANA Kuilhamkan Untukmu

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 27-Jun-2008 03:53 Email | Share | Bookmark
MAJLIS PERSANDINGAN FAUZANA & IRWAN

 
 
 
 











Pakaian, Pelamin & Solekan : RINS
Foto : Laskar Chenta
Tarikh Majlis : 22 JUN 2008
Tempat : WISMA SEJARAH, Jalan Tun Razak, KL.

Sebalik tabir..
..imbas semula kisah persiapan majlis fauzana ni utk dikongsi bersama pelawat laman rins ini..
pertama kali RINS telah dihubungi oleh ibu fauzana utk setkan temujanji pertama. Fau balik ke KL
pada hari yg dijanjikan utk membincangkan tentang pakej perkahwinan beliau.
Pada masa tu, baju tempahan khas dari Siti Norhuda baru jer siap..baju yg ala erra tu..Baju tu tgh top pada masa fau dtg. So, utk kenakan dgn tema majlis, fau membuat tempahan khas patern spt tu tp warna putih silver sj.
Manakala pelamin yang dipilih adalah 'pelamin baya' tanpa pentas sbb katanya ruang pelamin kt dewan tu amat terhad.warna tema adalah warna2 krismas-padanan merah,putih,hijau.
Fau mahukan basic patern pelamin spt 'pelamin baya' tapi menggunakan bunga2 ros merah putih.
order diterima,booking pun terus dibayar.

Antara semua pelanggan kami, pertemuan dan perbincangan bersama Fau yg paling simple, ringkas dan melibatkn 1 kali pertemuan utk bncg, 1x utk fitting dan 1x beliau datang utk tmbahan tempahan pakaian dan makeup bg outdoor shooting..Kami tidak sempat utk beramah dengan lebih mesra memandangkan masa Fau terlalu terhad di KL..pasangan ni di Singapura, kami pulak di KL.
Sedikit kerisiauan dr pihak kami keraa kami diminta utk berbincang dengan wakil beliau sj iaitu ibu Fau sekiranya ada apa yang perlu dibincangkan.

Setiap kepercayaan yg diberi oleh pelanggan tdk kami siakan..Kami merasakan inilah tanggungjawab besar kami utk memastikan kelancaran setiap apa yg beliau harapkan terbaik dari kami....
Hari yang ditunggu menjelang tiba..2hari sebelum majlis, kami membuat perbincangan tentang plan dekorasi 4 pelamin di 4 lokasi berbeza yang bakal dilangsungkan pada 21, 22 JUN termasuklah majlis Fau ini..

Kebetulan kami sedang dalam perancangan utk memperkenalkan 1 dekorasi pelamin terbaru.Biasanya kami akan memilih salah 1 majlis pelanggan utk ditawarkn koleksi terbaru berdasarkn apa yg kami rasakn sesuai bg mjlis mereka jika dipadankan dengan deco terbaru.
Antara 4 majlis tersebut, kami merasakan tema merah putih hijau adalah yg paling sesuai utk kami perkenalkan koleksi terbaru RINS di majlis Fau. Kebetulan, pakaian Fau & Irwan adalah putih silver.

Bila mendapat kata sepakat, saya menghubungi ibu fau utk meminta keizinan menukar deco pelamin kepada koleksi terbaru..Pada mulanya sukar utk saya meyakinkan beliau sebab mengapa saya meminta keizinan utk menukar dekorasi pada saat akhir..Saya faham, mungkin pihak beliau risau dan takut saya xdapat hasilkan sesuatu yang terbaik utk majlis keesokan harinya..contoh gambar yg diminta pun saya x dapat sediakn memandangkn ini adalah percubaan pertama kami utk design ini.
Kami menjanjikan 1 kelainan dan yang terbaru dengan jaminan tanpa tambahan bayaran dari apa yang kami tawarkan semasa hari pertama perbincangan..

Tapi, kami cukup bertuah kerana akhirnya mereka sepakat utk memberi peluang kpd kami..Peluang keemasan ini tdk kami siakn..kali ini, saya dan suami sndiri yg membuat sentuhn pd pelamin Fau.
Proses pemasangan pelamin ini bermula kira2 7.45 pagi sebelum majlis bermula 12 tghari. Alhamdulillah semua berjalan lancar spt yg dirancangkn, siap dipasang sepenuhnya pada 9.30 pagi..

Kami berdua merasakan satu kepuasan yang sukar digambarkan kerana telah mendapat peluang mempamerkan koleksi terbaru RINS di majlis Fauzan & Irwan ini..Semoga pasangan mempelai RINS berpuas hati dengan apa yang kami sediakan.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net