Want your
own Fotopage?






 
PAKEJ PERKAHWINAN 2012 | PAKEJ PERKAHWINAN 2013 | BUTIK PENGANTIN | PELAMIN | BAJU PENGANTIN | BUTIK

By: RINS SUZANA Kuilhamkan Untukmu

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 12-Oct-2008 14:25 Email | Share | Bookmark
TERBARU DARI RiNS








Tarikh : 11 Oktober 2008
Lokasi : Tasik Sri Rampai, KL
Pengantin : Qhadijah & Akram

Setinggi penghargaan dari RiNS buat pasangan mempelai Qhadijah dan Akram di atas kepercayaan yang diberikan kepada kami dalam membuat persiapan majlis mereka pada pagi 11 Oktober 2008 bertempat di Tasik Sri Rampai,KL.

Bermula dari perbincangan awal sehinggalah selesai, pasangan ini cukup sporting dan banyak memberi peluang kepada kami untuk menyumbangkan idea dalam persiapan pakaian dan dekorasi pelamin.

Apa yang menarik tentang persiapan majlis mereka ialah pada permulaannya mereka membuat tempahan pelamin ‘Tabung Haji-Murni’ kerana inginkan konsep simple garden wedding. Namun pada saat akhir persiapan, kami telah menawarkan kepada pasangan ini untuk memperkenalkan koleksi terbaru dekorasi pelamin RiNS di majlis mereka tetapi masih mengekalkan konsep simple, fresh dengan penggunaan warna offwhite.
Walaupun tidak mendapat gambaran yang jelas tentang macammana pelamin baru tersebut, namun kami merasa amat bertuah kerana masih diberi peluang dan kepercayaan. Sebagai tanda setinggi penghargaan dari kami, RiNS menawarkan pelamin koleksi terbaru ini dengan harga yang sama dengan perjanjian semasa tempahan dibuat walaupun banyak material dekorasi baru yang kami sediakan.
Walaupun ada sedikit kerumitan memandangkan ini adalah pertama kali menggunakan set ini, namun kami merasa gembira dapat bekerjasama dalam satu team kerja RiNS untuk mempersembahkan sebuah pelamin ringkas berkonsepkan garden wedding kepada pasangan mempelai yang cukup menyenangkan kami. Kami sedaya upaya menyiapkan dekorasi pelamin tersebut sebaik mungkin selama lebih kurang 2 jam bermula 8pagi dan berakhir dalam 10.15pagi pada hari majlis mereka.

Satu kepuasan dari pihak kami bila dapat menyiapkan sebuah lagi pelamin terbaru RiNS. Walaupun ada sedikit kerisauan jikalau pasangan pengantin kurang berpuas hati dengan ‘persembahan’ kami ini memandangkan mereka langsung tidak melihat apa-apa sample dekorasi pelamin ini, juga tidak ada bersama kami semasa pemasangan pelamin dibuat kerana pada masa yang sama upacara akad nikah sedang dilangsungkan. Diharap apa yang kami hasilkan kali ini akan memberi lebih kepuasan kepada mereka dan juga kepada bakal-bakal pengantin yang bakal melangsungkan majlis perkahwinan berkonsepkan dekorasi ringkas dan relaks dengan menggunakan bunga-bunga artificial yang berkualiti tinggi.


Utk pertanyaan & tempahan, sila hubungi:
013-9400160 (suzana abdullah)
aidanur.rins@gmail.com / rinsbridal@hotmail.com
YM ID : rinsbridal80@yahoo.com
website: http://www.rinssuzana.com/
Senarai Pakej : http://rinssuzana.fotopages.com/?entry=1397227
Pakaian Pengantin Untuk Disewa : http://rinssuzana.fotopages.com/?entry=1400649
Pelamin Rins : http://rinssuzana.fotopages.com/?entry=1428504
Pakaian Pengantin Untuk Dijual : http://rinssuzana.fotopages.com/?entry=1396017


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net