PAKEJ PERKAHWINAN 2012 | PAKEJ PERKAHWINAN 2013 | BUTIK PENGANTIN | PELAMIN | BAJU PENGANTIN | BUTIK

By: RINS SUZANA Kuilhamkan Untukmu

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 6-Aug-2008 16:03 Email | Share | Bookmark
KOSMO! ISNIN 21 JULAI 2008




ELEMEN INGGERIS MODEN

Selain sulaman, butiran manik
dan aksesori tambahan
turut menjadi pilihan dalam
rekaan busana pengantin kini.

Oleh IZYAN LIYANA MOHD DARIF
izyanliyana.mdarif@kosmo .com.my

Busana dan aksesori pilihan mampu menaikkan seri ketika bergelar raja sehari. Menyarungkan persalinan indah yang dihiasi dengan kelopak bunga atau cucuk sanggul di kepala pasti menyerlahkan keanggunan si pengantin.

Atas faktor tersebut, pengusaha butik pengantin ialah antara pihak yang paling sibuk menyiapkan baju, barangan hantaran dan pwlamin. Persiapan itu pula perlu dibuat dengan teliti supaya bersesuaian dengan tema hari bersejarah berkenaan.

“Bukan semua pakaian dan rekaan dapat memenuhi citarasa pelanggan,” tutur pengurus koleksi Butik RiNS, Norli Suzana Abdullah.

Pada tahun 2008, kebanyakan himpunan busanaa dan pelamin RiNS adalah mengikut citarasa dan rekaan para pelanggan sendiri.

“Lagipun, masyarakat kini terutamanya golongan wanita mempunyai ilham rekaan yang mereka ingini seperti fabrik, warna tema dan aksesori tambahan pada busana,” jelasnya ketika ditemui di butiknya di Kuala Lumpur.

Suzana yang sudah dua tahun mengendalikan butik RiNS, menjelaskan kaum wanita sekarang gemar menempah baju kurung moden untuk digayakan pada majlis pertunangan atau akad nikah.

Warna-warna busana pula lebih kepada rona lembut seperti warna merah jambu, krim, putih dan ungu berbanding tahun lepas yang banyak menggunakan warna emas dan coklat.

Menyentuh warna busana pada hari persandingan pula, Suzana memberitahu gabungan warna putih dengan kealbut serta krim dan pic menjadi pilihan. Malah para pelanggan RiNS juga gemar menggabungkan rekaan tradisional dan klasik bersama Inggeris moden.

“Seperti baju ini, walaupun rekaan asasnya berpotongan kebaya labuh, saya menampilkan keistimewaan dengan meletakkan renda dan butang bulat putih di bahagian leher dan pergelangan tangan,” terang wanita ini.

Bagi memenuhi kehendak pelanggan, Suzana turut menggunakan khidmat pereka dan tukang jahit berpengalaman, kreatif dan profesional, terutama yang mahir dalam seni jahitan manik.

Katanya lagi, para pelanggan gemarkan butiran manik yang dijahit tangan berbanding membeli fabric yang sudah siap dipasang manik. Ini kerana warna dan corak manik yang terdapat pada fabrik adalah terhad, manakala manik jahitan tangan boleh menggunakan manik dalam pelbagai warna dan corak.

Tambah Suzana: “Menyentuh soal manik, bakal pengantin perempuan suka mengenakan dua atau tiga warna manik yang berbeza. Kadangkala manik itu ingin ditampilkan di bahagian depan baju dan ada juga yang dijahit di bahagian tepi kain atau lengan tangan.”

Sebelum menghasilkan busana pengantin yang cantik, Suzana akan memilih fabrik dan memadankan warna terlebih dahulu. Proses ini penting bagi mendapatkan hasil pakaian yang anggun dan bermutu.

Setiap warna dan rekaan juga diolah mengikut kesesuaian gaya dan trend masa kini. Tempahan perlu dilakukan tiga bulan sebelum majlis perkahwinan.


KOSMO! ISNIN 21 JULAI 2008
Sekalung penghargaan diucapkan kepada Wartawan KOSMO Izyan Liayna Mohd Darif, Jurugambar KOSMO Abdul Nazir Mohamed, Khalid dari CiNTADANMEREKA dan Model Intan Zulaikha.
[size=9]Utk pertanyaan & tempahan, sila hubungi:
013-9400160 (suzana abdullah)
rinsbridal@hotmail.com / aidanur.rins@gmail.com
YM ID : rinsbridal80@yahoo.com
website: http://www.rinssuzana.com/



berita penuh : http://kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0413&pub=Kosmo&sec=Stailo&pg=st_05.htm


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net