Want your
own Fotopage?






 
PAKEJ PERKAHWINAN 2012 | PAKEJ PERKAHWINAN 2013 | BUTIK PENGANTIN | PELAMIN | BAJU PENGANTIN | BUTIK

By: RINS SUZANA Kuilhamkan Untukmu

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 10-Aug-2009 08:27 Email | Share | Bookmark
TAJAAN PELAMIN DAN DEKORASI PENTAS UTAMA MID VALLEY

 
 
 
 
 
 
 



Atas peluang dan kepercayaan dari pihak URBAN VIBE EVENT, RINS SUZANA telah menjadi penaja utama pentas utama bagi PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA MIDVALLEY 2009.

Dengan konsep pengekalan identiti RINS SUZANA, inilah hasil yang dibawakan ke pameran tahun ini oleh kami. Bercakap tentang konsep dan identity RINS, bermula 6 tahun yang lalu, RINS memasuki bidang perkahwinan ini dengan membawa konsep dekorasi ringkas berasaskan warna putih atau offwhite yang mana telah diolah untuk disesuaikan dengan sebuah majlis perkahwinan Melayu.

Agak sukar untuk meyakinkan pelanggan untuk menerima warna ini pada ketika itu kerana segelintir besar masih berpendapat perkahwinan melayu masih terikat dengan tradisi penggunaan warna-warna yang lebih terang dan ceria.
Namun RINS yakin jika diberi peluang yang lebih luas, konsep yang RINS bawakan ketika itu dapat diterima dengan menyeluruh tetapi mungkin mengambil masa.

Jika tahun terdahulu RINS bawakan konsep garden dengan pengunaan bunga-bunga putih, namun untuk tawaran pakej perkahwinan 2010, RINS ingin menawarkan satu konsep yang berbeza sedikit tetapi masih tidak lari jauh dari konsep asal.
Dekorasi kali ini bertemakan relaks dan santai yang
berlatarbelakangkan kawasan persekitaran rumah. Dari segi pemilihan warna, RINS menggabungkan warna putih dan soft pink untuk menonjolkan dekorasi yang simple n sweet. Manakala ranting-ranting dibawakan sebagai penghias pentas dengan sedikit bunga-bunga
Soft pink hasil ilham pemerhatian persekitaran di mana pohon2 tepian jalan kebanyakan telah mula meluruhkan daun dan mengeluarkan bunga-bunga berwarna pink dan ungu yang lembut.

Berkisar tentang material pelamin pula, kali ini RINS banyak menumpukan kepada olahan kayu berbanding material berasaskan kain.
Pengilhaman pelamin ini adalah gabungan & cetusan idea bersama pemilik RINS dan telah direalisasikan dari usaha gigih dan kerjasama yang baik oleh 3 wedding designer dari RINS SUZANA.

Rekabentuk kerusi pula hasil dari cetusan tranformasi trend masa kini iaitu dari penggunaan kerusi khas pengantin kepada jenis rekabentuk lebih moden dan ringkas dari sofa. Namun untuk menampakkan sedikit kelainan dan ciri eksklusif, kami membawakan sepasang sofa jenis ‘highback chair’ untuk pameran ini.

Semoga semua pengunjung berpuas hati dengan apa yang kami pamerkan sepanjang 3 hari di Mid Valley. Kepada pelanggan yang berminat untuk membuat tempahan pelamin tersebut, anda boleh mengunjungi butik kami di Taman Permata Ulu Klang bagi perbincangan lanjut dan tempahan.

Butik Rins Suzana
8B, Persiaran Permata
Taman Permata Ulu Klang (hadapan Giant Hypermarket)
53300 Kuala Lumpur
Tel Butik : 03-4147 1980
H/P : 013-940 0160 (Pn Suzana Abdullah)
email : rinsbridal@hotmail.com
facebook : rins suzana
YM ID : rinsbridal80

salam pn. suzana... i adore ur idea and creativity... why don't u expand ur business... supply all the wedding stuffs like pelamin.. dresses and else to mak andam/pak andam out there... i am sure u will be successful businesswoman... i think this is the time for u to expand ur business becoz u have your own brand name.... hope u'll be success and more success... amin...
p/s: bangga ada anak melayu mcm u...
Tue 11-Aug-2009 15:14
Posted by:karmila
salam k.su..congrats byk3!!!sbb b'jaya sehingga menjadi penaja utama utk pameran pengantin terbesar sekali kat malaysia..finaz sgt3 appy tgk rins semakin b'kembang n m'perluaskan tnh jajahan..hehe!finaz salute giler kat akak..ape2 pun rins mmg da best yg finaz pnh tgk dr hasil keje n servicenyer..hope rins akan lbih gempaks diantara yg tergempaks skali..n nak ucapkan time kasih byk2 sbb pakej yg terbaik skali yg k.su bg kat finaz.. Wed 12-Aug-2009 09:23
Posted by:finaz
Sgt cantik pentas & pakaian pengantin anda masa Pameran Pengantin Malaysia 2009! very creative!Well done! Sun 16-Aug-2009 03:49
Posted by:Aida Jasmeen  - [Link]
cantik sgt pelamin n baju baju2 rins, saya pergi untuk makeup model booth kat sana. best kalau leh join rins.
http://aminolshima.blogspot.com
Tue 18-Aug-2009 00:45
Posted by:nshima bridal  - [Link]
helo...ome2....sy nk g kap awop tp xthu mano...blh tlg oyp jale dok? Tue 22-Feb-2011 06:30
Posted by:scha..kltn
The oil water filter's role: when the compressed air, contains a lot of oil and water solid impurities get into the separator and spin down along the wall, it will produce the centrifugal resulting . Oil and water vapor flow separate from the wall and to the separator's bottom, then to the filter fine filtering.
Because the filter elements use thick, thin, ultra thin fiber filter material to become chromatography fold, it has a high efficiency of filtering and small resistance. When the gas through the filter, as the filter preventing, inertia and molecular collisions between the van der Waals force, electrostatic attraction and vacuum suction, it is firmly in the adhesion of the filter material fiber, and increase gradually to become droplet then drip into the separator the bottom by gravity. Finally, it educes by the drain valve.
The fuel water separator general will not have any trouble unless in winter the water, separated from it, is frozen. It can cause powering gas road congestion, influence system dynamic of transmission, reduce the braking brake's force and cause braking shortage when the oil water separator leak. http://www.waxfilter.com/
Thu 10-Nov-2011 10:30
Posted by:filters  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

widgets01.bt.pidgintech.com