PAKEJ PERKAHWINAN 2012 | PAKEJ PERKAHWINAN 2013 | BUTIK PENGANTIN | PELAMIN | BAJU PENGANTIN | BUTIK

By: RINS SUZANA Kuilhamkan Untukmu

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 13-Apr-2010 17:05 Email | Share | Bookmark
PENGUMUMAN

PENGUMUMAN PENTING untuk semua pelanggan kami yang bakal melangsungkan majlis sepanjang MEI & JUN 2010..

Untuk makluman pelanggan yang dihargai, April ini merupakan bulan untuk kami membuat pengemaskinian rekod-rekod keseluruhan pelanggan dari MEI sehingga DISEMBER 2010. Oleh kerana itu, kami ingin mengambil kesempatan ini untuk menjemput bakal-bakal pengantin khasnya yang bakal melangsungkan majlis sepanjang MEI hingga JUN ini untuk dapat meluangkan masa berkunjung ke butik kami bagi tujuan pengambilan ukuran badan dan pengesahan segala item tempahan dalam membantu persiapan terakhir dilakukan.
Kami mengalukan kedatangan anda bersama pasangan bagi memudahkan proses ukuran kedua-duanya dan juga dalam mencapai kata sepakat dalam pengesahan terakhir ciri-ciri dekorasi yang diingini dari pihak kami.
Kami amat menggalakkan anda jika tidak keberatan agar mengaturkan kehadiran tersebut dalam hari-hari ‘tenang’ (hari biasa) iaitu sama ada hari Isnin, Khamis atau Jumaat dari jam 10 pagi sehingga 6 ptg bagi memberi lebih keselesaan dan penumpuan perbincangan berbanding hari ‘sibuk’ pada Sabtu atau Ahad. Walau bagaimanapun, jika anda tidak berkesempatan untuk hadir pada hari-hari tersebut, anda masih boleh mengunjungi butik kami pada Sabtu atau Ahad dari 10 pagi sehingga 5petang.
Pastikan setiap kunjungan anda akan melalui 2 proses bersama 2 staf berbeza bagi melengkapkan keperluan maklumat yang diperlukan oleh pihak kami iaitu :-
1. Proses FITTING dengan mengambil UKURAN anda oleh staf yang akan membuat alteration pakaian anda.
2. Proses PENGESAHAN/PENGEMASKINIAN FAIL anda dengan melakukan perbincangan atau rumusan terakhir terhadap segala ITEM TEMPAHAN anda oleh staf yang mengendalikan fail anda. Selain itu, kami memerlukan info tentang tarikh dan waktu pemasangan pelamin terutamanya bagi yang melibatkan pemasangan pelamin dewan.
Kami amat mengaharapkan agar keseluruhan pelanggan MEI & JUN ini dapat memberi kerjasama yang padu buat kami dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab serta kepercayaan yang telah anda semua berikan kepada RINS. Bagi majlis-majlis yang bakal kami kendalikan yang melibatkan dalam tempoh cuti am dan cuti-cuti persekolahan, kami perlu membuat segala persiapan lebih awal berbanding minggu-minggu biasa kerana pada tempoh-tempoh inilah kesibukan kami adalah di tahap maksimum. Semoga sumbangan maklumat dan info yang diberikan dapat membantu melengkapkan persiapan dari kami untuk hari bahagia anda.

Kami amat mengharapkan agar dengan kerjasama yang anda berikan kepada pihak RINS akan dapat membantu kami dalam menyempurnakan sebahagian daripada majlis yang bakal dilangsungkan oleh pelanggan-pelanggan kami tidak lama lagi.
Selamat melangkah ke hari bahagia..Mudahan segala berjalan lancar seperti yang dirancangkan..Amin..
Untuk sebarang pertanyaan atau makluman lanjut, sila hubungi 03-4147 1980.
Anda boleh meninggalkan komen di ruangan ini untuk sebarang tarikh dan masa temujanji kedatangan anda.

**Bagi beberapa pelanggan yang bertanya di FP/website RINS tentang tempahan 2011, di sini saya mengumumkan bahawa RINS telah membuka TEMPAHAN bagi tahun 2011. Oleh itu, untuk pelanggan yang telah membuat penetapan tarikh majlis dan tempahan lokasi dewan, anda boleh membuat tempahan pakej RINS menggunakan tawaran istimewa APRIL ini sama ada tawaran '3in1' CeLebRaTioN atau 'BUFFET' Pakaian atau kedua-duanya untuk pelbagai acara dalam majlis anda dan majlis bertandang nanti.
Jangan lepaskan peluang ini. Langsungkan majlis anda pada 2011 dengan mendapatkan tawaran harga terendah dari RINS.

~SUZANA ABDULLAH@RINS SUZANA



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net