PAKEJ PERKAHWINAN 2012 | PAKEJ PERKAHWINAN 2013 | BUTIK PENGANTIN | PELAMIN | BAJU PENGANTIN | BUTIK

By: RINS SUZANA Kuilhamkan Untukmu

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 3-Aug-2010 15:53 Email | Share | Bookmark
Artikel Berita Harian 2 Ogos 2010

Enggan Mengalah
Oleh Nurul Nadia Abdul Hamid

2010/08/02

Biarpun pernah gagal, suzana kini terus lakar kejayaan

PERKATAAN putus asa dan mengalah, tiada dalam kamus kehidupan wanita muda, Suzana Abdullah. Meskipun baru berusia 30 dan bergelar pemilik syarikat perancang perkahwinan, cabaran mendatang dihadapinya dengan tabah dan ditangani sebaik mungkin.

Walaupun sukar, setiap pengalaman diharungi dan dijadikan panduan kerana baginya tidak mustahil untuk menggapai serta merealisasikan apa yang diinginkan atau diimpikan asalkan ada kesungguhan untuk bangkit daripada kegagalan.
“Pernah beberapa jam sebelum bersanding, keluarga pengantin bergaduh kerana tidak berkenan dengan konsep yang kami bawakan dan menyuruh kami ‘membuka’ pelamin yang sudah siap di pasang.
“Walhal, pengantin sudah bersetuju dengan konsep yang kami berikan dan kami sudah menerangkan konsep mengikut perbelanjaan dan kriteria yang mereka tetapkan sebelum itu,” katanya ketika ditemubual, baru-baru ini.

Pahit dan memalukan, isteri kepada Rudie Iswadie Ismail, 30, itu akur dengan desakan keluarga pengantin. Akuinya, situasi sukar ketika itu membuatkan beliau tidak mampu berfikir mahupun menyelesaikan masalah demikian dengan sewajarnya di samping enggan mengusutkan keadaan.

Bertitik tolak daripada peristiwa itu, bekas penuntut Sains Komputer berkenaan menjadikannya pengajaran dan sentiasa berwaspada, bersabar dan berhati-hati melayani kerenah pelanggan dengan mengamalkan rundingan serta memastikan persetujuan dengan pelanggan sebelum majlis.

Menyentuh soal modal, katanya, beliau memulakan perniagaan menggunakan duit hantaran perkahwinan memandangkan tidak mampu mendapatkan pinjaman daripada bank ketika itu.
“Saya memulakan perniagaan kecil-kecilan, dan memandangkan tiada modal, saya gunakan duit hantaran RM7,000 sebagai modal permulaan memandangkan perniagaan dalam bidang rundingan perkahwinan jarang mendapat tempat dan diteroka di Kelantan ketika itu,” katanya.

Memulakan perniagaan pada usia muda, katanya tidak banyak pengalaman dan gambaran perniagaan yang mampu diceduk sebagai panduan. Apatah pula, beliau menjalankan perniagaan seawal usia 23, iaitu selepas bergelar isteri dan menggenggam ijazah.

Jatuh bangun dalam perniagaan adalah resam orang berniaga. Beliau pernah mengalami kegagalan pada peringkat awal perniagaan. Tidak mendapat sambutan, konsep ringkas dengan tema putih yang dibawakan ibu kepada Khalisya Afrina itu dianggap tidak bersesuaian di Kota Bharu.

Mengambil keputusan berpindah ke kota, beliau yang mengandung ketika itu memulakan operasi perniagaan kecil-kecilan. Sekali lagi tidak mendapat sambutan, beliau mengiklankan barangan perkahwinan di internet untuk dijual.

Sedari itu, secara tidak langsung inisiatif jualan barangan yang ingin dijual memberi reaksi sebaliknya. Saluran internet yang digunakan membawa pulangan rezeki kepadanya apabila ramai yang mula mendambakan khidmatnya.

Menganggapnya ‘tuah bergolek’, beliau kembali bersemangat dan pantas menerima tempahan. Hari demi hari ia semakin maju dan sehingga kini, beliau mengamalkan konsep sama diilhamkan dari awal pembabitan di Kelantan.

Kini, beliau berpuas hati dengan konsep ‘putih’ yang dibawakan dulu semakin mendapat tempat di kalangan bakal pengantin.

“Kalau anda perhatikan, semua koleksi baju kami berwarna putih, perak atau konsepnya sudah digunakan sejak tujuh tahun yang lalu. Moden dan kontemporari, ia memadai, tidak berlebih-lebihan dan ringkas,” katanya.

Menawarkan pakej lengkap perkahwinan daripada dekorasi pelamin, khidmat pakaian dan fotografi, pelanggan diberi kelebihan memilih pakej atau sebaliknya bergantung kepada perbelanjaan dan kehendak pengantin.

Dengan enam pekerja kini, Suzana tidak menang tangan menerima tempahan sehingga empat majlis seminggu. Tidak ketinggalan ketika cuti sekolah, beliau mampu mendapatkan sehingga sembilan majlis seminggu.

link : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Engganmengalah/Article


Saksikan juga 'LAGENDA BUDAK SETAN' The Series di saluran ASTRO PRIMA lakonan utama FARID KAMIL dan JUE AZIZ bermula 10 OGOS 2010 jam 10 malam. Penggambaran dibuat di BUTIK RINS SUZANA, Taman Permata, KL.



Untuk pertanyaan dan tempahan, Sila hubungi:

Tel Butik : 03-4147 1980 / 013-940 0160
Webpage : http://www.rinssuzana.com
Email : rinsbridal@hotmail.com
Flickr : http://www.flickr.com/photos/rinssuzana/




Untuk makluman, Mohd Safwan dan Fairuzliyana tidak lagi bekerja dengan Butik Rins Suzana bermula 31 Mei 2010. Meraka tidak dibenarkan membuat sebarang urusan bagi pihak Rins Suzana pada dan selepas tarikh tersebut. Segala urusan dan pertanyaan sila hubungi butik di no 03-41471980.



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net