PAKEJ PERKAHWINAN 2012 | PAKEJ PERKAHWINAN 2013 | BUTIK PENGANTIN | PELAMIN | BAJU PENGANTIN | BUTIK

By: RINS SUZANA Kuilhamkan Untukmu

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 20-Aug-2010 07:17 Email | Share | Bookmark
Majlis Berbuka Puasa Azwan Ali Bersama Anak Yatim

Majlis Berbuka Puasa Azwan Ali Bersama 44 Anak Yatim serta Pelancaran Gemilang Buku Tulisan Azwan Ali SJDP.

Tanggal 17 Ogos 2010 bersamaan dengan 7 Ramadhan, berlangsung Majlis Berbuka Puasa Azwan Ali Bersama 44 Anak Yatim serta Pelancaran Gemilang Buku Tulisan Azwan Ali SJDP.

Terima kasih kepada Azwan Ali kerana menjemput kami hadir ke majlis. Ini merupakan kali kedua kami bekerjasama dengan Azwan Ali selepas Majlis Penuh Rahsia di Palace Of The Golden Horses pada Januari lepas.

Seperti yang dirancang, Rins Suzana telah diamanahkan pada peringkat awal selaku Penaja Utama bersama Tamarind Springs Restoran untuk membuat persediaan bagi menyambut kehadiran 44 Anak Yatim dari Asrama Darul Aminan dan juga seramai 30 artis jemputan serta pihak media.

Crew-crew Rins Suzana mengadakan persiapan seawal jam 9.00 pagi. Menjadi satu tugas yang mencabar juga apabila barang-barang dekorasi diangkut daripada stor kami di Sri Gombak ke Tamarind Springs Restoran. Tambah-tambah waktu siang hari di bulan puasa ni. Nak buat macam mana..dah tanggungjawab.

Persiapan berjalan lancar dan tugasan berjaya diselesaikan tepat jam 1.30 petang. Alhamdulillah, semua crew berdedikasi mempersiapkan apa yang telah dirancang. Semua crew jangan lupa datang atas jemputan Azwan Ali.

Jam 6.00 petang, hujan menyambut kehadiran 44 anak yatim dari Asrama Darul Aminan. Sesungguhnya hujan itu satu rahmat dari tuhan. Semoga anak-anak yatim ini menjadi insan yang berguna dan sentiasa dirahmati. Marilah kita sama-sama doakan kesejahteraan untuk mereka..Insyaallah..

Jam 6.30 petang, ramai artis-artis jemputan dan media hadir. Sesi ‘Red Carpet’ yang diatur memeriahkan lagi majlis ini. Agak ramai crew-crew lain yang bertungkus lumus bagi memastikan kelancaran majlis.

Kami disajikan dengan masakan oleh Tamarind Springs Restoran dan juga masakan dari Azwan Ali sendiri untuk hidangan berbuka puasa.

Serentak dengan majlis berbuka puasa, disusuli dengan pelancaran buku tulisan Azwan Ali berjudul Selamat Jalan Dunia Pondan. Ia disempurnakan oleh Datuk Yusuf Haslam & Isteri. Tahniah untuk Azwan Ali.

Majlis tamat jam 10.00 malam selepas sesi fotografi dan juga sidang media.
Apabila majlis tamat, menjadi tugasan crew kami. kerja-kerja ‘mengemas’ pun bermula. Mengangkut pulang barangan terpaksa dibuat pada malam itu juga memandangkan restoran akan beroperasi seperti biasa keesokan harinya. Walaupun penat, kami tetap berpuas hati kerana apa yang dirancang sebelum ni berjalan lancar..

Dikongsi sedikit foto-foto pada waktu majlis dilangsungkan..













Lokasi : Tamarind Springs Restoran
Penaja Utama : Tamarind Springs Restoran & Rins Suzana
Penaja Bersama : Buku Prima, Adidas, Michael & Guys, Hatta Dolmat, Amir Lukman dan Eyoi Team Make Up Artistik
Foto : www.azmisentral.com

Untuk pertanyaan dan tempahan, Sila hubungi:

Tel Butik : 03-4147 1980 / 013-940 0160
Webpage : http://www.rinssuzana.com
Email : rinsbridal@hotmail.com
Flickr : http://www.flickr.com/photos/rinssuzana/






Untuk makluman, Mohd Safwan dan Fairuzliyana tidak lagi bekerja dengan Butik Rins Suzana bermula 31 Mei 2010. Meraka tidak dibenarkan membuat sebarang urusan bagi pihak Rins Suzana pada dan selepas tarikh tersebut. Segala urusan dan pertanyaan sila hubungi butik di no 03-41471980.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net