PAKEJ PERKAHWINAN 2012 | PAKEJ PERKAHWINAN 2013 | BUTIK PENGANTIN | PELAMIN | BAJU PENGANTIN | BUTIK

By: RINS SUZANA Kuilhamkan Untukmu

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 26-Sep-2010 06:58 Email | Share | Bookmark
Petikan dari KOSMO! 26 September 2010




Pengusaha butik mendapat tempahan pakaian pengantin
Durian runtuh 10.10.10

Oleh JUNHAIRI ALYASA
junhairi.alyasa@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR- Pemilihan tarikh 10 Oktober 2010 bukan sahaja memberi makna yang besar kepada mereka yang ingin melangsungkan perkahwinan malah menjadi ‘durian runtuh’ bagi pengusaha butik perkahwinan dan pereka fesyen.

Menurut Pengurus Butik Rins Suzana, Suzana Abdullah, tempahan untuk pakej perkahwinan sudah ditutup sejak awal tahun lalu.

“Memang kuota kami sudah penuh sejak dari tahun lepas lagi dan terpaksa menolak lebih dari 15 permintaan.”

“Walaupun rasa rugi terpaksa melepaskan rezeki yang datang tetapi kami perlu memikirkan tentang kualiti dan komitmen, tidak sekadar kejar untung sahaja,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.

Kosmo! semalam melaporkan tentang keghairahan mereka yang ingin melangsungkan perkahwinan pada tarikh tersebut.

Selain menganggap tarikh tersebut sangat indah untuk dikenang, angka 10 juga bermaksud ‘ kesempurnaan’ bagi masyarakat berketurunan Cina.

Pereka fesyen, Hatta Dolmat pula terpaksa menolak lebih daripada 10 tempahan kerana mahu memberi tumpuan kepada pelanggan yang lebih awal menggunakan khidmatnya.

“Ambil tempahan yang banyak memang seronok tetapi saya bimbang kalau tidak boleh buat, jadi saya terpaksa tolak tempahan supaya hasil kerja saya berkualiti tinggi,” ujarnya yang turut menerima tempahan sejak tahun lalu.

Pengusaha catering, Husneda Mohd Alip memberitahu, dia hanya mampu mengambil lima tempahan kerana tidak mempunyai peralatan yang mencukupi.

“Saya minta bantuan daripada kawan-kawan buat catering untuk memenuhi semua permintaan pelanggan.

‘Jadi bukan saya sahaja yang mendapat untung tetapi kawan-kawan saya juga dapat manfaat sempena tarikh istimewa itu,” katanya.

Untuk pertanyaan dan tempahan, Sila hubungi:

Tel Butik : 03-4147 1980
Webpage : http://www.rinssuzana.com
Email : rinsbridal@hotmail.com
Flickr : http://www.flickr.com/photos/rinssuzana/

Alamat : No 8B, Persiaran Permata, Taman Permata Ulu Klang 53300 Kuala Lumpur
(Landmark : Bersebelahan Giant Taman Permata, Oldtown, Bata dan 7 Eleven)

Waktu Urusniaga :
Isnin - Ahad (10.00 pagi - 6.30 Petang)
Tutup : Setiap Selasa, Rabu dan Cuti Am






View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net