PAKEJ PERKAHWINAN 2012 | PAKEJ PERKAHWINAN 2013 | BUTIK PENGANTIN | PELAMIN | BAJU PENGANTIN | BUTIK

By: RINS SUZANA Kuilhamkan Untukmu

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 1-Jan-2011 04:14 Email | Share | Bookmark
Rins Suzana di Harian Metro Untuk Pembukaan Tahun Baru 2011

Terima kasih kepada wartawan Siti Zarinah untuk satu ruangan fesyen di Harian Metro untuk pembukaan tahun baru 1.1.2011. Terima kasih juga atas sokongan anda semua kepada Rins Suzana.




KESERIAN pengantin terserlah apabila bijak memadankan busana menerusi rona serta tema majlis perkahwinan.
Kini mempelai semakin bijak memilih konsep majlis daripada tradisional sehingga moden, malah gaya atau tema Inggeris semakin mendapat tempat.


MENYERLAH...biru warna selamat dan sering menjadi pilihan pengantin. Selain warnanya yang ceria, busana rona ini akan membuatkan si pemakai bertambah langsing bersama rekaan gaun dipadankan layah panjang.

ANGGUN...kombinasi merah dan putih pada rekaan gaun labuh berkonsep Inggeris menambah keanggunan wanita sebagai ratu sehari. Tambahan perhiasan seperti rantai dan anting-anting menambah seri.

HITAM ITU MENAWAN...tidak ramai mempelai berani memilih hitam sebagai tema pakaian, namun jika kena caranya busana hitam mampu menyerlahkan keanggunan si pemakai.
Ini dapat dilihat bukan saja menerusi hiasan dewan, pelamin dan bilik tidur, tetapi juga pakaian berkonsep sederhana dan moden namun menyerlah.

Menurut Perunding Majlis Perkahwinan yang juga Pe�ngarah Eksekutif Rins Suzana, Suzana Abdullah menjelang 2011 pakaian gaun labuh bertemakan gaya Inggeris daripada fabrik renda Perancis dengan perincian manik mewah dijangka semakin mendapat perhatian manakala rona putih dan perak melatari sebahagian majlis perkahwinan termasuk pelamin serta warna busana.
Walaupun dalam majlis perkahwinan Melayu, putih sukar diterima kerana tidak ceria berbanding warna terang namun kini, busana putih mampu menaikkan seri pengantin apabila dipadankan dengan warna sampingan seperti biru, merah, perak, hitam dan ungu.

“Dalam majlis perkahwinan masyarakat Melayu warna terang sering menjadi tema majlis. Namun pada masa sekarang, peredaran zaman seiring dengan perubahan tema majlis perkahwinan.

“Gaya moden dan sederhana tanpa membabitkan banyak warna menjadi pilihan pengantin,” katanya yang sudah lapan tahun menyediakan perkhidmatan perkahwinan untuk pasangan di sekitar Lembah Klang.

Tambahnya, bagi menyerlahkan keanggunan mempelai, mereka seharusnya memilih warna yang bukan menjadi kesukaan mereka.

Misalnya jika cenderung memakai pakaian berwarna merah pilih busana dengan warna yang jarang dipakai. Selain itu pastikan rekaan sesuai dengan bentuk tubuh pasangan sama ada kurus, tinggi, rendah atau gempal.

“Pasangan mempelai yang memilih warna yang jarang dipakai akan menyerlahkan lagi penampilan mereka pada hari persandingan.

“Justeru mereka harus mendapatkan pandangan daripada perunding majlis perkahwinan dan bukannya berdasarkan minat saja manakala pengantin bertudung harus bijak memadankan de�ngan rekaan dan warna tudung,” katanya yang memulakan perniagaan menerusi dalam talian sebelum membuka butik di Taman Permata Kuala Lumpur sejak dua tahun lalu.

Suzana mengakui kebanyakan perunding majlis perkahwinan mengabaikan pakaian lelaki namun butik Rins Suzana menyediakan kepelbagaian pakaian yang lebih eksklusif bersesuaian cita rasa lelaki.

Bekas penuntut jurusan sains komputer Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang berkongsi minat dengan suaminya Rudie Iswadie Ismail, 30, tidak pernah menyesal memilih bidang ini sebagai kerjaya.

“Saya tidak menyesal meninggalkan bidang jurusan komputer dan beralih kepada fesyen. Ini kerana saya puas dengan apa yang saya lakukan kerana dapat berkongsi kebahagiaan dengan mempelai dan gembira apabila mampu memenuhi impian mereka,” kata Suzana yang pernah menjadi penaja utama untuk Pameran Pengantin
di KLCC pada Oktober lalu.

Butik yang dibuka setiap hari kecuali Selasa dan Rabu bermula 10 pagi hingga 7 malam itu menyediakan perkhidmatan dekorasi majlis, pelamin, pakaian dan solekan untuk majlis pertunangan, pernikahan dan bersanding daripada harga terendah RM1,500.

• Rins Suzana - No 8B, Persiaran Permata, Taman Permata, Kuala Lumpur
(www.rinssuzana.com)
• Telefon: 03-41471980/013-940 0160
• Solekan dan dandanan: Rustam (016-9649733)
• Model: Cat


Untuk pertanyaan dan tempahan, Sila hubungi:

Tel Butik : 03-4147 1980
Webpage : http://www.rinssuzana.com
Blog : http://blog.rinssuzana.com
Email : sales@rinssuzana.com
Flickr : http://www.flickr.com/photos/rinssuzana/

Alamat : No 8B, Persiaran Permata, Taman Permata Ulu Klang 53300 Kuala Lumpur
(Landmark : Bersebelahan Giant Taman Permata, Oldtown, Bata dan 7 Eleven)

Waktu Urusniaga :

Isnin - Ahad (10.00 pagi - 6.30 Petang)
Tutup : Setiap Rabu dan Cuti Am


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net